Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita!

Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.

Dari segi kesihatan, adalah lebih baik bagi seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.

Anak Tak Sampai Setahun, Ibu Hamil Lagi. Adakah Berisiko?

IKLAN

Ulasan daripada beberapa kajian mengenai hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat risiko yang lebih tinggi untuk kelahiran pra matang, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil berbanding usia bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan daripada kelahiran sebelumnya, berbanding bayi yang disenyawakan dalam tempoh 18 hingga 23 bulan daripada kelahiran sebelumnya.

Risiko ini masih kelihatan bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh tujuh hingga 17 bulan daripada kelahiran sebelumnya, tetapi pada tahap yang lebih rendah berbanding yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan.

Jika anda mensasarkan jarak di antara 18 hingga 23 bulan di antara dua kehamilan, anda mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga dan sumber-sumber badan anda yang telah digunakan.

Jarak yang lebih dekat di antara dua bayi membolehkan saat-saat yang paling sukar berlalu lebih cepat, tetapi ini juga bermakna lebih banyak wang perlu dibelanjakan dalam tempoh masa yang dekat dan masalah ini mungkin berlanjutan apabila kepentingan setiap anak bertindan.

IKLAN

Jarak yang lebih jauh memberi peluang kepada anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak untuk beberapa tahun yang pertama. Ini juga bermakna anda dapat mengagihkan perbelanjaan membesarkan anak dalam tempoh masa yang lebih lama.

Secara amnya, lebih baik jika anda tunggu sekurang-kurangnya setahun ke atas sebelum cuba untuk hamil semula untuk memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang seterusnya.

IKLAN

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI