Anak yang terlalu aktif dan sukar dikawal boleh mengundang keadaan kelam kabut. Apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba. Tapi kenapa agaknya mereka boleh jadi terlalu aktif? Cuba semak apakah makanan yang dimakan olehnya hari ini yang mungkin telah mempengaruhi mood dan tingkah laku.
Sugar rush. Gula sering kali menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan kanak-kanak aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, ada jenis makanan lain yang juga memberikan impak kepada kelakuan dan si manja. Antaranya ialah:
PRODUK TENUSU
Pengambilan produk tenusu dalam kuantiti sederhana tidak ‘mengganggunya’. Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
Ads
PEWARNA DAN PERISA TIRUAN
Tidak ramai yang tahu bahawa perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau sebekas kecil tairu.
Ads
GULA
Gula. Ya gula boleh menjadi sebab apabila ia diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
BAHAN PENGAWET
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
Ads
BAHAN PERASA
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak. Bahan perasa banyak terkandung dalam makanan berproses seperti sosej, kerepek, mi segera dan sebagainya.
Tidak salah untuk mengambil makanan ini tetapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit sekali-sekala. Jangan jadikan ia tabiat kerana selain boleh mengganggu emosi anak, ia juga memberikan impak negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membela haiwan peliharaan di rumah boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada keluarga, termasuklah kepada anak – anak. Menjaga dan bermain dengan haiwan peliharaan boleh memberi kesan positif terhadap perkembangan anak – anak.
Memelihara dan merawat haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, ikan hiasan, arnab dan sebagainya menjadikan suatu hal yang menyenangkan bagi pemilik haiwan tersebut. Selain itu, memiliki haiwan peliharaan juga mampu untuk menghalang rasa sunyi. Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui pemeliharaan haiwan.
Menurut Dr Harith, terdapat kebaikan anak – anak boleh dapat melalui pemeliharaan haiwan. Jom lihat video yang dikongsikan di akaun TikTok beliau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun bukan selalu ibu bapa Ainul Mardhiah memuat naik status terbaru mengenai perkembangan kesihatannya, ternyata ramai yang ternanti-nanti untuk mengetahui keadaan terkini buah hati rakyat Malaysia ini.
Biarpun tiada ikatan persaudaraan dengan si comel Ainul, namun auranya cukup hebat sehingga buatkan ramai yang masih mengingati perjuangan anak kecil ini pada tahun 2019 untuk menjalani pembedahan yang dianggap cukup berisiko bagi penyakitnya itu.
Terbaru dalam status terbaru walid dan mama Ainul, mereka berkongsi rasa syukur dan kegembiraan melihat anak sulungnya semakin sihat dan aktif. Walaupun Ainul sedikit lewat perkembangan dengan anak seusianya, kesihatannya hari ini dah buat semua ahli keluarga bersyukur sangat.
Menurut mama Ainul, Nurul Erwani, Ainul banyak belajar semua perkara. Siapa sangka dari seorang anak yang hanya terbaring atas tilam, keletahnya sekarang langsung tak dijangka sama sekali.
“Ainul dah pandai pimpin tangan mama, kalau kita lepaskan, cepat-cepat dia pegang semula. Syukurnya mama dapat jaga amanah dari Allah ni Ainul Mardhiah.
Sementara itu, dalam perkongsian walidnya pula, Ahmad Safiuddin, Ainul sekarang makin banyak akal dan suka ikut apa orang buat. Semua dia nak cuba dan perkembangan ini sesuatu yang sangat membanggakan kami semua.
Bermain, bergurau semua itu sesuatu yang cukup menyeronokkan Ainul. Walaupun dia agak lambat untuk dapat momentum itu kerana masalah kesihatan sebelum ini, rasa bertuah sangat tengok dirinya sekarang.
Dalam satu perkongsian Safiuddin baru-baru ini, gelagat Ainul yang duduk bersilang kaki bersama atoknya menarik perhatian ramai.
Atok dah pencen ni, memang kena timang dengan atok je lah lepas ni. Duduk pun bukan main tu, siap bersilang kaki. Ewahh ewahh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti. Dalam perkembangan seorang anak, perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan ibu.
Walaupun kebanyakan anak memang rapat dengan ibu kerana ikatan telah terbina sejak dari dalam kandungan dan semasa proses menyusu tetapi tak semestinya ayah tak boleh rapat dengan anak.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
Tip Eratkan Hubungan Dengan Anak
Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.
2. Tak perlu kos yang mahal atau perjalanan yang jauh
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. Bermain dan bersiar-siar bersama adalah saat yang dinantikan oleh anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.
4. Sentiasa peluk anak
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
5. Berbual dengan anak
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Dengar cerita anak
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.
7. Sesekali keluar berdua dengan anak
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama. Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah okay mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Uruskan keperluan anak
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.
Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!