Anak Tertidur Masa Menyusu, Bukan Terus Tarik Ya! Tip Ini Ibu Boleh Lakukan & Sangat Membantu

Share

Semakin ramai ibu dah mula tahu kebaikan susu ibu. Cuma ramai yang masih belum bersedia jika mengalami masalah dalam proses penyusuan sehingga semangat untuk menyusu itu dah down.

Sebenarnya jika ada ilmu yang cukup serta bersedia, ibu akan faham dan gembira dengan perjalanan penyusuan untuk anak. Seperti yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Asiah Maharam dalam Webinar Mama Tak Penat Susukan Anak anjuran Pa&Ma, ramai ibu anggap proses menyusu ini mudah tapi realtinya ada banyak masalah.

Contohnya seperti bengkak susu, susu tersumbat, ada jangkitan di bahagian puting ibu dan pelbagai lagi. Bagaimanapun, masalah yang biasa dan selalu ibu menyusu hadapi adalah isu puting luka.

Kebanyakan ibu akan melalui sejak dari dalam pantang lagi. Bukan itu saja ada bayi menolak direct feed dan tak tahu macam mana nak pastikan ia boleh menyusu semula atau perlu diberi susu formula. Selain itu, yang selalu juga ibu risau adalah walaupun anak dah dua tahun masih lagi nak mengempeng.

Masalah puting luka

Menurut Puan Asiah, bagi isu puting luka sebenarnya ia berlaku sebab lekapan kurang efektif dan lemah. Lagi satu adalah bila ibu guna pam untuk mengepam, pemilihan pam mungkin tak sesuai.

Ibu perlu faham mulut bayi bukan setakat tangkap puting je tapi kena cover kawasan tompok hitam. Puting ibu ibarat straw saja, mulut bayi mesti terbuka luas, lidah bayi akan tolak susu dari bawah baru aliran keluar lancar.

Bukan itu saja, ibu kena pastikan posisi badan dan kepala kena selari. Tak boleh offer straight sangat, kena pegang tengkuk bayi. Kalau cuma pegang badan dan kepala baby tak stabil itu yang menyebabkan puting ibu luka. Apa pun mesti sokong dulu tengkuk baby.

Ibu juga kena pastikan kepala baby mendongak..bukan straight..yang selalu sakit dan luka tu sebab baby tangkap puting je.

Oleh itu bagaimana ibu nak tahu baby dapat susu atau tak, ibu mesti dengar bayi hisap telan. Ini penting!

Lagi satu puting luka adalah bayi dah mula terlelap. Jangan biar puting lama kat mulut bayi. Jika bayi terlelap boleh pakai jari kelingking masuk kat bahgian tepi mulut bayi dan tolakkan nipple ke dalam dan automatik mulut bayi lepas. Jika ibu terus tarik ni yang menyebabkan baby gigit sebab terkejut dan seterusnya terluka.

Anak tolak direct feed

Dalam isu ini ada sesetengah ibu akan alami masalah kelahiran bayi pramatang ataupun bayi cleft palete. Ni antara masalah lekapan lemah. Jadi bagaimana nak bantu ibu dalam situasi ni adalah boleh bantu beri susu perah dulu pada anak sebabnya bayi ada kelemahan hisapan.

Apabila dah betul-betul stabil barulah boleh berikan secara terus. Persoalannya jika bayi tolak direct feed macam mana nak latih semula untuk dia hisap secara terus. Ini antara tipnya:

  1. Latih semula anak hisap susu kena buat semula skin to skin atas dada ibu. Biar dia bau ibunya dan pasti boleh.
  2. Step kedua oral stimulasi, usik dengan jari pipi, dalam mulut boleh cuba stimulasi dalam tepi kiri kanan mulut, lelangit dan lidah. Buat berterusan dan boleh latih direct feed
  3. Selain tu boleh offer juga dengan pergerakan perlahan ibarat kita macam dodoi dan perlahan-lahan kepala dia dekat payudara kita. Insyaallah boleh direct feed semula. Jangan stres dan anggap tak ada harapan ya.

Wean off anak selepas 2 tahun

Tambah Puan Asiah lagi, ramai juga ibu bertanya macam mana nak wean off anak selepas 2 tahun. Ini kerana walaupun dah makin besar tetap nak mengempeng. Bila tidur terjaga menangis nak mengempeng.

Sebenarnya anak yang dah besar ni bukan dia nak sangat pun. Sebenarnya anak lepas dua tahun dia dah kenyang kerana dah boleh makan cuma mungkin saja itu adalah tabiatnya kerana sebelum ni dah memang selalu hisap susu kan.

Tip atasinya ibu perlu tukarkan rutin bayi. Cuba angkat dan tenangkan anak dulu. Jangan bila anak menangis terus suakan susu. Boleh minta tolong suami atau ahli keluarga lain tenangkan anak. Ibu jangan dekat sebab anak boleh bau ibu dia.

Lagi satu saya nak nasihatkan, ibu boleh sediakan juga air kosong siap-siap dalam botol sebelum anak nak tidur. Letak berdekatannya dan bila anak terjaga tengah malam nak susu, berikan dulu air kosong.

Bila anak dah terbiasa dengan rutin barunya, akan mudah untuk wean off anak. Tak perlulah nak sapu macam-macam atau letak yang pelik-pelik kat payudara ibu.

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
Wan Amy