Anak Tak Suka Makan Nasi, Mama Boleh Cuba Resipi Bebola Keledek Keju. Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap!

Share

Anak kalau tak mahu makan nasi, mama pasti rasa susah hati. Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi. Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo, mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola kentang atau keledek yang rasanya lebih manis tetapi menyihatkan.

Resipi Bebola Keledek Keju yang dikongsikan oleh Puan Mariatun Bibi ini boleh anda cuba sediakan buat anak. Insyaallah kenyang dan anak pun suka.


Saya buat Bebola Keledek Keju ni untuk anak-anak. Anak-anak pun suka.

Resepi Bebola Keledek Keju

Bahan-bahan:

Ubi keledek

Tepung gandum

keju dan serbuk roti

minyak untuk mengoreng

Caranya:

  1. Rebus ibu keledek sampai empuk. Biarkan sejuk dan masukkan tepung gandum. Saya agak-agak je letak tepung. Uli sampai tak melekat kat tangan. Ala macam kita nak buat Kuih Keria tu.

2. Buat bulat-bulat keju macam dalam gambar. Kalu tak mahu letak keju pun tak apa, ikut la nak letak inti apa.

3. Ambil ubi yang dah di uli dengan tepung tadi,tekan dan letakkan keju di tengahnya. Bulat-bulatkan semula. 

4. Dah habis buat bulat, bolehlah salutkan dengan serbuk roti. Dah habis boleh la goreng.

Kredit: Mariatun Bibi

 

Published by
SAHR