
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Mohd Yunos meminta tip untuk berhenti menyusu badan memandangkan anak kembarnya, Eusoff & Emelia sudah pun berusia 1 tahun 9 bulan.
Tambahnya lagi, dia sudah bersedia untuk berhenti menyusu anak namun si kembar masih ingin menyusu badan walaupun sudah dilatih minum daripada botol susu. Malah si kembar akan mencari Dr Halina semata-mata untuk menyusu.
“Perlukan pertolongan. Ada ke apa-apa tip untuk stop breastfeeding?”
“Si kembar E&E dah 21 bulan. Saya dah bersedia untuk tutup ‘feeding equipment’ saya!! Saya cuba beri si kembar susu dalam botol sebelum tidur,But she only wants to drink it when I’m not ard. Bila saya ada, dia akan kejar saya dan minta ‘titi’
Dr Halina turut menggunakan petua lama-lama supaya dapat berhenti menyusu namun tetap tidak berjaya.
“Cuba letak asam jawa paste on urrrmm.. The ‘feeding equipment’… Bagi sour taste.. Lepas dia rasa, di lap dengan baju.. dan minta saya pergi basuh #whostheboss?”
Tambahnya lagi, menyusu badan seolah-olah sudah menjadi habit si kembar dan dia sempat bertanya jika ada tip untuk berhenti menyusu badan pada pengikutnya di Instagram.
“Even after she had a bottle of milk, dia tetap nak breasfeed. Dah jadi macam habit. Macam kita lepas makan nak minum coffee.. Eusoff pun sama.. After 2 bottles of Susu (his and Emelia’S) he still wants to latch..”
“So, need help”
Rata-rata warga maya memberikan tip dan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.
Kredit: Dr Halina
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Mudah Label Anak Lembab, Mungkin Dia Alami Disleksia. Kalau Anak Ada Ciri Ini Mak Ayah Kena Buat Sesuatu

Kadang risau bila ada anak yang mengalami masalah sukar mengenal huruf, lambat dapat membaca, menulis, mendengar dan sebagainya. Apakah tanda-tanda ini menunjukkan anak kita mempunyai penyakit atau masalah pembelajaran?
Tanda tersebut mungkin disebabkan anak kita ada disleksia. Untuk ketahui lebih lanjut lagi tentang disleksia dan juga tanda-tandanya, ikuti perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad.
APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
a) Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
b) Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum)
c) Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
- a) Lambat bertutur
b) Mengalami kesukaran sebutan atau rima
c) Sukar menulis nama sendiri
d) Payah mengenal bentuk atau warna
e) Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinyaDi alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
- a) Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
b) Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas - Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- a) 15 dengan 51
b) “was” menjadi “saw”
c) ‘b’ dengan ‘d’ - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIAa) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
- b) Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- c) Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- d) Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- e) Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- f) Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
- g) Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- h) Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- i) Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- j) Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dll.
.
#HealthDrZubaidi
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Target Nak Kurus Lepas Bersalin, Tapi Berat Tak Turun Juga. Mana Silapnya?

