Anak Tak Tahu Apa Dia Cakap, Ibu Ayah Yang Kena Tegur Kalau Salah

Share

Baru-baru ini tular sedutan video sebuah kartun bersiri kegemaran ramai yang memaparkan empat kanak-kanak sedang bersembang tentang manfaat berbuat baik kepada ibu. Di dalam sedutan itu, salah satu wataknya telah membuat kenyataan yang mencetuskan kemarahan kebanyakan warganet.

Di dalam babak itu dikatakan jika tiada ibu, maka tiadalah syurga buat si anak. Untuk menjelaskan perihal ini, PU Azman telah memuatnaik beberapa posting di laman Instagramnya.

HARGAI EMAK

Dalil di bawah.

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ.

Maksud :”Bila mati anak Adam, putuslah amalnya kecuali 3 hal, 1. sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakannya”.
(Muslim).

Bukankah sifat soleh itu kunci syurga ?

Dalam dunia ni, berapa ramai yang masih ada mak tapi biadab, kurang ajar, lebihkan orang kekasih daripada mak, hantar mak ke rumah orang tua dan segala macam perderhakaan. Anak seperti ini hanya mengundang laknat Allah.

Sekurang-kurangnya, orang yang takder mak, dia tiada dosa dengan maknyer.

Tapi, cara kau taknak ada dosa dengan mak kau tu, jangan kau bunuh mak pulak.

Matilanak.

Artikel Menarik: [Time Baik, Berpeluk Sakan. Waktu Gaduh, Harimau Pun Cabut Lari. Pening Ibu!]

IBU BAPA PERLU DIDIK ANAK

Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham.

Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak.

Kita lihat watak Fizi dari sudut positif.
Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri.

Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.

Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak.

Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU?

Hadis yang popular di kalangan kita iaitu.

الجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ.

Maksud :”Syurga di bawah tapak kaki ibu”.
Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga.
Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu’afa’. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah.

Tapi ada satu hadis yang kualitinya baik berbanding di atas. Seorang lelaki datang bertanya Nabi.

يا رسولَ اللهِ، أَرَدتُ أنْ أغزُوَ، وقد جِئتُكَ أستَشيرُكَ، فقال: هل لكَ من أُمٍّ؟، قال: نَعَمْ، قال: فالْزَمْها، فإنَّ الجَنَّةَ عندَ رِجْلِها.

Maksud :”Wahai Rasulullah, Aku ingin ikut perang dan aku datang minta pendapatmu. Maka Rasulullah tanya, “Adakah kau ada ibu?” Dia menjawab, “Ya”. Rasulullah sabda, “Tetaplah bersamanya! Sebab sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya.”

Sheikh Syu’aib Al Arnauth (lahir 1928 Masihi) menyatakan sanad hadis ini hasan dalam Takhrij Mushkilul Athar karya asalnya Imam Thohawiy (wafat 321 Hijrah).

Artikel Menarik: [Anak Jenis Susah Berenggang, Sensitif Masa Kecil Selalunya Anak yang Cerdik]

Dalam hadis sohih yang lain Riwayat Bukhari ada satu hadis yang bermaksud :”Datang seorang lelaki kepada Nabi untuk minta izin berjihad, maka Nabi tanya dia: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Dia jawab: “Ya” lalu Nabi jawab: “Maka berjihadlah pada keduanya”.

Ini adalah hadis yang membawa makna bahawa mak abah adalah jambatan syurga anak-anak.

Jadi, lafaz hadis yang Mail cakap itu adalah palsu atau sangat lemah. Guna saja hadis lain yang sohih.

Bakar rumah Mail.

Semoga dengan perkongsian dari PU Azman ini sedikit-sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita. Ibu ayah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka membesar sebagai insan yang beradab dan sentiasa mengambil berat perasaan orang lain.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham