Keibubapaan

“Anak Tengok Saya Bersusah Payah, Dia Ikut” Ajak Shiro Sanggup Ambil SPM Lagi, Beri Semangat Pada Anak!

Share

Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.

Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.

Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.

“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.

“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya. Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.

Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.

“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.

“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.

Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.

Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

 

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM