Resipi yang satu ini, lengkap dengan sumber nutrisi malah paling sesuai disediakan untuk anak yang tidak mahu makan nasi. Telur bukan hanya baik dan lengkap bahkan tinggi protein. Bagi anak yang tidak mahu makan nasi, telur adalah sajian terbaik.
Jom ikuti langkah demi langkah resipi sedap dan ringkas yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ini. Mudah!
Makanan ni sangai sesuai untuk anak-anak yang tak suka nasi. Sesuai jugak untuk korang yang tengah berdiet. Twins makan egg muffins tak hengat. Dua ketoi sorang.
Bahan-bahan:
Potong dadu sayur (cendawan, carrot, baby spinach, capsicum, broccoli)
Cincang daging@ayam
Cincang bawang holland
Pasta -direbus
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang Holland.
Masukkan ayam diikuti sayur-sayuran. Masak just untuk layukan je.
Last masukkan pasta. Rebus dulu tau. Boleh juga gantikan dengan nasi dan lain-lain. Perasakan dengan sedikit lada sulah atau lada hitam.
Sediakan cup muffins atau acuan atau loyang. Isikan bahan yang dimasak tadi penuh.
Sebelum tu kocakkan atau pukul 5 biji telur. Masukkan sedikit baking powder. Tuang telur dalam cup sampai penuh.
Hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang atau cili. Boleh juga tambah cheese kalau hantu cheese.
Nak relaks hujung minggu boleh belanja anak minum di SINI.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)