Lebih kurang usia anak dua ke tiga tahun, kita akan latih anak untuk ‘buang lampin’. Kalau konsisten, dalam tempoh dua minggu mungkin anak tak perlu pakai lampin dah. Masa nak train anak tu, kadang-kadang ‘terlepas’ juga.
Paling sukar kalau anak terkencing atau terbuang air besar di atas tilam atau karpet. Bukan mudah untuk dicuci. Jadi sebaik-baiknya kita nak pastikan bila dicuci tu, memang betul-betul bersih.
Biarpun perkongsian ibu ini sudah lama, ia masih boleh diguna pakai dan sangat bermanfaat buat kita semua.
Membersih & Menyucikan Najis Anak =============================== Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak. Biasalah kes² ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas & terbabas kat memane.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam..
Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun & larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi. Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je).
Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Baru² ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu² baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan..
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah) ================================ Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit) 1. Buang najis. 2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka) 3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata. Disunatkan: 4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry). 5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat; 1. Buang najis. 2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka) 3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Ads
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3x. Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll) 1. Buang najis. 2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka) 3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan: 4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry). 5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
================================== Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan;
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya. Disunatkan: 2. Membasuh dengan air sebanyak 3x Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus- *Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja) *Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat. *Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.
Ads
#tipdantrik #tipmak2 #sucikannajis
Semoga dengan perkongsian ibu ni dapatlah bantu kita untuk bersihkan najsi yang terkena pada tilam, karpet atau bahagian lain di dalam rumah. Tak perlu marah anak tapi terus beri galakan supaya anak bersemangat untuk segera bebas lampin. Selamat mencuba mommies!
Rimas rasanya bila melihat taburan tahi cicak yang banyak di rumah. Masalah cicak yang semakin banyak di rumah buat kita mula rasa tak selesa.
Apa nak buat? Perkongsian idea dari Encik Mohd Sanusi ini anda boleh cuba untuk mengurangkan kehadiran cicak-cicak ini.
Paling menarik kosnya paling jimat, tidak sampai RM3 cicak berjaya ditangkap. Macam mana nak buat? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang menjadi!
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Sesibuk mana pun kita sebagai suami, jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud.
“Saya cari rezeki, bukan buat benda bukan-bukan”
Ya, faham…
Tapi lepas habis cari rezeki, terus la balik rumah, dah sampai rumah, jangan sibuk dengan hp pulak. Luang masa untuk anak isteri pulak walaupun kita sampai rumah dah lewat malam.
Walaupun ada 30 minit sebelum tidur, gunakan 30 minit tu untuk tanya keadaan isteri, apa yang dia buat hari tu, anak-anak macam mana dan sebagainya.
Ambil tahu, ambik peduli hal rumahtangga sendiri terutamanya apa yang isteri rasa.
Ada suami kerja bawa lori, dalam seminggu, mungkin sehari dua je di rumah, maka gunakanlah sehari dua tu sebaiknya untuk bersama keluarga.
Ada suami kerja syif 12 jam, campur masa pergi dengan balik kerja, jadi dah 14 jam digunakan untuk keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Baki lagi 10 jam, 8 jam guna untuk tidur, kita masih ada masa 1 jam sebelum dan selepas tidur untuk anak isteri.
Maka guna 1 jam tu dengan berkualiti. Kerja ‘on call’ ke, kerja standby ke, outstation ke, apapun jenis pekerjaan kita, kita kena cari juga masa untuk keluarga sendiri.
Jangan asbab kita sibuk cari rezeki, kita hilang anak isteri.
Ada banyak sebab kenapa anak anda suka mengamuk, buat tantrum dan buat perangai. Namun kunci utamanya ibu bapa kena bersabar dan pandai tawan hati anak.
Kadang-kadang perangai anak ni sukar dijangka. Mula-mula nampak elok, tapi sekali mengamuk, boleh jadi naik angin jugalah ibu.
Tapi, dalam bersabar itu, anda juga boleh ikut tip mudah yang dikongsikan oleh Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
“uwaa…uwaa….” (1) emm…TARIK NAFAS mama tarik nafas.. “adik, apa adik nak? mama tolong ye.” “uwaa..uwa..aek nak ti..apu ucu..”(sambil pukul mama) “oo..roti ke? Mama ambil jap ye. Tapi susu habis, mama sapu butter je ye.” “tak nakkkk…uwaa…uwa..”(kali ni suara makin kuat.)
(2) ok..sabar mama..sabar..TARIK NAFAS dan UBAH KEDUDUKAN. Mama ubah kedudukan kepada melutut, pegang bahu dan pandang mata adik. “Oh…adik nak roti sapu susu ye?” “Biasa susu tu ada kat mana?”
——
Perbualan berlanjutan, anak makin tenang dan mama offer anak suatu yang lain.
Well done mama!
Mama ni bijak. Lakukan tindakan yang sewajarnya. Makin faham lepas terbaca post Ibu ni.
Jika anda mempunyai anak yang suka mengamuk, menendang atau memukul bila dia tidak mendapat apa yang dia hendak…lihatlah ini sebagai satu petanda anak itu kuat kemahuan dan banyak yang dia hendak capai di dalam diri dia dan dia sudah mula belajar ‘express’ kemahuannya.
Apa yang kita ibu bapa perlu lakukan di sini ialah mengajar anak itu tanpa kekerasan berlebihan, tanpa ‘abusive’ dalam gerak cara dan tidak terus merasakan anak anda memang bermasalah. Anak itu tidak akan menjadi bermasalah jika cara mengendalikan amukan mereka ini betul.
Ketahuilah bila anak mengamuk, dia bukan degil atau bermasalah. Apa yang sebenarnya ialah anak ini belum tahu cara untuk dia ‘express’ kekecewaan, kemahuan, kesakitan, ketidak selesaan mereka dengan lebih selamat dan tenang…itu sebab cara kita menangani stress disebabkan oleh mereka juga sangat penting…bila mereka mengamuk…kita ibu bapa juga menjadi marah-marah dan menghukum keterlaluan, maka anak itu tidak boleh belajar bagaimana untuk mengendalikan semua yang disebut tadi.
Itulah sebab Ibu selalu memberi input mengenai perkara ini…harapan Ibu agar ramai yang akan menjadi lebih faham. Dan ini mengurangkan masalah dikemudian hari.
Taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan diarahkan tutup, kelmarin.