Baru-baru ini tular sedutan video sebuah kartun bersiri kegemaran ramai yang memaparkan empat kanak-kanak sedang bersembang tentang manfaat berbuat baik kepada ibu. Di dalam sedutan itu, salah satu wataknya telah membuat kenyataan yang mencetuskan kemarahan kebanyakan warganet.
Di dalam babak itu dikatakan jika tiada ibu, maka tiadalah syurga buat si anak. Untuk menjelaskan perihal ini, PU Azman telah memuatnaik beberapa posting di laman Instagramnya.
Maksud :”Bila mati anak Adam, putuslah amalnya kecuali 3 hal, 1. sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakannya”. (Muslim).
Bukankah sifat soleh itu kunci syurga ?
Dalam dunia ni, berapa ramai yang masih ada mak tapi biadab, kurang ajar, lebihkan orang kekasih daripada mak, hantar mak ke rumah orang tua dan segala macam perderhakaan. Anak seperti ini hanya mengundang laknat Allah.
Sekurang-kurangnya, orang yang takder mak, dia tiada dosa dengan maknyer.
Tapi, cara kau taknak ada dosa dengan mak kau tu, jangan kau bunuh mak pulak.
Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham.
Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak.
Kita lihat watak Fizi dari sudut positif. Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri.
Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.
Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak.
Ads
Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU?
Hadis yang popular di kalangan kita iaitu.
الجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ.
Maksud :”Syurga di bawah tapak kaki ibu”. Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga. Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu’afa’. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah.
Tapi ada satu hadis yang kualitinya baik berbanding di atas. Seorang lelaki datang bertanya Nabi.
Ads
يا رسولَ اللهِ، أَرَدتُ أنْ أغزُوَ، وقد جِئتُكَ أستَشيرُكَ، فقال: هل لكَ من أُمٍّ؟، قال: نَعَمْ، قال: فالْزَمْها، فإنَّ الجَنَّةَ عندَ رِجْلِها.
Maksud :”Wahai Rasulullah, Aku ingin ikut perang dan aku datang minta pendapatmu. Maka Rasulullah tanya, “Adakah kau ada ibu?” Dia menjawab, “Ya”. Rasulullah sabda, “Tetaplah bersamanya! Sebab sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya.”
Sheikh Syu’aib Al Arnauth (lahir 1928 Masihi) menyatakan sanad hadis ini hasan dalam Takhrij Mushkilul Athar karya asalnya Imam Thohawiy (wafat 321 Hijrah).
Dalam hadis sohih yang lain Riwayat Bukhari ada satu hadis yang bermaksud :”Datang seorang lelaki kepada Nabi untuk minta izin berjihad, maka Nabi tanya dia: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Dia jawab: “Ya” lalu Nabi jawab: “Maka berjihadlah pada keduanya”.
Ini adalah hadis yang membawa makna bahawa mak abah adalah jambatan syurga anak-anak.
Jadi, lafaz hadis yang Mail cakap itu adalah palsu atau sangat lemah. Guna saja hadis lain yang sohih.
Bakar rumah Mail.
Semoga dengan perkongsian dari PU Azman ini sedikit-sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita. Ibu ayah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka membesar sebagai insan yang beradab dan sentiasa mengambil berat perasaan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi tak mahu stok susu ibu beku yang dicairkan? Ini memang memeningkan mama sebab perlu sediakan susu bekalan segar untuk bekalan di taska atau rumah pengasuh. Apa nak buat?
Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Jom siasat puncanya.
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, konsultan laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;
1)BEKAS PENYIMPANAN
Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai.
Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
Plastik biasatidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.
2)CARA KENDALIAN
Jika anda pasti tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah.
Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang akan lekas rosak.
Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk untuk mengelakkan susu lekas masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.
3)PERIKSA PETI SEJUK
Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3° hingga 7°Celsius supaya susu tahan selama lapan hari.
Periksa bahagian compressorkerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat.
Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.
4)KEBERSIHAN
Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih.
Mama juga disarankan untuk menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payu dara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau.
Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.
5)PEMAKANAN IBU
Mama juga perlulah memerhatikan pemakanan dengan mengelakkan makanan seperti produk tenusu.
Elakkan juga makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.
Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya
Langkah latihan anak menyusu botol empathari sebelum mula kerja.
Pada hari pertama, Hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam. Purata 2 jam bayi akan minum 2.5 ke 3.5oz (bagi bayi berusia 2 bulan)
Pada hari kedua, tinggalkan bayi 6 jam dengan 3 botol susu.
Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan.
Ibu perlulah mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama dengan bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak.
Ibu perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma bagi bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa tentu sekali penat bila berhadapan dengan anak yang selalu tantrum. Kalau anak bawah 3 tahun tantrum, jangan dipukul. Peluklah sekuat-kuatnya sambil baca ayat Al-Quran. Itulah antara perkongsian dari Ibu Rose.
BILA ANAK BAWAH 3 TAHUN TANTRUM
“Dah lah adik, ibu penat ni. Apa adik nak sebenarnya ni?” “Uwaa…uwa….” “Okay, okay…adik nak susu?. Taknak? Lampin ok? Emm..ok…Adik nak tidur?”
“Aduh..buntunya. Ehh..dah lah adik. Dahlah ibu penat ni. Kang tak pasal-pasal adik kena.”
Biasa dengar dialog ni? Uhuk..macam sebut diri sendiri je ye.
Ada yang tanyakan Ibu:
Bagaimana kalau anak sedang meraung dan diluar kawalan?
Jawapannya adalah:
Anak di bawah 3 tahun terutamanya, itu namanya Tantrum.
Jika Tantrum jangan sekali-kali dirotan semasa dia sedang mengamuk itu. Kerana pencederaan emosi amat kuat.
Semasa itu anak itu sudah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.
Jika terdaya peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.
Semasa memeluk kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya. Keadaan yang tenang didalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.
Anak mengamuk tidak boleh dikawal adalah kerana terlalu letih, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya. Merotan anak itu semasa itu hanya akan menguatkan kesan negatif didalam diri anak itu.
Semoga kita menjadi lebih belas kasihan kepada anak-anak kita semasa mereka masih belajar-belajar mengenali hidup.
Salam Sayang, Ibu Rose
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Saksikan rancangan Pa&Ma setiap Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD. Episod minggu ini, Si Cilik Multi Lingual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ketika waktu makan khususnya, kebanyakan ibu akan mengatur apa yang perlu dimakan oleh anak mereka. Sesetengah daripada menu yang disediakan oleh si ibu mungkin tidak menyelerakan bagi anak, jadi jangan salahkan mereka.
Untuk memastikan anak berselera dan suka makan, jangan sesekali memaksa mereka. Perlu dibuat perlahan-lahan dan dengari juga kehendak mereka. Dipetik melalui laman web helloDOKTOR, ada menyebut beberapa kesalahan yang biasa dibuat oleh ibu bapa ketika waktu makan dengan anak.
ANAK KENA IKUT PERATURAN MAKAN
Kebanyakan ibu bapa akan menetapkan peraturan ketika makan. Sebagai contoh, untuk makan manisan yang mereka inginkan, anak-anak harus habiskan sajian utama. Sebenarnya itu salah kerana anak mempunyai kebolehan semulajadi yang tersendiri untuk menentukan kadar pengambilan makanan mereka.
KADANG-KADANG, IBU BAPA SUKA SANGAT PAKSA ANAK UNTUK HABISKAN MAKANAN, SEDANGKAN WAKTU ITU MEREKA SUDAH KENYANG. MEMAKSA MEREKA MAKAN TERLALU BANYAK AKAN MENJADIKAN ANAK TRAUMA DAN MERASAKAN WAKTU MAKAN SESUATU YANG TIDAK MENYERONOKKAN.
Sepatutnya ibu bapa hanya perlu biarkan anak menikmati makanan mereka. Sedikit atau banyak bukan masalah, beri peluang mereka untuk makan sendiri dan nikmati makanan yang ada. Pada waktu lain, anda boleh ambil inisiatif untuk terangkan kepada mereka keburukan membazir atau makan terlalu banyak. Pastikan anak-anak gembira ketika waktu makan.
PAKSA ANAK MAKAN YANG MEREKA TIDAK SUKA
Satu lagi kesilapan lain yang selalu dibuat adalah dengan memaksa anak makan apa yang mereka tidak suka. Biasanya anak-anak tidak sukakan sayur-sayuran. Daripada memaksa mereka makan dengan rupanya yang begitu ‘jelas’, ibu boleh sembunyikannya dalam masakan.
Mengetahui kepentingan nutrisi yang ada di dalam sayuran, hasilkan menu yang menggunakannya tanpa perlu dilihat oleh si manja.
TAK ADA STRUKTUR
Anak-anak suka makan mengikut kehendak mereka. Ketika disuruh makan mereka tidak mahu. Tiba-tiba ketika belum waktu makan, mereka mengadu lapar pula. Biasanya anak akan cenderung untuk meminta snek dari makanan utama. Jangan terlalu diikutkan kerana ia mengganggu struktur pemakanan yang sebenarnya.
Ibu bapa boleh membentuk satu struktur makan yang lebih teratur. Tetapkan waktu makan untuk sajian utama dan snek mengikut waktu yang spesifik. Pastikan jadual makan ini sama setiap hari supaya anak anda dapat membiasakan diri. Jangan terlalu tegas dan mengabaikan permintaan mereka untuk makan jika tidak ‘kena’ dengan waktu yang telah anda tetapkan.
TIADA PILIHAN PELBAGAI
Jangan marah anak jika mereka menolak untuk makan apa yang anda sediakan. Mungkin ada sebab mengapa jadi begitu, tanyakan pada anak apa yang mereka inginkan. Sediakan menu pelbagai dan pastikan ada kandungan nutrisi di dalamnya. Terangkan juga kepada anak apa yang anda sediakan serta kebaikannya untuk mereka.
JIKA ANAK TIDAK MAHU MAKAN BANYAK PADA KALI PERTAMA, JANGAN BERPUTUS ASA. TERUSKAN BERINOVASI DAN CIPTA RESIPI YANG MENGIKUT SELERA ANAK ANDA. ANAK-ANAK AKAN MAKAN JUGA AKHIRNYA WALAUPUN MENGAMBIL MASA.
Ketika makan, elakkan memarahi atau memaksa anak untuk makan seperti orang dewasa. Dalam proses membesar, mereka masih mencuba dan mencari apa yang mereka suka. Tanyakan pada anak apa yang mereka gemari dan cubalah hasilkan makanan seperti yang mereka inginkan. Jika ada masa yang terluang, ibu boleh libatkan anak-anak ketika proses memasaknya. Pasti mereka lebih teruja untuk memakan hidangan itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.