Sebilangan besar ibu-ibu cukup prejudis pada mana-mana lelaki yang merokok dikhalayak ramai. Terasa sangatlah mengganggu. Sebenarnya merokok bukan hanya beri kesan pada orang sekeliling, paling penting kesannya pada anak sendiri. Apa sebabnya doktor minta kita berhenti merokok kalau nak anak sihat?
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, merokok sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser pada anak bila anak besar nanti.
PEROKOK TINGKATKAN RISIKO KANSER PADA ANAK
Semalam ada seorang rakan doktor yang mengirimkan satu penerbitan journal mengenai bahaya rokok kepada kanak-kanak.
Tidak kira yang merokok itu bapa atau ibu di sepanjang kehamilan, risiko untuk menghidap kanser seperti leukemia adalah lebih tinggi.
Ini kerana asap rokok bukan saja boleh menyebabkan kerosakan pada DNA sperma tetapi kerosakan pada DNA janin yang sedang membesar dalam rahim.
Gabungan sperma (yang rosak) dengan ovum, atau janin yang telah terhasil (setelah ibu terdedah pada asap rokok) boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menghidap kanser darah seperti leukemia apabila mereka besar.
Malah rokok juga boleh merosakkan sperma dan ovum, sehingga menjejaskan kesuburan dan mengakibatkan sukar hamil.
Di sebuah negara yang mempunyai ramai perokok, bilangan pesakit leukemia juga lebih ramai. Lebih ramai orang yang tidak subur.
Jadi tukar cara kehidupan kita jika kita mahu sejahtera. Amalkan pemakanan yang seimbang, dan elakkan terdedah dari toksin dari persekitaran seperti asap rokok jika mahu hidup lebih sihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya lalui Pengalaman Bersalin Yang Hebat”, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Pembedahan
Setiap kelahiran mempunyai cerita yang tersendiri. Bagi ibu-ibu baru ia merupakan satu pengalaman berharga untuk dikenang dan diceritakan. Chryseis Tan, usahawan dan isteri kepada ahli perniagaan SM Faliq Nasimuddin berkongsi pengalaman melahirkan puteri sulungnya secara pembedahan kepada umum.
Menerusi entri terbarunya itu, anak kepada Tan Sri Vincent Tan ini memuat naik dua foto bersama suami dan puteri mereka yang diberi nama Arianna Kyla Tan untuk tatapan semua.
Artikel berkaitan: Chryseis Tan Bakal Lahirkan Pewaris Jutawan, Tetamu Undi Jantina Baby Dalam Beg Gucci Ketika Majlis Baby Shower
Melalui kapsyen posting tersebut, Chryseis berkongsi cerita tentang pengalaman kehamilan dan juga proses bersalin yang dilaluinya.
“Jadi, ramai yang tanya sama ada saya melahirkan anak secara normal atau C-section. Inilah pengalaman bersalin saya, Arianna merupakan bayi songsang dan cara paling selamat untuk melahirkannya adalah melalui C-section walaupun saya berharap dapat bersalin secara normal.
“Saya gementar untuk dibedah namun ia perlu dilakukan. Kami check-in ke Hospital Pantai dan esoknya saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Epidural dilakukan dan saya merasa kebas dari pinggang ke bawah.
“Dalam keadaan sedar saya sudah berada di dalam bilik pembedahan dengan Faliq berada di sebelah, lagu cinta klasik 70-an dimainkan dan Arianna berjaya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada kami.
“Kepada yang bertanya adakah saya berasa sakit, saya tidak merasa sakit sehingga ke hari ini (walaupun sedikit tidak selesa bila perlu berjalan buat pertama kali selepas dibedah).
“Saya takut sebelum dibedah dan nampaknya is berjalan dengan sangat lancar. Kalau saya boleh buat, saya yakin anda semua boleh. Saya berharap pengalaman seterusnya juga akan sama seperti yang ini.
“Saya masih tak percaya saya seorang ibu sekarang tetapi inilah permulaan kepada kehidupan baru saya dan Faliq, alhamdulillah,” tulis Chryseis sebagai kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Arianna Kyla Tan dilahirkan pada 16 Julai lalu dengan berat 2.9kg.
Imbas kembali, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Sumber: Gempak & IG Chrystan_x
Artikel berkaitan: Dah Berusia Seminggu, Chryseis Tan Perkenal Puteri Sulung Kepada Umum, Nama Arianna Kyla Jadi Pilihan
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cabut Gigi Susu Terlalu Awal Punca Gigi Kekal Tumbuh Lambat. Ada 5 Keadaan Gigi Susu Perlu Dicabut
Gigi susu anak sudah bergoyang sedikit dan ibu bapa ambil keputusan untuk mencabutnya. Tahukah anda ia akan menyebabkan gigi kekal tumbuh lambat?
“Mama tengok ni. Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Aira,” kata Aira sambil mengangakan mulut ke arah ibunya. Setelah diteliti, memang ada gigi baru kekal tumbuh di belakang gigi kacip bawah. Memang sudah agak panjang dan tumbuhnya menyenget. Gigi kacip susunya itu juga sudah mula bergoyang apabila ditolak lembut dengan jari. Timbul kekeliruan pada fikiran si ibu sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri. Mama dalam dilema…
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
GIGI SUSU TUMBUH SEPENUHNYA PADA USIA 2 TAHUN SETENGAH-3 TAHUN
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.
“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya.
Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut urutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.
GIGI SUSU MULA GOYANG
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen
5 KEADAAN GIGI SUSU PERLU DICABUT OLEH DOKTOR
Dr Mazleen memberitahu beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh doktor pergigian iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilema Ibu Cuti Pantang Mahu Bekerja Semula. Anak Tolak Botol, Demand Susu Segar
Beberapa hari lalu, Tasha Manshahar telah berkongsi sebuah video di laman Instagramnya disertai dengan kapsyen panjang menceritakan tentang pengalamannya untuk memperkenalkan botol kepada bayinya kerana akan mula bekerja tidak lama lagi.
Kata pelantun lagu Be Mine ini, anaknya itu tidak mahu minum susu menerusi botol. Pelbagai jenama botol dan puting diperkenalkan kepada Muammar tetapi semuanya ditolak. Tambah Tasha, dia terpaksa meminta orang lain untuk menyusukan anaknya kerana Muammar akan menolak jika ibunya yang memberi susu dengan botol. Walaupun telah mengikut jadual penyusuan botol, tetapi anaknya masih menolak.
Artikel Menarik: [Keguguran Awal Kehamilan Petanda Janin Lemah & Ada MAsalah Genetik]
Tasha turut menyatakan betapa dia suka menyusukan Muammar terus dari badan kerana ia umpama bonding time buat mereka berdua. Dalam kapsyennya itu, dia turut merasa risau kerana anaknya mungkin sudah menerima susu dari botol, tetapi hanya yang segar sahaja. Susu yang disimpan dalam peti ais dan dipanaskan akan ditolak oleh Muammar.
Note : this video was recorded on the 5th day Muammar start botol semula. Disusukan oleh uncle dia.
_
Awal dulu Muammar okay je botol, tp since I fully direct feed dia, lepastu I nak start bg botol balik sebab nak naik kerja tak lama lagi, dia reject bottle.
_
Okay few days ago I ada share yg Muammar dah slowly boleh minum botol kan. Sebenarnya dah seminggu I try botol dekat Muammar. I just try bg dia botol Avent. Sebelum ni ada comotomo, tommee tippie, pigeon, NUK. Beli macam-macam jenis teat, tak jadi. Hampir give up. Balik dari beli tu macam biasa la, basuh and sterilize, siap rebus dulu teat dia tu nak bagi lembut. Suprisingly, Muammar mcm boleh accept teat Avent ni, walaupun at first Muammar hisap agak slow, tapi dia tak mengamuk dan slowly susu tu habis. I bagi Muammar botol only during day time (minta org lain tolong susukan. Ada sekali tu je I susukan, Muammar habis minum, the rest dia mengamuk taknak botol so minta orang lain susukan sbb baby ni kenal mak dia). And honestly ada jugak cuba bagi fm sbb thinking of mixing fm and bm. Tp masih dilemma sebenarnya ? So far, masih cuba sebaik mungkin bg bm.
_
I mulakan botol semula ikut jadual yg ramai org suggest. First few days, bagi botol sampai tgh hari je dulu, then slowly panjangkan sampai petang. The rest of the day, I mmg direct feed Muammar sbb I taknak dia lupa macam mana nak direct feed ? Sebab I enjoy moment df kan Muammar. I love having that special bonding sesh with him.
_
Cuma masalah besar lain pulak sekarang ni. Muammar taknak susu yang dah di pam masuk freezer, pastu kita defroze dan warm susu tu. I perhatikan, Muammar likes it fresh. Sama ada direct feed, atau susu yg baru je pam terus masuk botol. Stok yang tak seberapa dalam freezer tu I try bagi, bazir je buang Muammar taknak. Siapa ada experience macam ni?
_
P/s : ada masa i akan share my personal pumping journey yang penuh dgn dilemma, macam-macam i fikir to the extend i rasa stress ?
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Artikel Menarik: [Anak Buat Salah, Kita Marah. Sedangkan Diri Sendiri, Sana Sini Langgar Peraturan]
Begitulah lumrah menjadi ibu yang menyusukan badan. Macam-macam cabaran harus ditempuhi. Masalah susu sikit, merosot, anak tolak minum botol, anak tidak mahu susu yang disejukkan dan banyak lagi. Semoga semua ibu bf akan kekal bersemangat dan kental untuk meneruskan misi mulia ini!
Sumber: Tasha Manshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI