Melihat saiz dan ketinggian anak kecil kita yang tak sama dengan rakan sebayanya sepatutnya sudah memberi gambaran pada mak ayah untuk menilai perkembangan anak.
Anak tak tinggi-tinggi malah berat badan pun tak naik, itulah petanda terbesar anak kita terbantut. Apa puncanya?
Menurut Datuk Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Perunding Pediatrik, KPJ Damansara Specialist Hospital, masalah peralihan susu kepada makanan menjadi penyebab terbesar masalah bantut di kalangan kanak-kanak.
“Dari segi tumbesaran, kita ada standard yang kita guna untuk bandingkan tumbesaran anak yang normal. Bila anak terbantut kita ukur bila lari jauh dari carta.
Contoh budak umur baru lahir biasanya 3kg, dalam masa enam bulan biasanya 10kg. Tapi bila anak itu dah umur setahun baru cecah 7kg kita dah kira dia terbantut.
Ads
Standard ketinggian anak, jauh dan bawah dari ukuran normal itu juga dikira terbantut. Ada juga yang terbantu dari segi berat badan.
Ada pelbagai faktor tapi biasanya disebabkan oleh pemakanan yang optima. Anak kita makan tapi makan benda yang bukan-bukan. Biasanya masalah peralihan susu kepada makanan menjadi masalah terbesar.
Ads
Kadang-kadang tak diberikan penekanan sangat menjadi penyebab utama penurunan kadar normal ini. Sebagai mak ayah amat penting untuk kita jaga waktu ini dan boleh mempengaruhi tumbesaran anak.
Mak ayah kena tahu, bila fizikal terbantut, ketinggian dan berat badan terjejas, perkembangan otak juga terjejas. Sebab itu mak ayah kena ambil perhatian pemakanan anak kita. Terutama sekali waktu peralihan susu kepada makanan.
Bila anak semakin membesar, masalah picky eater pula menjadi masalah terbesar buat anak. Beri anak pilihan dan didik untuk disiplin.
Ads
Solusi untuk mak ayah Apa mak ayah boleh lakukan adalah beri anak pilihan dua tiga makanan lain, dan jika anak tolak jangan cuba berikan makanan lain terutama yang tak berkhasiat pada anak.
Susu dan buah bagus tapi kalau hanya nak makan susu dan buah pun tak bagus untuk anak. Kena ada sumber protein, serat dan pribiotik, karbohidrat dan kawal pemakanan anak.
Bilik air antara salah satu tempat yang paling anak-anak kecil suka. Mereka tak fikir bahaya dan kesan buruk yang berlaku. Jika ibu bapa terleka, sekelip mata perkara yang tak diingini boleh terjadi.
Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan , ibu bapa kena tahu hal ini! Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak demam memang macam-macam ragam. Tambah lagi bila anak ramai memang senang betul demam tu berjangkit dan buat mak-mak jadi penat sebab setiap minggu si anak akan ‘take turn’ demam.
Sama seperti isteri angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina yang berkongsi pengalaman menjaga anak-anak yang sakit.
“Adam demam ni.. Maknya tak bagi pakai baju, soh pakai shorts je kat rumah.. tapi dia rasa seram sejuk.. so dia ambik blanket baby yang ada lubang so heat can still escape”
Menurutnya, minggu lepas anak kembarnya yang keempat demam dan minggu ini demam beralih kepada anak kembarnya yang ketiga.
“Last week Noah demam, now Adam pulak. Nampak gaya macam viral fever.. Viral fever ni tak perlu antibiotik. It is self-limiting, inshaAllah dalam 3-5 days nanti baik.. bagi ubat demam bila demam. Ubat flu kalau ada flu.. symptomatic treatment je. Bagi minum air banyak-banyak.. ubat demam tu makan every 6hr, kalau temperature naik balik within less than 6 hrs, tuam dengan air nak turunkan temperature tu”
Dia turut berkongsi bukan mudah untuk menguruskan anak yang ramai dan sukar untuk mengasingkan anak yang sakit. Jadi mental kena sentiasa bersedia dan kuat.
“Fever ni bila temperature lebih daripada 37.5degC… tu dah kira low grade fever. High grade fever pulak bila temp 38.5degC ke atas… selalunya bila dah sampai high grade fever, saya akan bagi suppository PCM.. ni ubat demam yang masuk kat punggung. Tu pun kena standby kat rumah..”
“Tu je nak cerita.. bila anak ramai ni.. paling susah bab nak quarantine. i redha je lah, buat yg terbaik. Mentally kena prepared nak jaga anak2 tak sihat.. diri sendiri pun kena jaga.. Pernah sekali tu Adam, Noah, Eusoff Emelia demam serentak. timing makan ubat semua kena tulis sbb takut salah bg, lepas tu bila I nak pegi keja, i kena handover kat husband pulak.. macam tu lah kitorg bila anak2 tak sihat. Team work!!
“Doakan Adam cepat baik.. ni Eusoff pulak dah macam ada conjunctivitis.. cobaannnn…”
Rata-rata warga net mendoakan kesihatan buat Adam dan Eusoff.
Tugas sebagai seorang suri rumah memang tak mudah. Walau dipandang sepi namun inilah tanggungjawab dan tugasan berterusan yang tak pernah berhenti namun paling besar manfaatnya buat anak-anak.
Jangan sekali-kali merasa rendah diri kerana tugas inilah paling mulia buat seorang wanita. Penuh dedikasi dan ikhlas dalam membesar dan mendidik anak-anak. Kita patut bangga.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini benar-benar belaka. Jangan sesekali rasa diri tak ada harga kerana surirumahlah yang memandu arah anak-anak jadi lebih baik. Berbanggalah!
Sebab ada yang tanya, jadi saya kongsi di sini. Ya. Hampir 10 tahun saya jadi surirumah. Saya tak ada maid. Saya tak pernah hantar anak ke rumah pengasuh.
Selebet. Ketiak masam. Tak bergaya. Bau muak anak. Itulah realiti saya yang orang tak nampak dulu.
Bila anak dah mula sekolah, itu kali pertama saya belajar ‘berjauhan’ dengan anak. Bila anak dah besar ni, baru merasa banyak senang. Baru sempat nak melawa.
Fasa paling jerih sekali, waktu anak-anak masih kecil. Dapat pula anak high needs. Nak memasak, menyapu, sidai kain, berwuduk dan solat pun, anak dikendong di lengan.
Yang saya cerita dalam WHI haritu memang realiti. Nak berak pun, terpaksa tunggu husband balik dari kerja. Sebab apa?
Sebab kalau saya tinggalkan anak di luar bilik air, dia akan meraung. Bila mula meraung, susah nak tenangkan. Dah la jenis tidur sekejap-sekejap. Tak tipu. Memang penat.
Tapi sayang dan rasa komited melebihi segalanya. Bila difikirkan balik, buat kerja rumah tu tak adalah penat sangat.
Yang penat adalah: – Bila takde teman untuk diajak bersembang. Sebab saya ni asalnya manusia extrovert. – Bila mengulang rutin yang sama setiap hari – Bila duduk terperuk dalam rumah tak keluar-keluar – Bila anak meragam dan kita tak tau macam mana nak tenteramkan anak.
Ya. Penat banyak kat emosi sebenarnya. Bila penat emosi ni, kita ni banyak bersandar keperluan emosi kat orang tersayang. Terutamanya suami.
Dapat suami tu pandang mata kita, senyum, dengar kita meluah, peluk tak semena-mena, cium dan sikatkan rambut, dah cukup buat tangki emosi ni penuh balik.
Bila tangki penuh tu, naaahhh dia punya mood berbunga datang. Tetiba muncul rajin nak melawa. Nak melayan anak dan laki.
Mungkin ramai yang masih tak tau, saya sendiri sebenarnya menerima rawatan psikatri dan psikologi di hospital.
Saya nak kongsi satu pesanan dari psikologis saya kat kalian semua. “Walau komited macam mana pun kita pikul tanggungjawab, cari masa untuk buat 3 benda ni.
1) Seek pleasure : buat benda yang kita enjoy. 2) Challenge ourselves : buat sesuatu yang bagi peluang kita grow. 3) Having positive relationship : jumpa orang-orang yang kita selesa dan buat kita rasa diri bernilai.
Lepas tu jangan lupa untuk SELF LOVE, SELF CARE dan SELF RESPECT.”
❤ SELF LOVE : Be nice to yourself. Punyalah banyak pengorbanan kita dah buat untuk jaga makhluk lain. Tapi kita selalu lupa nak puji dan berterima kasih diri sendiri.
Cakap ‘tahniah kat diri bila berjaya kawal emosi’. Cakap ‘terima kasih sebab banyak usahakan kehendak diri’. Cakap ‘it’s ok harini tak berjaya, sebab esok kita cuba lagi.’
Bila saya belajar buat macam ni, alhamdulillah mudah sangat berdamai dengan diri dan anak-anak. Have a moment to pat your shoulder and say ‘im so proud of you’.
❤️ SELF CARE Jadikan Allah tempat untuk kita mengadu segala. Kalau mengadu dengan manusia, ada masa, manusia pun penat nak dengar. Tapi dengan Allah, makin kita mengadu, makin kita jumpa kekuatan.
Plus, jaga makan. Kontrol gula. Kontrol makanan terproses. Banyakkan ambil sayur, buah dan minum air putih. Ambil masa untuk bersenam.
Jaga kesihatan fizikal termasuk gigi, rambut, kulit dan keseluruhannya. Jaga ruang privasi kita dengan kekalkan kekemasan dan kebersihan. Do spring cleaning kalau perlu. Buang mana barang yang dah setahun tak pakai. Dan takkan pakai lagi setahun akan datang.
Rehat kalau perlu. Jangan paksa diri. Minta bantuan kalau tak larat. Sebab kita bukan robot. Kita manusia yang reti penat.
❤️ SELF RESPECT Distance yourself from toxic people. Orang-orang yang mempergunakan kita. Dan orang-orang yang tak menghargai usaha yang kita lakukan.
Spend time dengan orang-orang yang membina diri kita, dan buat kita rasa berguna dan dihargai. Cari circle yang buat kita rasa kuat. Yang buat kita rasa terinspirasi. Circle yang akan bantu kita cari nilai berharga dalam diri.
Buat wanita bergelar surirumah. Jangan sesekali rasa diri tak ada harga. Tanpa kalian, tak tertegaknya rumah tangga.
Kita tukang sapu, tukang cuci, tukang dobi di rumah. Dan kita juga pendidik, jururawat dan pakar motivasi buat anak-anak.
Kita mungkin tak maju kalau diukur guna kekayaan dunia. Tapi kita ada saham yang besar yang Allah sediakan untuk berpeluang berjaya di akhirat.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...