Anak Tak Sihat, Tak Perlu Bawa Keluar Rumah, Ajar Cakna Dengan Kesihatan Diri!

Share

Selepas musibah melanda Lembah Klang dengan banjir besar pada minggu lalu membuatkan kita mula berfikir bahawa pentingnya kita mendidik anak-anak kita untuk cakna dengan kebersihan sekeliling kerana inilah kunci kepada kesihatan anak-anak kita.

Ajarlah anak untuk sentiasa menjaga kesihatan diri, tidak membuang sampah merat-rata malah peka dengan persekitaran yang bersih kerana inilah yang menentukan kebersihatan disekeliling kita.

Perkongsian dari Dr Erna Nadia ini boleh anda jadikan panduan untuk kita semua supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling yang lebih bersih dan seterusnya baik untuk anak-anak kita sekeluarga.

 


Bila dah macam macam musibah berlaku, kita dah perlu cakna kenapa hygiene/ kebersihan itu sangat penting dalam menjaga kesihatan.

Kebanyakan penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh kelalaian dalam menjaga kebersihan. Contoh : Covid-19 ini dulu pun asalnya bermula apabila ada manusia yang makan makanan eksotik yang tak berapa. Asalnya virus yang merebak dari haiwan dah terus ke manusia sehingga huru hara seluruh dunia sehingga kini; dah 2 tahun lebih masih belum reda sangat.

Sama juga seperti penyakit HFMD; penyakit kaki tangan dan mulut yang biasanya dulu dulu jadi kat lembu sahaja tapi sekarang dah banyak jadi di kalangan kanak kanak sebab tak jaga kebersihan dengan betul.

Ianya merebak apabila ada bekas bekas hingus/kahak/ air liur kanak kanak lain yang tak sihat di atas sesuatu permukaan contoh barang mainan/ kerusi kanak kanak.

Kencing tikus aka leptospirosis juga disebabkan oleh kebersihan yang terabai. Bila berlaku bencana, kita tak boleh nak buat apa, cuma boleh ambil langkah berjaga jaga.

Kalau bukan bencana, janganlah buang sampah merata rata bila pergi mandi air terjun ke sungai ke sebab nanti bila anda sudah pulang rumah, sisa makanan tu semua jadi makanan tikus dan haiwan lain.

Mereka ini tidak ada tandas seperti kita. Alam adalah dunia mereka. Maka yang pergi mandi selepas itu boleh terdedah dengan kencing berak mereka. We never know.

Sama macam kalau minum air tin. Jangan terus minum. Lap dulu bekasnya baru minum. Sebab masa proses simpan tu, kadang ianya diletak di atas lantai, taktahu apa yang sudah bersantai di atas dia. Begitu jugalah kes banjir.

Salah satu punca berlaku banjir adalah apabila parit/longkang tersumbat. Air nak lalu tak boleh. Melimpah ruah.

Sebab itu lepas ini kita kena ajar diri kita untuk jadi pembersih dah. Barulah mengikut syariat. Kerap cuci tangan. Cover mulut/hidung bila batuk/bersih then cuci tangan tu.

Jika anak tak sihat, tak perlu bawa keluar supaya virus tu tak merebak kepada orang lain.

Masak makanan dan minuman betul betul. Cuci buah buahan, sayur sayuran, bahan mentan elok elok sebelum masak.

Kalau korek hidung, cuci tangan sebelum pegang benda/orang lain. Sebab tu eloklah rajin potong dan bersihkan kuku. Buanglah sampah di dalam tong sampah.

Kalau dalam kenderaan, pastikan sediakan satu beg plastik untuk buang sampah. Bila dah keluar nanti, senang nak bersihkan sebab semua dalam beg tersebut.

Kalau tong sampah dah penuh, susun la elok elok sampah tu dalam bekas lain dan ikat dengan betul. Sekarang banyak anjing dan kucing liar yang suka korek tong sampah. Mereka tak salah sebab depa takde akal pun. Depa lapar, depa korek cari makanan.

Kita yang kena fikir macam mana taknak bagi kawasan tu bersepah dengan sampah. Sebab manusia sahaja yang ada akal. InshaAllah kita boleh sahaja ubah habit kita.

Dalam Islam pun kata ‘kebersihan itu adalah sebahagian dari iman’😊

Dr. Erna Nadia
Tak sia sia musibah berlaku, untuk kita sama sama renungkan apa yang boleh kita ubah untuk menjadi yang lebih baik setiap hari.

Menarik: Mommy Daddy Bangga, Ayda Jebat Ajar Anak Sebut Allah, Cutenya Ana Nayla

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM