Apabila semakin membesar, perlahan-lahan anak sudah mula menunjukkan sikapnya. Marah bila mainannya dirosakkan atau dirampas, begitu juga jika berkongsi dengan orang lain.

Semua ini kerana anak sudah pandai membezakan hak miliknya sendiri dan bukan pula salah kita kerana tidak pandai mendidik anak. Ibu Rose-Mesejnya Kasih berkongsi tip dan sebab mengapa anak sudah mula pandai tidak mahu berkongsi.

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Bukan Salah Kita Mendidik, Anak Ada Egonya Sendiri!


Untuk menjadi lebih sabar dan bijak menangani perkara ini ada perlu 3 :

1- ILMU mengapa anak merampas mainan
2- SKIL bagaimana hendak menyelesaikannya
3- SIKAP untuk bersangka baik terhadap anak. Ini sangat penting dan boleh terjadi dengan mudah bila anda ada ilmu.

Memahami tahap perkembangan anak-anak adalah penting. Jika anak itu berumur diantara 1.5 hingga 3.5 dan membawa kepada 4 tahun dalam sesetengah kes, maka ini adalah umur anak itu fasa Individuating.

Anak pada usia ini sangat EGO CENTRIC – maksudnya mereka hanya memikirkan keperluan diri sendiri dan tidak begitu kisah akan orang lain. Jika anak melihat anak-anak pada usia ini berkelakuan begini, janganlah cepat panik dan menyangka anda telah melahirkan anak yang tamak dan tidak berakhlak mulia!

Pendek kata mereka belum faham! Bukan buat-buat tak faham. Ini adalah fasa dan jika dikendalikan dengan BIJAKSANA fasa ini akan pendek sahaja dan kadar ‘TAUFAN’ nya taklah kuat sangat. 🙂

Ingat pesan Ibu ini ya. Bertenanglah dan jangan bersedih…ini cumalah satu tahap yang dilalui oleh semua orang. Bertuah seorang anak itu jika ibu bapanya mengenali tahap ini dan mendidik penuh sabar dan hormat supaya anak itu berasa selamat dan boleh maju ke tahap seterusnya dimana anak itu mulia pandai berkongsi dan memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain.

Ads

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Bukan Salah Kita Mendidik, Anak Ada Egonya Sendiri!

Mengapa tahap ini penting dikendalikan dengan baik? Kerana pada tahap ini anak menguatkan perasaan aku wujud di sini. Aku penting dengan kata lain, a sense of self. Ini sangat penting untuk anak itu bertapak.

Bila ibu bapa memahami tahap ini dan memberi ruang untuk anak itu membangunkan keyakinan kewujudannya maka dengan segera anak itu akan maju ke tahap seterusnya. Jika tidak dikendalikan dengan baik…ini akan membuat anak itu berasa kecewa dan kekecewaan seperti inilah yang bila berkumpul akan menyebabkan seorang anak kecil itu tantrum.

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Bukan Salah Kita Mendidik, Anak Ada Egonya Sendiri!

Apa maksud Ibu? Pada tahap 1.5 tahun hingga 3.5 tahun ini mungkin anda nampak anak anda tidak suka berkongsi barang mainannya. Mungkin juga memukul anak kecil yang lain. Atau merampas mainan kawan.

No, no, please jangan sangka YOU ARE A BAD MUM! NO NO NO. That is not right!
Jika anda layan pemikiran begini itulah yang anda jadi stress tak menentu dan akhirnya menjadi HANTU pada anak kecil anda, membelasah dan marah yang tidak patut.

Sabar ya sayang. Baca terus ni…Ibu nak bagi PERMATA NI!

Ads

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Bukan Salah Kita Mendidik, Anak Ada Egonya Sendiri!

1- PRO AKTIF DENGAN KEADAAN YANG MUNGKIN AKAN MENJADI MELT-DOWN PADA ANAK.
Jika anak sayang dalam fasa ini, apa yang patut anda lakukan?

a) Untuk mengelakkan anak tak mahu share atau mengamuk sebab kawan ambil mainan dia -pilihlah hanya mainan yang dia boleh berkongsi. Tanya dan biar dia pilih. Dapatkan kata setuju.

Anak kecil pun tahu sayang akan barang mainannya. Oleh itu hormatlah barang kepunyaannya. Janganlah hanya kerana dia anak kecil anda memasksa dia untuk memberi semua mainannya kepada orang lain. Itu yang Ibu maksudkan hormat akan perasaannya.

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Bukan Salah Kita Mendidik, Anak Ada Egonya Sendiri!

INGAT ini juga. Kita orang dewasa pun tidak memberi dengan mudah barang yang penting dalam hidup kita kepada sebarangan orang. Contoh, kita tidak mudah memberi orang meminjam kereta, komputer, telefon kita kepada any Tom, Dick or Harry. Kenapa?

Ads

Kerana barang itu penting untuk kegunaan kita dan kita perlu menggunakannya dengan cermat. Pada anak-anak kecil, barang mainannya adalah ibarat kereta, komputer, telefon bimbit dan barang berharga kita. Itulah sebab, bila ada anak kecil yang lain nak bermain mainannya…ambil sedikit masa untuk lakukan ini.

STEP 1-
Minta izin dia untuk kawannya itu bermain sama. Lebih elok jika ibu atau ayah kepada anak itu yang meminta dengan baik dan hormat.

STEP 2
2- Anda pula sebagai ibu dan bapa menerangkan dengan baik untuk dia berkongsi dan bertanya mainan yang mana yang boleh dia berkongsi? JANGAN MEMAKSA TAPI MEMUJUK. Inilah masa untuk membina sikap murah hati dan belas ehsan.

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Bukan Salah Kita Mendidik, Anak Ada Egonya Sendiri!

STEP 3
3- Ibu bapa yang diberi berkongsi mainan itu, ambillah masa untuk mengucap terima kasih kepada anak itu dan mengingatkan dengan baik anaknya untuk bermain dengan baik mainan kawannya itu. Inilah masa untuk menyemai amanah dan akhlak mulia.

Salam kasih,
Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI