Dapur adalah ruang paling berbahaya buat anak-anak kecil kita. Walau dah perhatikan anak 24 jam, bila satu-satu perkara itu terjadi diluar bidang kuasa kita, kita tak mampu nak mengelaknya. Risiko anak melecur seperti terkena minyak dan air panas mudah berlaku tanpa kita duga.
Bila dah jadi macam ni, mama jangan panik tetapi berusaha untuk tambah pengetahuan. Salah satu perkara yang ibu perlu elak lakukan adalah meletakkan pelbagai benda lain pada kulit anak.
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, menyapukan pelbagai benda asing pada kulit hanya akan membuatkan kulit bertambah teruk. Jadi jika anak atau ahli keluarga terkena lecuran minyak atau air panas, elakkan beberapa perkara ini. Mama kena tahu ni.
Elak Sapu Macam-Macam
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Ads
Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
?Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
?Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
Ads
?Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan kecemasan awal betul adalah:
1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
Ads
2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak cair bila mana anak membuat aksi comel meminta sesuatu atau meminta ibunya pulang. Biar sedang bekerja namun hati pastinya buat si comel tersayang. Inilah yang dilalui pelakon, Amyra Rosli.
Menerusi Instagramnya, Amyra yang kini sudah pulih dari Covid-19 dan telah kembali bekerja memuat naik video gelagat anak sulungnya, Afeeq Anaqi yang menarik perhatian warganet.
Jika sebelum ini Anaqi menulis mesej di Whatapps untuk ibunya, kali ini dia menghantar video comel pula buat ibunya yang sedang bekerja.
“Bila mommy dah start shooting balik mommy dapat video ni dari buah hati.
“Adoi mommy tak kuat.
P/s : Jangan tanya apa conteng-conteng kat screen tu, mommy pun tak tau apa @aqeefanaqi cuba lukis,” tulisnya di Instagram.
Teletah comel Anaqi yang meminta Amyra membelikan gula-gula Lollipop memang comel. Ditambah pula dengan cubaan membuat muka sedih yang sememangnya membuatkan hati tersentuh.
Apa lagi dengan rintihan sayu meminta ibunya untuk segera pulang ke rumah. Serius comel. Ibu mana yang tak cair kan?
Dalam pada itu, rata-rata pengikut pengacara program Nona ini turut terhibur malah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Kata mereka, Anaqi bakal menjejaki ibu dan ayah untuk bergelar pelakon suatu hari nanti. Berbakat!
“Anaqi mewarisi bakat ibu ayah rupanya. Pandai berlakon.”
“Dia lukis muka orang. Mesti ada sesuatu dia nak sampaikan.”
“Alololololo. Manaa la tak cepat rasa nak balik rumah.”
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Noor Neelofa Mohd Nor satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Selebriti yang terkenal ini juga merupakan duta-duta bagi produk yang berjenama di luar negara. Kejayaan yang dikecapinya di usia yang muda sangat membanggakan.
Neelofa yang merupakan pengasas kepada Nealofa hijab bersama-sama peminatnya, Neelofa team telah meluangkan masa untuk program CSR di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk melawat si kecil yang sedang bertarung dengan kanser.
Menerusi posting neelofa di instagram, ternyata mereka sangat terharu kerana kedatangan team neelofa disambut baik di HKL.
“I had a great time spending the weekend with my dear fans and these little warriors who are battling cancer at HKL . Thanks to @lajuiceria for joining us with this special csr program. I came to entertain them but at the end, they ended up entertaining all of us with their cheekiness and love ❤ #csrneelofaxneelofateam P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan”
Diterjemahkan
“Saya sangat gembira dapat meluangkan masa hujung minggu bersama-sama peminat saya dan si pejuang kecil ini yang sedang bertarung dengan kanser di HKL. Terima kasih kepada @lajuiceria kerana sudi bersama kami untuk program csr yang istimewa ini. Saya datang untuk menghiburkan mereka tapi akhirnya mereka yang menghiburkan kami semua ❤ #csrneelofaxneelofateam
P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan”
Sedap sungguh suara adik Alif menyanyi kan lagu Achey. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk tag Achey di ruangan komen Neelofa. Adik Alif nak jumpa Achey, semoga hasratya dimakbulkan.
Tak melepaskan peluang, netizen turut berdoa agar adik Alif cepat sembuh. Sikap Neelofa yang sangat bersahaja dipuji netizen.
Netizen sempat mention nama Achey di ruangan komen Neelofa
“What is your name?…” Berkerut dahi si kecil. Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya, namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya, ia dianggap asing buat dirinya. Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak pandai berbahasa Inggeris.
Tidak perlu diterangkan apakah kelebihannya jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini dalam usia kecil lagi. Mempersiapkan anak lebih awal adalah lebih baik kerana anak akan menjadi lebih bersedia apabila masa itu sudah tiba. Namun bagaimana cara terbaik untuk pasti kan anak anda dapat mengusai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan secara semula jadi. Ikuti tip dan panduan yang diberikan.
Berkomunikasi
Berkomunikasi secara langsung menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, anda boleh memberikan panduan dalam bahasa tersebut. Misalnya, meminta anak untuk duduk. Anda boleh berkata “Sit down”. Selain itu, anda boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak sebelum tidur, sehingga anak semakin terbiasa mendengarkan bahasa Inggeris dan juga mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap. Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menemani anak semasa menonton rancangan televisyen. Anda boleh mengucapkan dan mengulangi kata-kata yang diucapkan di televisyen. Misalnya untuk bahasa Inggeris, ketika melihat haiwan kucing di televisyen, anda boleh memberitahu kepada anak bahawa kucing dalam bahasa Inggeris disebut “cat”. Cara ini efektif digunakan untuk peringkat awal mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak kerana anak mudah ingat dan memahami apa yang ditontonnya.
Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut. Dengan sendirinya anak ada akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Kenalkanlah lagu-lagu anak yang biasa dinyanyikan. Anda boleh menyanyikannya sebelum tidur atau sambil menyuapkan makanan kepada anak.
Satu kata dalam satu waktu
Ketika mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak, jangan terus memberikannya kosa kata yang harus dipelajarinya. Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Sudah tentu anak anda masih pelat semasa menyebut beberapa perkataan bahasa Inggeris. Anda perlu membantu anak menyebut dengan jelas dan nyata.
Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak bersama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali.
Namun tidak perlu mengajar bagaimana mengeja dan menulis perkataan. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!