Anak siapa tak suka makan ikan? Anak kena biasakan makan ikan tau. Khasiat ikan melebihi ayam atau daging.Ikan memang bagus untuk anak- anak.
Tapi alahai nak membuang tulang dari ikan tu memang malas betul. Menu senang nak bagi anak makan ialah telur, ayam dan udang.
Tapi, ikan ni wajib beli kalau ada kat pasar. Budak- budak suka tau. Tulang dia senang nak asingkan dari isi.
Ads
Saya tak pasti nama ikan ini ikan apa. Dalam carian di google ada yang bagi nama ikan bulu ayam, ikan bilis besar dan sebagainya.
Anak- anak saya panggil ikan sedap.Nak bagi anak makan ikan banyak boleh follow cara di bawah.
Ads
IKAN SEDAP CELUP TEPUNG BUDAK- BUDAK SUKA
1 pinggan ikan bilis besar. Saya beli RM5 je sepinggan. 2 kali goreng
Ads
tepung gandum tepung jagung serbuk kari garam minyak masak secukupnya
Ikan bilis besar/ikan bulu ayamBuang kepala ikan senget beginiSenget tu sebab nak mudahkan tarik tulang ikan tu. Guna jari je, tak perlu pisauBegini. Tulang tak tajam, anak- anak pun boleh buat.Basuh ikan sampai bersihGaulkan dengan garam dan kunyit1 cawan tepung gandum+ setengah cawan tepung jagung Tambah serbuk kari sikit dan garam. Nak pakai tepung bestari pun boleh.Celup ikan ke dalam tepungGoreng sehingga warna keemasan begini.Sampai terpejam mata makan ikan sedap. Anak ratah jeIsi ikan yang gebu. Yang penting tiada tulang dah. Anak makan begitu saja.
Pastinya ibu sudah mula bosan mencari idea untuk sajian sarapan dan minum petang anak-anak dan suami. Bosan dengan nasi lemak dan aneka mi apa kata kita sajikan cucur mudah pula untuk anak-anak.
Cucur roti tanpa telur yang dikongsikan oleh Pn Noriza Jaja ini cukup mudah dan ringkas. Tanpa telur pun adunan masih lembut dan sedap. Jom cuba!
Alhamdulillah. Saya nak share resepi Cucur Roti Gardenia cara saya. Resepi ni takde telur. Bagi yang alergik telur boleh la cuba. Rangup diluar lembut di dalam.
CUCUR ROTI GARDENIA
5 keping roti (jenama apa-apa boleh guna asalkan roti
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar hiris
Daun bawang,cili merah,kucai,carrot di hiris halus dan taugeh
Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya bole diisi
Garam dan megi cukup rasa secukupnya
Jika suka letak serbuk kunyit bole letakkan sikit
Anggaran 2 cawan air biasa
Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit-sikit dan gaul-gaul hingga jadi adunan yang pekat seperti digambar.
Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat anak-anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian, terselit rasa bimbang dalam hati. Di manakah nasib masa depan anak-anak kita kelak?. Bagaimana kelak mereka boleh berdepan untuk menambah ilmu semula selepas hampir tiga bulan duduk di rumah. Pelbagai persoalan mula bersarang di minda seorang wanita bergelar ibu.
Timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Krisis Covid-19 yang melanda dunia pastinya tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan.
Adakah anak-anak kita perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini seperti pelajar yang tidak mempunyai akses internet, pelajar yang tiada peranti malah kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar menjadi persoalan yang masih belum berakhir.
Ketiadaan proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah pastinya akan membuatkan anak-anak kita sedikit ketinggalan.
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; seperti yang dikongsikan oleh Astro Awani, terdapat dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula.
Persediaan rapi SOP normal baharu
Pelbagai SOP baru dikeluarkan kerajaan demi memastikan anak-anak kita benar-benar selamat untuk kembali ke sekolah sedikit masa lagi. Semua ini bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka selepas lebih 3 bulan berada di rumah.
Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk melaksanakan kesemua ini dengan sebaiknya. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Malah menurut Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud lagi, sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah.
Laksanakan sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.
Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.
Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
Masakan yang sedap mestilah cukup rasa semuanya. Kebanyakan daripada kita akan menggunakan serbuk perasa untuk beri rasa sedap. Sebenarnya ada lagi cara yang lebih berkhasiat untuk mama sediakan makanan untuk seisi keluarga.
Salah satu pilihan sihat yang boleh digunakan untuk beri kelazatan pada makanan adalah dengan menggunakan kulit tomato. Rasa asli semulajadinya ini lagi baik untuk kesihatan selain kaya dengan Vitamin C.
Perkongsian Roazura Bahari ini boleh mama cuba kerana kita tahu khasiat buah tomato ini memang sangat bagus.
Akhirnya tertunai juga untuk berkongsi serbuk perisa tambahan bagi sesiapa yang ingin menggunakannya dalam masakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua, menambah kesedapan dalam masakan lebih asli dan semulajadi.
Bahan utama:
Buah tomato secukupnya
Langkah membuatnya:
1) Belah 4 bahagian tau potong ‘X’ atas buah tomato
2) Kemudian masukkan dalam periuk dengan air mendidih
3) Biarkan sehingga kulit tomato sedikit terbuka kemudian angkat dan toskan.
4) Kupas kulit tomato tersebut, lapik kertas minyak atas dulang dan susun kulit tomato tersebut.
5) Bakar dalam oven atau air fryer sehingga kulit tomato kering.
6) Selepas itu, masukkan dalam blender kering dan kisar halus kulit tomato tersebut
7) Siap dijadikan serbuk perisa semulajadi
8) Bolehlah dimasukkan dalam masakan untuk menyedapkan lagi rasanya.
Selamat mencuba! Nak lagi mudah buat stok perasa semulajadi ni pada hari minggu. Serbuk perasa ni boleh dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan seperti berkuah atau bergoreng. Dijamin sedap!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!