Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya. Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Ads
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Ads
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Anak Ernie Zakri, Khawla nyanyi lagu ‘Masing-Masing’ cuit hati warga maya. Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, puteri kesayangan pasangan ini, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022 banyak mengajar mereka untuk berusaha menjadi ibu bapa yang sebenar-benarnya.
Mengakui masih belajar menjadi ibu dan ayah terbaik, akui Ernie, anak kecilnya itulah yang mengajarnya dari hari ke hari untuk menjadi ibu yang lebih baik masih kini masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik buat Khawla.
Baru-baru ini tular satu video yang dimuatnaik di laman sosial TikTok milik @ernienator.my yang meraih perhatian ramai. Di dalam video berkenaan, memaparkan anak pasangan Ernie dan Syamel iaitu Khawla menyanyikan lagu yang sedang menjadi hangat di negara Indonesia iaitu Masing-Masing.
“Lebih baik kita bashi bashi,” lala – tulis Erni ruangan di kapsyen.
Rata-rata warga maya terhibur melihat Khawla menyanyikan lagu ibunya. Paling mencuit hati ialah apabila nyanyian versi Khawla kedengaran sangat comel serta gelagat menghayati lagu tersebut juga meraih perhatian netizen.
Berikut dikongsikan antara komen-komen warga maya:
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ibu-ibu, Ambillah Masa Untuk Ber-ME TIME, Penting Untuk Kualiti Emosi
Ibu-ibu zaman sekarang tanggungjawab mereka sangatlah mencabar. Setiap hari dihambat dengan kesibukan tugas-tugas di tempat kerja. Mana hendak memikirkan soal kerja yang perlu disiapkan mengikut jadual, fikirkan anak yang bersekolah, tugas mengurus rumah tangga, pendek kata semuanya perlu ‘dihadap’ dalam satu masa.
Menjadi seorang isteri dan ibu, bukanlah semudah yang disangka. Lebih mencabar apabila wanita juga bekerja bagi tujuan membantu meringankan beban suami. Begitulah rutin yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.
Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.
Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari geng ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.
5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. Join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak yang semakin besar dan tidak lama lagi akan melangkah ke sekolah menengah masih belum cukup solatnya.
Mungkin sikap ibu ayah menganggap anaknya masih kecil tidak perlu mendesak anak. Namun hakikatnya cara ini tanpa sedari ia tidak mendidik anak mencintai kepada solat.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi jangan tunggu hingga anak besar akil baligh, didiklah dari awal supaya cintanya berputik sejak kecil kepada sayang kepada solat dan rasa bersalah jika tidak melakukan ibadat ini.
Menarik dengan perkongsian daripada Dr Farhuda Zulaikha yang berkongsi 16 tip ‘Fun’ supaya mendidik anak kecil suka kepada solat. Malah perkongsian ini telah meraih perhatian hingga mendapat lebih 3K share!
Ujar Dr Farhuda Zulaikha bahawa untuk mendidik anak mengenai solat ini sebenarnya tidak susah.
Ibu ayah yang perlu memainkan peranannya untuk mendidik anak untuk suka kepada solat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil.Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat
16 TIP DIDIK ANAK SUKA SOLAT
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat. Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tinggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah. Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat. Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.