Bila anak main koyak-koyak kertas dan sepahkan sana sini, kita mula marah-marah. Hakikatnya aktiviti sekecil itu sebenarnya punya banyak kelebihannya pada perkembangan anak kecil kita.
Apa sebabnya? Aktiviti yang nampak remeh dan simple macam ni sebenarnya cukup baik untuk perkembangan anak kecil. Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa, aktiviti yang nampak remeh ini sebenarnya membantu perkembangan anak.
Simple je aktiviti, tak payah susah-susah cari barang-barang mahal. Hanya gunakan kertas, koyak, tiup, tampal… itu pun dah banyak skill boleh ajar masa aktivit ni. Contohnya:
1. Fine motor skill – anak-anak gunakan jari-jari untuk koyak kertas. Koyak tau bukan tarik sampai kertas tercabut. Pegang dengan dua belah tangan, 3 jari (tripod) satu tangan twist ke depan, satu tangan twist ke belakang. Semua ni boleh latih kekuatan dan koordinasi sekali gus. Nak lagi kuat, guna kertas tebal sikit.
2. Skill meniup – Boleh ajar anak untuk bentukkan mulut. Mulutkan organ untuk bercakap, jadi kena belajar gerakkan dengan betul supaya dirangsang.
3. Skill Sensory – Main gam tampal-tampal, lumur sikit gam tu kat tangan anak dan tengok react dia macam mana. Anda pun lumur lah kat tangan anda sekali, so anak boleh tengok contoh. Tengoklah samada dia geli atau ok je.
4. Bahasa & Komunikasi – Dan of course masa aktiviti kita mesti bercakap kan dengan anak. Introduce la apa nama objek, nama action, take turn tampal, tiup semua yang penting have fun. Ok ke ok.. ??
Ok..boleh praktis dengan anak kat rumah ya. Selamat bermain.
Menarik: Bayi Cuma Tahu Bernafas Guna Hidung Saja Sebab Tu Dia Menangis Bila Selesema & Hidung Tersumbat!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Reti Penat Budak Ni” Memang Tak Boleh Paksa Duduk Diam, Anak Perlu Aktif Untuk Rangsang Otak
Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense )
2. Auditori ( Audirory Sense )
3. Sentuhan ( Tactile Sense )
4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense )
5. Rasa ( Gustatory Sense )
6. Bau ( Olfactory Sense )
7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
eranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Baby Suka Mengempeng Petang Atau Malam, Tak Cukup Susukah Siang Tadi? Ini Komen Pakar Laktasi
Baby suka mengempeng petang atau malam. Seolah-olah tak cukup susu yang ibu bekalkan masa duduk dengan pengasuh atau tidak cukup menyusu pada sebelah siangnya. Betul ke ni, mama rasa pelik!
Menurut Dr.Nurhaya Yacob, IBCLC dari Dr Nurhaya Lactation Center, ia adalah keadaan yang dinamakan penyusuan secara reverse cycle. Reverse cycle adalah satu fenomena di mana bayi lebih banyak atau sering menyusu pada waktu petang atau malam berbanding waktu “biasa” iaitu siang hari.
Keadaan ini adalah salah satu tindak balas normal bayi apabila ibu tiada kerana sedang bekerja, atau sedang sibuk dengan urusan lain walaupun bayi ada bersama ibu. Namun begitu, hal ini tidak terjadi ke atas semua bayi.
3 FAKTOR TERJADINYA PENYUSUAN SECARA REVERSE CYCLE
a)KELIRU SIANG DAN MALAM
Reverse cycle biasa terjadi kepada bayi-bayi yang baru lahir. Ini kerana bayi masih berada dalam keadaan keliru di antara siang dan malam. Hal ini boleh juga terjadi di saat berlakunya aselerasi pertumbuhan atau growth spurt di mana pada fasa yang pendek ini, si comel lebih kerap terlihat menyusu terus di dada ibunya.
b)MENUNGGU IBU
Manakala apabila bayi yang tinggal bersama pengasuh semasa ibunya bekerja, ibu-ibu sering di beritahu bahawa tidak mahu minum atau minum susu ibu terlau sedikit. Mereka hanya meminum susu ibu sekadar untuk menghilangkan rasa dahaga atau mengurangkan sedikit rasa lapar. Malah sanggup menunggu kepulangan ibu untuk mengempeng lebih lama ketika bersama ibu.
c)KETIKA PENYUSUAN MELALUI BOTOL DIPERKENALKAN
Fenomena reverse cycle ini sering berlaku di saat ibu sudah mula bekerja atau si comel baru dikenalkan dengan pemberian susu melalui botol apabila berada bersama pengasuh, atau ketika ibu sibuk di siang hari, sehingga memendekkan tempoh penyusuan pada waktu siang. Maka dengan itu, si comel lebih banyak “melekap” di payudara ibu pada malam hari atau pada saat ibu berehat.
