Ramai yang tidak tahu sebenarnya pengambilan susu yang berlebihan juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada anak terutama anak yang sudah besar dan makan makanan utama.
Pengambilan susu haruslah diambil mengikut umur anak. Tapi jangan pula sampai abaikan pengambilan susu.
Berikut adalah saranan lazim pengambilan susu mengikut peringkat usia kanak-kanak:
2-8 tahun: minum 2 cawan susu setiap hari
9-18 tahun: minum 3 cawan susu setiap hari
Akibat terlebih susu anak terpaksa menahan kesakitan setelah mengalami kecederaan pada usus. Puan Anis sudi berkongsi kisah anaknya untuk peringatan buat ibu bapa lain.
Entry kali ni panjang sikit . Terjadi dekat diri sndiri dan suami Wan Farhan baru lah rasa menyesal . Banyak kali jugak lah baca artikel doc bahaya bg susu berlebihan kat anak yg umur 2 tahun ke atas . Tapi, baca jer, ikut nya tak.
Jadi, sis nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq sakit perut disebabkan minum susu banyak . Lebih kurang 10 botol sehari sebanyak 260ml minum susu dgn sekelip mata je habis licin susu nya .Makan pun banyak.
Hari pertama dan kedua Haziq dah tunjuk simptom2 nak cirit birit dan dah start muntah . Tp yg plg teruk pd hari ke 3, die berak keadaan cangkung sambil menahan skt .
Hari ke 4 haziq dah mula berak darah. Ibu mana tak panik kan bukak2 pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti² Istighfar.
Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam2 diagnosis doc pakar buat, dan andaian doc, Haziq terlebih minum susu.
Ads
Sehari Haziq berak lebih 20 kali . Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.
Paling sedih hari ketiga, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin!
Malam tu doc pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. macam tak logik tapi itu lah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang 🙁
BUAT PARA IBU!
Ibu kat luar sana, kalau anak yg umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.
Ads
Mcm Haziq perut dia sensitif sangat . 2, 3 minggu sblm Haziq cirit birit.. Haziq selalu mengadu sakit perut.. Lepas jer minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tp doc ckp, itu adalah tanda2 awal.
Kalau anak2 mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu ea. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama2 akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak2 makan.
Lagi satu tips, ibu2 boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan ckp kat ” susu dah habis, kena g beli dulu ” . Nak bagi susu jugak boleh, bagi fresh milk.
Buat masa sekarang ni Haziq dah stop dulu susu formula . Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.
Limitkan dgn minum 2 gelas jer sehari. Bg susu byk kali tapi dalam kuantiti yg sikit, dan pastikan 2 gelas sehari dan bagi makan makanan yg kita makan.
Ads
Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, tu ada petanda awal la ye. So, berjaga jaga.
Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.
Cegah Lebih Baik Dari Merawat.
WAD 6 Selatan #HUSM.
Terima Kasih Staf HUSM, Team Doktor, Team Jururawat. Dr.Fahisham, Dr.Rizal. Semua baik-baik dan sangat membantu. Terima Kasih! Semoga Allah merahmati kalian.
Menjijikkan! Itulah yang dapat digambarkan apabila anda terlihat gambar-gambar kilang pemprosesan tauhu yang dimuatnaik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Gambar-gambar hasil serbuan tersebut menunjukkan keadaan kilang yang sangat kotor dan menjijikkan, lipas berkeliaran dan tandas serta dinding yang berdaki. Bagi ibu bapa lain, sila pastikan bahan makanan yang anda beli terjamin kebersihan dan juga mempunyai logo Halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jika anda masih ragu-ragu boleh terus ke website Jakim untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Barangan makanan yang bersih dan halal memang sangat penting terutama untuk anak-anak kecil yang mudah terdedah dengan sebarang penyakit.
Satu operasi lawatan dan pemeriksaan sanitasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilakukan dan mendapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak mematuhi Standard Operating Procedur (SOP) yang betul.
Menurut kenyatan pihak DBKL di laman rasmi Facebook, lawatan tersebut yang dilakukan pada isnin lalu mendapati pekerja premis tersebut tidak memakai kasut penutup kepala semasa memproses makanan selain tandas yang berbau dan berdaki.
PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG PROSES TAUHU
Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:
Terdapat urungan lipas; Lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam; Tandas berbau dan berdaki;
Pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan; dan Tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual.
Sehubungan dengan itu, tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuatkuasa 16 Jun 2020.
Pelakon terkenal, Diana Danielle mendedahkan bahawa suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil merupakan orang penting dalam memberikan semangat untuk anak-anak kekal berpuasa penuh ramadan kali ini walaupun hanya 10 hari.
Tambahnya lagi, kedua anaknya iaitu Aurora dan Muhammad agak berat untuk bangun sahur memandangkan sekarang waktu cuti sekolah.
“Sejak akhir-akhir ni cuti sekolah, the kids berat nak bangun sahur so it’sss breakfast in bed 🥰”
Tambah Diana lagi, Farid Kamil lah yang memainkan peranan utama dalam memujuk dan memberi motivasi kepada kedua cahaya mata mereka untuk menjalankan ibadah berpuasa.
“@faridkamilz is very good with motivating kids untuk berpuasa, Aurora tahun ni ada lah about 10 days puasa penuh. Good job evelibadiii (cause it’s teamwork that gets us thru 😂)”
Rata-rata tersentuh dengan kelembutan Farid Kamil melayan anak-anak.
“Bagusnya tengok Farid Kamil layan anak and isteri dia”
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih mudah terdedah kepada COVID-19, berbanding mereka yang berdarah O.
Hasil kajian mendapati, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang dijangkiti dan meninggal dunia adalah dari kumpulan pesakit darah A.
Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus itu.
“Pesakit dalam kumpulan darah A dinasihatkan untuk meningkatkan daya tahan tubuh bagi mengurangkan risiko dijangkiti,” menurut penyelidik di Pusat Perubatan yang berpangkalan, di Wuhan, China.
Pasukan yang diketuai Wang Xinghuan, bagaimanapun berkata, kajian itu masih di terlalu awal dan lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.
Kajian yang diterbitkan di Medrxiv.org itu membandingkan lebih 2,173 jenis darah yang disahkan mempunyai kes positif COVID-19, di Wuhan dan Shenzhen dengan 3,694 penduduk yang bebas daripada virus itu di sekitar Wuhan.
Ia menunjukkan lebih 31.16 peratus penduduk Wuhan mempunyai darah jenis A dan kajian di Hospital Wuhan Jinyintan, mendapati 37.75 pesakit COVID-19 di hospital itu mempunyai darah jenis sama.
Sampel darah yang sama juga menunjukkan 25.8 peratus mempunyai darah jenis O berbanding 33.84 peratus daripada keseluruhan populasi.
Hasil kajian itu juga mendapati 206 pesakit meninggal akibat virus itu, selain 85 pesakit atau 41.26 peratus adalah daripada kumpulan darah A dan 52 kematian daripada individu berdarah O.
Bagaimanapun, saintis yang tidak terbabit dalam kajian itu memberitahu South China Morning Post bahawa lebih banyak sampel darah perlu diambil bagi membantu pakar perubatan.
“Sekiranya anda dari kumpulan darah A, tidak perlu panik. Ia tidak bermaksud anda akan dijangkiti 100 peratus,” menurut Gao Yingdai, penyelidik yang berasal dari Tianjin.
“Ia tidak bermakna individu berdarah O juga selamat, anda masih perlu mencuci tangan dan mengikuti garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya.
Setakat ini, lebih 196,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dan lebih 7,800 kematian berkaitan virus itu. – Agensi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.