Anak Tengah Lasak, Bersepah Tandanya Dia Sihat. Tahu Cara Ni, Mudah Urus!

Share

Fitrah kanak-kanak semua perkara dia nak cuba. Cuma dalam fasa ini penting untuk ibu bapa jelaskan dan didik supaya anak faham. Kadang disebabkan perasaan mencuba itu, ada ibu bapa yang hilang sabar.

Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ini, setelah mengetahui fakta mengenai perkembangan anak, pandangannya terus berubah dan kini cuba untuk menjadi ibu yang lebih memahami anak tanpa perlu untuk streskan diri.

Bila saya tahu tentang fakta ini, pandangan saya pada kanak-kanak mula berubah.
Fitrah kanak-kanak 👇

Kanak-kanak belajar dari menyepah dan bermain.
➡️ Ibu ayah berlapang dada ,lihat sebagai proses belajar, dan ulang sebanyak mungkin cara untuk kemas dan main dengan betul.

Kanak-kanak suka meneroka dan mencuba sesuatu yang baru kerana sifat ingin tahu.
➡️ Ibu bapa berlapang dada, pantau dalam mereka mencuba tanpa terlau banyak sekatan dan kemarahan dan sediakan suasana untuk meneroka dengan selamat.

✅ Kanak-kanak susah nak dengar bila dia tengah excited ,teruja dan bersemangat bukan dia sengaja tak dengar.
➡️ Ibu bapa hentikan anak, minta tarik nafas ,pegang bahu, duduk separas anak, cakap dengan nada yang tenang dan ayat jelas serta pendek untuk anak faham apa yang kita nak cakap.

✅ Kanak-kanak suka jerit dan pukul
➡️ Ibu bapa tenang kerana anak masih belajar cara untuk berkomunikasi dan bermain serta bergaul dengan orang. Ibu ayah segera hentikan , demonstrasi cara yang betul untuk main, nasihat dengan baik ( jangan jerit juga ), anak tak faham sebab nasihat berlawanan apa yang ditunjukkan. Ulang sampai dia ingat.

Kanak-kanak mencari connection dan perhatian ibu bapa dengan pelbagai cara biarpun cara yang negatif
➡️ Perhatian dan connection itu keperluan asas kanak-kanak, kalau tak dipenuhi , anak akan cari jalan dengan otaknya yang muda untuk tarik perhatian. Jadi, ibu ayah berikan perhatian dan connect dengan setiap anak sepenuhnya tanpa gangguan gajet dan selainnya at least 15 minit sehari.

Kanak-kanak masih tak pandai kawal emosi.
➡️ Otak emosi anak-anak mula berkembang dengan pesat antara umur 1 setengah tahun hingga 4 tahun. Otak mereka sangat muda dalam merasionalkan sesuatu dan bertindak secara logik , memang otak mereka tak dapat buat .
Jadi, ibu bapa berlapang dada, namakan emosi mereka , validate dan beri ruang untuk lepaskan secara selamat tanpa mencederakan diri sendiri dan orang lain. Berikan alternatif untuk mereka lepaskan emosi negatif dengan selamat, bukan cara memukul orang atau baling barang.

Anak serap semuanya macam sponge tak kira baik dan buruk.
➡️ Jadi, ibu ayah kena berlapang dada jika anak tiba-tiba berubah tingkah laku dari biasa . Kena cuba check apa yang anak lihat, tonton , dengar. Kerna otak anak yang muda tak mampu bezakan buruk dan baik tanpa ibu ayah bimbing dan beritahu. Dan dalam memberi bimbingan, ulangan adalah compulsory , bukan cakap sekali , anak dah ingat.

Ayat ” berapa kali dah mak cakap, ayah cakap, masih tak ingat ke ” tak boleh digunakan selalu.

Gambar Hiasan

Sebab anak ni belajar melalui repetition, nak -anak umur 2,3,4,5 ,6 tahun ini.
Kita yang dewasa kadangkala lupa nak tutup iron baju, sayalah tu .
__
Bila saya tahu fakta ini, MasyaAllah, sungguhlah saya jadi lebih sabar dan cool serta empati pada anak.

Saya berlatih sabar dengan memahami bagaimana otak anak kecil bekerja dan fitrah mereka dalam membesar.

Umur gini macam ini, umur ini pulak macam ini. Bukan mereka nak macam itu, tapi itu adalah perkembangan kanak-kanak yang normal. Normal saja sebenarnya!

Kita yang salah faham, ingat kita tak pandai didik anak, ingat anak kita ni nakal , selalu buat hal dan sengaja buat kita marah. Padahal itu sebahagian cara anak berkembang. Kita dulu lagu tu lah jugak. Pentingnya ilmu parenting dalam mendidik anak ini. Pentingnya ada ilmu perkembangan kanak-kanak nak membesarkan mereka selepas mengandung dan melahirkan.

Orang kata, tak nak sesat dan tersalah jalan, kena tahu ilmunya. Melalui jalan menjadi ibu ayah ini, kalau tiada ilmu dan persediaan, boleh kata macam percubaan berani mati. Bahaya sangat.

Saya belajar fakta dan cara nak handle anak dari buku ini lah. Contentnya ditulis terapis kanak-kanak berpengalaman, ot Siti ‘Aisyah Rozalli .

Buku ini salah satu rujukannya memandangkan anak saya ini umurnya 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Bayangkanlah havoc nya kan bila 3 kanak-kanak ni. Hehehe.

Memang kena ada rujukanlah nak handle kanak-kanak yang usia golden age ini.
Otak anak berkembang pesat waktu umur macam inilah.

Begitulah jadi mak ayah ni besar tanggungjawabnya, jadi ilmu pun kena semakin besar, InsyaAllah. Moga Allah pandu kita dalam mendidik anak . Amin.

Kredit: Wan Nur Syakira

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Wan Amy