TIP HADAPI REVERSE CYCLE BAYI BARU LAHIR
Sering kali di katakan bahawa bayi yang baru lahir lebih banyak menyusu di malam hari berbanding siang hari kerana kekeliruan yang berlaku di antara siang dan malam. Bagi mengatasi masalah seperti ini, ibu atau bapa di nasihatkan untuk
- Tidak menidurkan bayi di dalam ruang yang gelap pada siang hari dan elakkan menyalakan lampu di malam hari.
- Biarkan siang hari dan malam hari seperti mana fitrah kejadiannya agar dapat mengelakkan kekeliruan.
- Ibu boleh cuba ‘mengganggu’ bayi agar kekal terjaga supaya mereka boleh tertidur nyenyak pada sebelah malam hari. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
REVERSE CYCLE BAGI IBU BEKERJA AGAK MELETIHKAN
Reverse cycle pada sesetengah ibu yang bekerja beranggapan ia adalah satu hal yang mudah kerana bayi hanya memerlukan beberapa auns susu sahaja untuk di bekalkan kepada pengasuh mereka.
Namun ada juga segelintir ibu yang berasa sangat risau terhadap masalah ini kerana merasakan bayinya mendapat susu yang sangat sedikit dan bimbang sekiranya reverse cycle akan menggangu tumbesaran si anak.
Ada segelintir ibu merasakan proses ini sangat melelahkan kerana mereka tidak medapat tidur yang cukup kerana si comel ingin berterusan melekap bersama ibu. Co-sleep atau tidur bersama bayi dan menyusukan si comel dalam posisi berbaring merupakan salah satu cara untuk membantu ibu-ibu agar melalui proses ini dengan lebih mudah. Malah banyak yang mendapati ia sangat seronok kerana merasakan proses ikatan bersama si comel seolah-olah lebih rapat kerana waktu siang yang sibuk bekerja. Carilah posisi yang paling selesa untuk menyusukan si comel supaya penyusuan menjadi satu proses yang sangat mudah.
Sebaliknya ada juga segelintir ibu yang merasakan ia adalah sangat melelahkan kerana tidak mendapat istirahat yang cukup. Yakinlah ibu, pengorbanan ini sangat berbaloi apabila kita melihat ke hadapan dengan semua kelebihan-kelebihan yang diperoleh melalui penyusuan susu ibu.
TIP HADAPI REVERSE CYCLE BAGI IBU BEKERJA
Tidak ada satu cara yang pasti untuk mengatasi masalah ini, namun antara cadangan yang boleh ibu-ibu laksanakan ialah,
a)Susukan bayi sehingga kenyang sebelum berangkat ke tempat kerja. Di tempat kerja ibu boleh meneruskan proses pemerahan seperti biasa.
b)Elakkan pemerahan susu sebelum pulang dari kerja kerana bayi akan ternanti-nanti saat bersama ibu untuk memulakan penyusuan. Dan pasti mereka akan jadi sangat marah kerana menyusu pada payudara yang kosong..
c)Bagi bayi yang sedang mengalami aselerasi pertumbuhan atau growth spurt adalah sukar untuk ibu tentukan berapa lama anak akan berterusan menyusu secara kerap. Namun begitu, bayi akan segera kembali seperti sedia kala apabila aselerasi pertumbuhan itu berakhir.
d) Ibu perlu fahami yang reverse cycle ini hanyalah satu fasa peralihan dan adaptasi di mana ia tidak akan memudaratkan bayi. Apabila fasa ini berakhir, semua akan kembali seperti sedia kala.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar, Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak!
