Kanak-kanak mana yang tak sukakan aiskrim? Sebut sahaja aiskrim, anak sanggup buat apa sahaja yang disuruh mak ayah. Begitunya hebatnya makanan yang satu ini. Disebabkan anak ikhlas membantu mak ayah, terpaksalah dengan rela hati belikan aiskrim walaupun hakikatnya punya kandungan gula yang tinggi.
Tak payah pening dan susah hati bila mak ayah mencuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Pn Widyana Ali di facebooknya. Resipi aiskrim sihat yang dikongsikannya bukan hanya tiada kandungan gula malah hanya menggunakan empat bahan sahaja untuk disediakan. Nampak pun sedap.
Resepi aiskrim sihat. Senang je.
Alhamdulillah anak-anak suka sangat.
Company aiskrim tak suka orang ramai tahu resepi ni sebab boleh menjejaskan jualan aiskrim diorang. Texture aiskrim guna resepi ni lebih kurang sama dengan aiskrim di supermarket yang penuh dengan bahan kimia tu.
Ads
Bahan-bahan:
5-6 biji pisang*
Satu cawan buah strawberries
Satu cawan yogurt plain
Sedikit madu
*saya guna pisang kapas, tapi pisang lain pun boleh juga rasanya.
Caranya senang sahaja:
Ads
1. Pisang dan strawberries dibekukan dahulu.
Ads
2. Kisar pisang, strawberries, yogurt dan sedikit madu menggunakan food processor. Kalau tak ada food processor, guna blender pun boleh tapi kena buat sikit-sikit.
3.Lepas tu masukkan ke dalam bekas. Boleh tambahkan potongan buah strawberries dalam adunan.
3. Bekukan aiskrim semula kisaran lebih kurang masa 2-4jam.
4. Siap untuk dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak makan ayam tempura sekarang dah tak perlu beli. Boleh buat sendiri je dekat rumah. Mudah pula tu. Rasa sedap macam beli dekat kedai. Boleh makan puas- puas dengan seisi keluarga dan mesra untuk bayi juga tau. Boleh dijadikan snekking untuk anak pada waktu sarapan dan waktu petang.
Ayam tempura juga sesuai untuk dihidangkan untuk anak kerana mengandungi protein yang diperlukan untuk bayi membesar dengan baik. Vitamin B12 dan Choline yang terdapat dalam daging ayam berfungi untuk meningkatkan perkembangan otak anak- anak dan membantu sistem saraf berfungsi dengan baik.
Kesihatan mata dapat dijaga dengan adanya nutrien retinol, alfa, dan beta- kerogen dari Vitamin A. Penglihatan anak akan menjadi sangat baik dengan adanya nutrien ini dalam badan mereka.
Ayam dapat buatkan anak berasa lebih kenyang. Ayam boleh membantu menjaga berat badan anak dan menjaga kesihatan jantungnya. Berat badan yang normal dan seimbang dapat menjaga kesihatan jantung dengan lebih baik.
Jom lihat resipi ayam tempura homemade yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Leyana Lee di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESIPI AYAM TEMPURA HOMEMADE
Homemade Chicken Tempura Baby Friendly! Sesuai untuk bayi seawall 8 bulan ke atas. Hidangan lengkap untuk bayi dan kanak- kanak! Dan sesuai untuk sarapan, kudapan, makan tengahari dan makan malam! Boleh dijadikan sebagai juadah berkelah, makanan mengembara, sebagai bekal makanan anak ke pengasuh, taska atau sekolah. Tapi psssss! Seluruh ahli keluarga boleh makan sambal cicah sos cili memang sedap sangat tau. Save dulu resipi ini nanti boleh cuba untuk anak.
Bahan- bahan:
– Fillet ayam dipotong dadu (tanpa tulang dan dibuang kulit)
– 1 biji telur besar
– Bawang holland (dipotong dadu)
– Ikan bilis dan serbuk ayam untuk rasa masin semula jadi
– Lada hitam
Cara- cara:
1. Kisarkan semua bahan sekali.
2. Seterusnya, sediakan 2 biji kentang dilecek dan ½ cawan tepung jagung dan kacau sebati dengan bahan yang telah dikisar.
3. Akhir sekali, bentukkan ayam tempura dan salut dengan serbuk roti! Dan siap untuk digoreng! (untuk ayam tempura yang disejuk bekukan boleh goreng separuh masuk sebelum dibekukan)
Untuk salutan:
– Serbuk roti homemade 7 bulan ke atas
– Serbuk oat homemade 7 bulan ke atas
– Serbuk roti pasaraya 2 tahun ke atas
Nantikan lebih banyak resipi yang saya akan kongsikan.
Selain dari ayam, ibu juga boleh gunakan udang, ikan, ketam dan sumber protein yang lain. Ibu juga boleh letakkan sayur bagi menambah nutrien lain ke dalam tempura. Lebih sihat dan sedap. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Homemade chicken powder mungkin sudah biasa bagi semua ibu dalam menambah rasa dalam menu bayi kita. Namun serbuk ayam yang satu ini lain daripada yang lain. Penambahan batang seleri yang dimasak sekali dan kemudiannya dikisar halus buat anak sihat. Bukan menambah rasa sahaja bahkan khasiatnya pun baik untuk anak kita.
Resipi ringkas tetapi sihat dan berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria menerusi grup Happy Baby Foods Malaysia ini mama wajib cuba. Potong batang saleri kecil dan tumiskan hingga lembut. Jom cuba!
Homemade chicken powder Umi style. Selalu orang buat guna isi ayam semata kan. Saja umi try tumis dengan unsalted butter dan campur dengan celery. Serius bau wangi ja serbuk ayam ni.
2 ketul dada ayam
1/2 batang celery
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit unsalted butter
Tumis bawang dengan unsalted butter sampai lembut.
Masukkan celery dan saute hingga lembut.
Masukkan ayam dan goreng sehingga kering air.
Carik halus-halus kemudian keringkan dalam oven. Suhu 120°c dalam lebih kurang sejam. Biarkan sejuk, dan blend sehingga halus.
Siap stok bahan perasa natural.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.