Anak kita berbeza-beza. Ada yang tahap keyakinannya di hadapan orang ramai terlalu tinggi, namun ada juga anak yang pendiam dan pemalu biar pun dirangsang dengan pelbagai cara.
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang pemalu dan pendiam, trik yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini boleh dicuba.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri.
Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting. Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat.
Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
1) Validate.
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2) Puji.
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.
Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.
Ads
3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu. Bercakap kena yakin dan jelas.
4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.
5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.
6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagi semangat, “Tak apa. Ko cuba lagi weh.”
7) Pesan pada anak, bila orang tak nak kawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
Ads
8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.
“Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
“Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia. That confident. Mama pun tak ada.
9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.”
Ads
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang,
“Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok”
Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan,
“Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.”
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik
dengan anak saya ni.
Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
“Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.”
“Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedatangan 1 Syawal pastinya memberi kegembiraan kepada semua individu dari pelbagai peringkat umur. Masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul setelah lama tak berjumpa.
Bagi anak-anak kecil, kemeriahan menyambut Aidilfitri sangat dinanti kerana dapat memakai baju baru selain dapat mengucup tangan kedua ibu bapa di pagi raya serta bergambar kenangan. Ada rezeki lebih dapat duit raya dari ibu ayah.
Namun momen ini tak semua anak-anak bernasib baik. Ada yang diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya. Mungkin juga yang ibu bapanya terlantar sakit ataupun berada dalam kesusahan.
Seperti perkongsian di Tik Tok hassan.kosnan, tiga anak saudara lelakinya dah tak dapat meraikan Hari Raya bersama ibu bapa mereka selepas tahun 2018 setelah kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan.
Video TikTok itu memaparkan keratan akhbar kejadian yang berlaku kepada kedua ibu bapa tiga beradik itu setelah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Selain itu, di dalam video TikTok itu terselit gambar terakhir hari raya tiga beradik itu bersama ibu bapa mereka tahun 2018. Atas dasar tanggungjawab, bapa saudara dan ahli keluarga lain mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak tersebut.
Lebih sayu apabila melihat gambar tiga beradik tersebut yang menziarahi pusara kedua ibu bapa mereka seolah-olah memendam kerinduan yang tiada penghujungnya.
Paling bersyukur, disaat mereka diuji sejak dari kecil, kasih sayang bapa saudara yang menganggap mereka seperti anak sendiri benar-benar menyentuh hati semua orang. Walaupun bapa saudara dah mempunyai keluarga sendiri, anak-anak yatim piatu ini tetap dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata mengagumi bapa saudara anak yatim piatu itu yang sanggup berkorban dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
“Orang-orang yang menjaga anak-anak yatim dengan baik umpama berjiran sangat rapat dengan Rasulullah…moga anakanda bertiga teruskan berbuat baik ye sayang..🥺”
“Terima kasih sebab ikhlas jaga dia orang. Semoga Allah merahmati anda sekeluarga..”
“Untungnya pahala dapat jaga anak yatim piatu. Tiba-tiba terus dapat anak-anak bujang yang besar🥰🥰”
“Saya start menangis bila melihat gambar bersama makcik dan pakcik nya…anak-anak yatim ni tidak kesunyian mereka ada bapa dan ibu saudara yang hebat..besar pahalanya.”
“Besar pahala dan murah rezeki menjaga anak-anak yatim.. Moga dipermudahkan urusan kalian.. Moga menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat..”
Moga dipermudahkan urusan tiga anak yatim piatu ini dan dapat membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dan mampu membanggakan arwah kedua ibu bapa suatu hari nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya sangat tepat! Baik anak perempuan atau anak lelaki, ajarlah kemahiran memasak pada anak sejak kecil lagi. Elakkan sekali-kali tak bagi anak masuk dapur.
Malah menerusi perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah dengan tiga anak lelakinya, ilmu dan kemahiran memasak buat hidup anak-anak kecil kita sampai dewasa kelak tidak kebulur. Malah biasanya mereka pandai berdikari.
Jadi ajarkanlah kemahiran ini awal-awal lagi pada anak. Kekok sikit itu biasa.
Memasak ni adalah survival skill yang penting. Kalau pandai masak, hidup tak kebulur walau duit takde. Dengan bahan yang minimum dah boleh masak macam-macam.
So skill ni kena pupuk sejak kecil. Pastu skill basuh pinggan pun kena pupuk juga dari kecil tak kiralah boy atau girls.
Bab house chores ni kena layan sama rata, semoga dah besar dan kahwin nanti bahagia rumahtangga depa.
Benda paling mudah untuk anak-anak masak kat dapur adalah masak nasik, goreng telur dan nak fun sikit buat pancake macam ni.
1 cawan + 3 sudu besar tepung Bluekey 1 cawan susu 1 sudu butter cair 1 biji telur 2 sudu gula atau madu 1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla kalau ada Dah ada semua bahan tu minta anak-anak satukan semuanya dalam bekas dan kacau sebati. Guna bekas besar tau, kalau tak habis tumpah dikacau oleh depa.
Pastu panaskan kuali non-stick dengan api perlahan dan sekata. Minta anak sendukkan bancuhan ke dalam kuali dan biar dia naik menggelembung dan ajar dia cara nak balikkan. Biar dalam seminit, siap.
Hidanglah dengan butter dan maple syrup atau sos coklat atau sos strawberry atau apa sahaja yang diorang suka.
Kita jangan sekat anak-anak ke dapur. Galakkan, ajar dan pantau. Anak-anak bila suka masak dia akan faham kepentingan dan juga bahaya yang ada di dapur.
Bila dia dah rajin dan pandai masak, lengkaplah satu value atau survival skills yang paling penting untuk dia.
InshaAllah, senang dia nak hidup berdikari nanti. Campaklah kat mana pun, kita tak perlu risau.
Sinki tersumbat boleh buat mood nak memasak tertangguh. Kadang kalau tak tersumbat pun, akan ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari lubang sinki. Jadi untuk atasi masalah ini, sebaiknya sebulan sekali boleh buat proses cucian ini.
Untuk atasi masalah ini daripada berlarutan bolehlah cuba kaedah yang dikongsikan oleh Syafini Hassan untuk menghilangkan masalah sinki dapur tersumbat dan berbau dengan cara yang mudah. Tak perlu minta tolong suami dan upah orang sebab boleh buat dengan diri sendiri. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja.
Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu, cari- cari tak jumpa pulak puncanya.
Sampah dah clear. Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi. Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan. ( tapi masih dipantau hihi ).
Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh tengok kat gambar untuk step by step
Langkah-Langkah Atasi Masalah Sinki Dapur Yang Berbau
Mula-mula jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas sahaja.
Selain itu kena ada 2 benda ini.
1) Sebotol cuka buatan
2) Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli dekat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam rm16.
Ini rupa soda itu. Berkeping-keping, kalau boleh jangan pegang direct sebab ia merupakan bahan kimia. Bahaya kalau terkena tangan.
Langkah seterusnya, keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.
Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.
Selepas itu tuang cuka ke dalam air panas tadi.
Selepas itu, tuangkan air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
Kan dah bagitahu ada wap air tu. Selepas itu tuang air sampai habis. Siap.
Bersih dah sinki kita.
Kalau ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak perlu tunggu sinki sumbat baru nak cuci.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.