Tanpa kita sedar, anak-anak begitu lambat perkembangannya hanya kerana kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini. Bila terlambat perkembangannya dalam segala segi, anak akan mula menunjukkan ragamnya sendiri. Lambat belajar, tidak fokus, kuat memberontak dan sebagainya adalah gejala yang boleh dilihat.
Apa mak ayah nak buat sebagai persediaan anak ke sekolah tahun hadapan? Menerusi Pa&Ma E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Konsultan Perkembangan Kanak-Kanak & Terapi Cara Kerja, Puan Nurul Sheriena berkongsi tip berguna untuk persediaan anak ke sekolah tahun hadapan.
Sensori dan kemahiran motor adalah paling utama dalam perkembangan anak untuk ke sekolah di usianya tujuh tahun.
Selepas pandemik ini banyak anak-anak yang regress dan berlaku kemerosotan dalam perkembangannya disebabkan kurangnya pergerakan. Disebabkan ini, ramai anak-anak kecil kita tak fokus, meragam dan sebagainya.
Jika nak ke sekolah, dua aktiviti yang dapat membantu adalah dicadangkan seperti berikut.
Perkembangan anak secara menyeluruh melibatkan nature dan nurture di mana ia melibatkan luar kawalan dan perkembangan akan yang boleh dikawal oleh kita sendiri.
Nature (Luar Kawalan)
Outside – apa orang lain kata
Internal – genetik
Nurture (Boleh Dikawal)
Outside – persekitan
Internal – makanan dan minuman
Sebagai mak ayah persekitaran iaitu dalaman dan luaran antara yang boleh mak ayah kawal perkembangan motor mereka. Jadi lakukanlah yang terbaik di mana, pilihlah makanan yang baik untuk perkembangan anak. Begitu juga dengan persekitaran yang baik dan cuba merangsang sebaiknya anak kita.
Guru adalah ibu pertama ibu ayah
Dua tahun anak di rumah inilah masa ibu ayah menjadi guru terbaik bagi anak-anak yang sedang membesar.
1. Beri stimulasi sensori
Buat aktiviti yang melibatkan daya sensori dengan anak. Contoh bermain pasir di pantai dan sebagainya untuk melahirkan daya sentuhan dan sensori anak.
2. Main sama-sama
Ada ibu ayah yang tak tahu nak bermain sama-sama dan tak tahu apa nak buat. Dapatkan educational toy yang tepat untuk membantu perkembangan anak. Jangan lambakkan mainan tetapi pilih mainan yang sesuai. Pilih apa yang anak perlukan bukan apa yang anak mahu.
Apa aktiviti boleh dilakukan
1. Gym Ball
Mengikut kesesuaian mak ayah bersama anak antaranya dengan gym ball. Ramai anak selepas pandemik kekuatan muscle semakin berkurangan, latih anak dengan gym ball yang dapat mengimbangkan badan dan pergerakan mereka.
Sebagai persediaan anak ke sekolah, gym ball ini dapat melatih anak. Buatlah tummy gym ball, membantu perkembangan, kuatkan body posture dan gym ball melatih postur tubuh anak agar lebih yakin untuk ke sekolah.
2. Crossing Midline
Buat aktiviti senaman seperti di dalam gambar ini, atau pegang apa sahaja di tangan dan gerakkan ke kiri dan kanan. Otak anak akan dirangsang sebaiknya ketika pergerakan kiri dan kanan dan ini akan dapat merangsang kemahiran motor kasar mereka.
Lakukan aktiviti ini kerap kali di rumah sebelum anak nak ke sekolah tahun depan. Latih sebaik dan sekerap mungkin. Ia membantu.
3. Trampolin
Biarkan anak melompat-lompat agar kekuatan tubuh mereka di uji dan semakin bertambah kuat dan baik.
Apapun, apa jua mak ayah lakukan yang melibatkan sensori, ia amat membantu anak-anak. Walau berada di dalam kereta sekalipun, bermainlah apa sahaja dengan anak-anak. Semua ini amat membantu perkembangan motor kasar anak.
Sentiasa periksa perkembangan anak dan periksa M Chart anak untuk melihat progress perkembangan mereka. Jangan terlambat untuk menyedari sebarang kelewatan pada perkembangan anak kita.
Menarik: Resipi Mini Tortila Nuget Ayam, Menu Simple, Teruja Anak Nak Makan
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI