Anak tertumpah air sikit kita terus bebel. Kadang-kadang kita nak anak-anak jadi yang terbaik dengan cara setiap kesalahan anak perlu dihukum agar mereka mendengar kata. Tapi sebenarnya lima cara hukuman ini bahaya pada anak yang wajib kita sebagai ibu bapa tahu. Ikuti perkongsian Doktor Taufiq.
5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Pukul Muka
Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.
2. Menampakkan kemarahan secara melampau
Ads
Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.
Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.
3. Memukul sampai cedera atau luka
Ads
Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.
4. Hypercritical dengan anak sendiri
Anak tertumpah air sikit kita bebel. Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah. Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting. Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.
Ads
Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya. Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).
5. Memaki dan mengherdik tak berhenti
Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.
Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!
Sembunyi-sembunyi untuk pergi kerja memang biasa dilakukan oleh mommy daddy kan? Tapi dalam hati tu Tuhan sahaja yang tahu sedihnya nak tinggalkan anak pergi kerja.
Nad Zainal juga mengalami situasi ini. Semalam dia telah berkongsi video bagaimana anaknya, Fahad Ibrahim, 2 tahun atau Yem menangis apabila mendapati mommy nya ‘hilang’. Bagaimana pun Yem telah ditenangkan oleh daddy nya.
Perkara itu sempat dirakamkan. Tangisan anak kecil amat meruntun hati ibu-ibu. Dilema ibu antara anak dan komitmen kerjaya serta tugas memerlukan kecekalan hati dan ketabahan.
Para follower Nad juga berkongsi hal yang sama dan memberikan tip kepada ibu muda ini agar tabah menghadapi situasi ini. ada yang memuji kecekapan suami Nad memujuk dan menjaga Yem dan tip menenangkan hati ketika melalui keadaan ini.
Bila anak tantrum, tindakan ibu ayah adalah marahkan mereka. Nanti dulu, mungkin kita boleh contohi cara ayah ini menghadapi tantrum anaknya.
Semua ibu bapa mesti rasa nak naik angin bila anak tantrum terutama di depan orang ramai. Ibu ayah ketap bibir tahan sabar dan marah je. Kalau tak ada orang, memang kenalah budak ni kita marah dia puas-puas. Sebelum anda terus tengking dan marah anak, baca perkongsian Dr. Taufiq Razif dulu.
Hari ni anak saya mengamuk!
Si Maryam Soolihah ni tak berhenti-henti merengek dan menangis. Dia nak mintak main kat taman permainan dekat RnR Jejantas Ayer Keroh tapi saya tak bagi.
Hari ni saya teman isteri saya bagi talk dekat bakal-bakal Doktor kat area Bangi. Waktu talk dah dekat tapi kami masih kat area Ayer Keroh lagi. Tu yang saya tak bagi nak saya main kat playground tu tapi anak saya yang sulung ni masih merengek-rengek tak berhenti.
Ni contoh Tantrum jenis Manipulatif!
Anak yang tantrum manipulatif ni biasanya akan mengamuk kerana ada hajat dia yang kita tak tunaikan. Biasanya anak dengan tantrum manipulatif ni air matanya keluar tak banyak mana pun tapi teriakannya boleh membingitkan telinga dan melampau-lampau pulak tu.
Cara nak hadapi anak dengan tantrum jenis manipulatif ni adalah dengan kita jaga emosi kita dan biarkan je! Yes, biarkan je. Kita jangan tengking tapi kita boleh tinggikan sedikit suara untuk menandakan kita tegas dengan keputusan kita.
Jangan cair!
Anak dengan tantrum manipulatif ni memang sengaja guna tangisan dan amukannya untuk mencairkan hati kita. Sekali kita dah cair, otaknya akan menanam isyarat yang kalau nak kita tunaikan permintaan dia, dia kena tantrum lagi dan lagi.
Jadi, tantrumnya akan makin hari makin teruk. Cuma kalau kes tantrum responsif. Biasanya si anak tu akan mengamuk dan menangis tiba-tiba . Bukan mengamuk sebab nak sesuatu. Masa tu kita kena periksa :
– anak kita cukup makan ke tak
– ada tersalah makan ke tak
– susu dah bagi ke belum
– cukup tidur ke tak
– pampers dah tukar ke belum
– cuaca panas ke tak
– ada tak kita main henset sampai lupa nak perhatikan anak
– ada luka-luka tak kat badan si anak
Masa ni la baru kita kena cari penyebab dan selesaikan masalah anak kita tu. InsyaAllah kalau kita ada ilmu nak bezakan tantrum anak ni kita lebih senang nak handle perangai anak kita. Tolong ajar ilmu ni kat pasangan kita juga ye.
Ibu bapa yang mempunyai anak autisme perlu alert trik ini, barulah senang nak mengendalikan anak ini. Mendidik anak autisme memang mencabar dan perlu banyak sabar dengan tingkahlakunya. Jika ibu bapa tidak tahu cara yang betul akan menjejaskan perkembangannya.
Ikuti perkongsian panduan oleh tenaga pengajar Amirah Mohd; Terapis Carakerja di Excel Qhalif Playgroup Xtra . Semoga menjadi panduan buat ibu bapa dan guru-guru mengendalikan anak-anak istimewa ini.
Sebagai seorang guru dan terapis kepada kanak-kanak autism, saya berasa sangat bangga sekiranya apabila saya berbual-bual dengan sesiapa mengenai skop kerjaya saya dan mereka mengetahui tentang autism. Ini bermaksud kesedaran mengenai autism sudah semakin meluas di Malaysia, alhamdulillah. Ini adalah satu petanda yang sangat baik dan insyaAllah sekiranya semakin meluas kesedaran, semakin luas juga penerimaan masyarakat terhadap anak-anak istimewa ini.
“Autisme tu yang selalu kepak-kepakkan tangan tu kan?”
“Kanak-kanak autism ni kan selalu tantrum…”
“Dekat sekolah anak saya pun ada kanak-kanak autism ni,.. anak saya cerita diorang suka susun-susun barang..”
“Diorang kan hebat main puzzle..”
Begitulah antara dialog-dialog biasa yang saya dengar dari perspektif mereka yang mengetahui autism dengan hanya mengenal seorang dua individu autism ataupun yang mengenal autism daripada pembacaan dan tidak kurang juga yang mengetahuinya daripada drama dan movie.
Well, walaupun isi dalam perbualan itu benar semuanya, tapi boleh juga saya katakan isi perbualan itu juga adalah stereotaip atau generalize tentang kanak-kanak autism. Namun, saya tidak salahkan mereka apabila memandang individu autism dari satu-satu sudut sahaja, kerana dulu saya juga begitu, dan kerana autism yang dihebah-hebahkan di bahan bacaan, di drama dan di movie juga begitu.
Tetapi alangkah bagusnya jika kita semua mengetahui, bahawa individu autism juga mempunyai karakteristik mereka tersendiri, mereka juga ada individualiti mereka tersendiri, sama seperti kita yang tipikal. Jika ada antara kita yang mempunyai minat mengumpul setem, sebahagian daripada mereka pula minat menyusun barang. Well said, menyusun barang itu adalah minat bagi mereka, bukanlah menyusun barang itu yang menjadikan mereka autism – ini yang saya maksudkan sebagai stereotaip pada autism (dan bukan semua individu autism minat menyusun barang, ya!)
Jika kita meninggikan suara dan mengerutkan kening apabila kita marah, kanak-kanak autism pula yang biasa dilihat tantrum seperti berguling-guling di lantai atau menghantuk-hantukkan kepala apabila marah. Mereka tantrum bukan kerana mereka autism, mereka tantrum kerana mereka marah, tetapi tidak dapat mengekspresikannya dengan menggunakan perkataan dan meninggikan suara seperti kita (kerana limitasi mereka dalam komunikasi).
Bukan semua kanak-kanak autism hebat main puzzle, bukan semua juga suka susun barang. Jangan expect semua individu autism genius, jangan anggap semua individu autism juga lemah dalam komunikasi. Mereka juga sama seperti kita, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
TRIK KENDALI ANAK AUTISM YANG IBU AYAH KENA TAHU
Tidak dinafikan individu autism adalah individu yang istimewa, namun bukan bermaksud mereka sentiasa perlukan layanan yang istimewa, tetapi apa yang mereka perlukan adalah cara didikan yang lebih istimewa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism, cuba layan anak autism anda sama seperti anak-anak anda yang lain.
Sekiranya anak lain seawal usia tiga atau empat tahun sudah kita didik untuk memakai baju sendiri, makan menggunakan sudu sendiri, ‘toilet training’, menyimpan barang mainan mereka sendiri misalnya.
Anak autism juga sudah boleh dilatih seawal itu, bezanya mungkin teknik didikan dan tempoh masa yang akan mereka ambil untuk dilatih sehingga mahir berdikari adalah lebih lama berbanding kanak-kanak biasa.
Jika anak lain kita tegur dan denda apabila mereka melakukan kesalahan, kita puji dan beri hadiah jika mereka mendapat sesuatu pencapaian, anak autism juga layak menerima teguran dan denda, pujian dan hadiah, sedikit bezanya adalah cara pelaksanaannya.
Individu autism juga terkenal dengan ‘berada dalam dunia mereka sendiri’. Sebagai ibu bapa, terapis, dan guru, kita sibuk memikirkan bagaimana rawatan atau cara untuk ‘mengeluarkan’ mereka dari ‘dunia’ mereka dan ‘memasukkan’ mereka ke ‘dunia’ kita.
Apa kata kadang-kala kita tukar cara fikir : “apa kata aku cuba masuk ke dunia dia”. Cuba letakkan sudut pandang kita pada sudut pandang mereka. Cuba tempatkan hati kita dalam dada mereka. Walaupun mungkin kita tidak akan faham sepenuhnya, insyaAllah akan terbuka sedikit jalan untuk kita memahami mereka secara individunya mereka, bukan hanya sekadar autism nya mereka.
Jadi bagi ibu bapa, guru-guru, terapis-terapis, dan masyarakat umum juga, apa yang penting bagi kita, selain daripada mempunyai kesedaran mengenai autism, penting juga untuk kita mengenali dan menghormati kanak-kanak atau individu autism secara individualiti mereka. Memang benar kadang-kala mereka ini kelihatan sama, berkongsi ciri-ciri yang sama, tetapi mereka juga ada kelainan, kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Semoga dengan keterbukaan kita untuk memahami mereka, akan membuka lebih lagi ruang dan peluang untuk masa depan mereka yang lebih baik, insyaAllah.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.