Anak tertumpah air sikit kita terus bebel. Kadang-kadang kita nak anak-anak jadi yang terbaik dengan cara setiap kesalahan anak perlu dihukum agar mereka mendengar kata. Tapi sebenarnya lima cara hukuman ini bahaya pada anak yang wajib kita sebagai ibu bapa tahu. Ikuti perkongsian Doktor Taufiq.
5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Pukul Muka
Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.
2. Menampakkan kemarahan secara melampau
Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.
Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.
3. Memukul sampai cedera atau luka
Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.
4. Hypercritical dengan anak sendiri
Anak tertumpah air sikit kita bebel. Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah.
Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting. Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.
Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya. Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).
5. Memaki dan mengherdik tak berhenti
Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.
Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!
Sumber: Doktor Taufiq Razif