Isi Kandungan
ToggleAnak dah semakin besar, pantang dah lama habis. Tapi tak dapat juga nak turunkan berat badan sebanyak yang diinginkan. Lebih dahsyat lagi, ada sesetengah ibu yang beatnya semakin naik. Ia adalah normal. Usah khuatir kerana situasi sebegini dihadapi oleh kebanyakan ibu selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sukar menurunkan berat badan.
Artikel Menarik: [Bila Dah Jadi Ibu, Tak Ada Istilah Cukup Rehat. Demi Keluarga Gagahkan Diri]
Pelik, biarpun makan selalu tak sempat. Tidur pun tak cukup. Tapi tetap berat tak turun-turun. Cuba perhatikan jika ada antara perkara ini yang anda jadikan tabiat harian:
Terlepas Waktu Sarapan
Makan sarapan membekalkan tenaga. Ia penting untuk anda memulakan hari dan kekal cergas sepanjang masa. Malah, dengan mengambil sarapan pagi jua membantu metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih efisyen.
Apabila ada bayi, anda mungkin kesuntukan masa menguruskan suami, anak dan urusan rumah tangga. Anda perlu ingat, tidak perlu ambil sarapan pagi yang mewah. Cukup sekadar semangkuk oat atau dua keping roti mahupun sandwic telur bersama buah-buahan kering.
Lupa Nak Makan
Bila terlalu banyak urusan yang perlu dilaksanakan, maka anda menjadi sangat sibuk kerana mahu menyelesaikannya dengan sempurna. Malangnya, kadang-kadang anda terlupa untuk makan.
Mungkin juga anda beranggapan dengan tidak makan pada waktu makan yang sepatutnya anda dapat mengurangkan kalori dan seterusnya menurunkan berat badan. Salah tanggapan sebegitu.
Apabila kerap melakukan perkara sebegini, anda sebenarnya akan berasa sangat lapar apabila urusan kerja mula kendur dan akhirnya menjamah makanan dalam jumlah yang lebih banyak daripada yang patut diambil.
Tabiat Habiskan Makanan Anak
Apabila anak tidak habis makan, anda berasa sayang dan tidak mahu membazir lalu memakannya. Tindakan ini menjadikan anda makan dua kali tanpa disedari.
Jadi, sebaik-baiknya kurangkan sikap mahu menghabiskan makanan anak. Jika makanan itu masih elok, mungkin ia boleh disimpan dan dimakan semula pada waktu yang lainnya.
Hanya Sempat Makan Bila Dah Tengah Malam
Selepas berhempas pulas menguruskan hal rumah tangga sebaik pulang dari tempat kerja, anda berupaya menarik nafas lega dan mula berasa lapar. Namun, ketika itu sudah hampir tengah malam.
Ketahuilah, amalan makan tengah malam adalah antara penyebab yang mudah menyebabkan anda menambahkan berat badan. Jika berasa lapar ketika ini, cuba ambil makanan berkhasiat seperti salad, buah atau yogurt. Paling tidak pun, anda boleh minum susu.
Artikel Menarik: [Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!]
Makan Sambil Berdiri
Sibuk melayan kerenah anak tetapi pada masa yang sama, perut sudah berkeroncong. Oleh kerana tidak mahu diri kelaparan, maka anda pun makan sambil berdiri.
Ada satu kajian menyatakan bahawa amalan makan sambil berdiri tidak baik kerana ia boleh menjadi punca kepada amalan makan berlebihan tanpa disedari.
Tidur Tak Cukup 8 Jam
Apabila ada anak kecil, sudah menjadi sesuatu yang normal bila si ibu mengalami masalah tidak cukup tidur.
Malah ada kajian membuktikan bahawa apabila tidur tergangu, paras kortisol meningkat lalu menyebabkan metabolisme tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik semasa membakar kalori.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Pilih Beras Yang Tepat Untuk Anak-anak, Mama Pun Boleh Diet Kalau Tahu Ilmu Ni!

Tak lengkap makan kalau tanpa dihidangkan dengan sepinggan nasi setiap hari. Boleh gelisah rasanya tanpa sepinggan nasi di depan mata. Begitu juga dengan anak-anak kita.
Cukup sehari sekali sudah memadai untuk kita. Pun begitu ada yang cuba mengehadkan lagi pengambilan nasi untuk berdiet.
Sebenarnya kalau hendak berdiet dengan nasi pun kena ilmu mengenai jenis-jenis beras. Sama seperti roti yang mempunyai Glycemic Index (GI), beras juga harus diperiksa kadar GI nya untuk memastikan kita sentiasa sihat makan nasi setiap hari.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy di facebooknya. Jom tambah ilmu sama-sama. Bolehlah kawal pemakanan anak-anak kita, tak kurang juga boleh berdiet.
BERAS YANG MANA BAGUS KALAU NAK SIHAT?
Alhamdulillah, artikel tentang ‘Roti & Glycemic Index’ sebelum ni telah dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada anda semua tentang Konsep Glycemic Index (GI). Ramai yang bertanya ‘Kenapa banyak roti, mee, beras dan makanan yang tidak dilabel dengan Glycemic Index?’ Memang banyak yang belum lagi dilabel. Kita kena cari mencari inisiatif untuk mencari nilai GI untuk makanan tersebut.
Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang beras. Saya faham dengan ‘nature’ kita di Malaysia yang sinonim dengan nasi. Jika anda perhatikan pada label beras yang dijual, memang banyak yang tiada label GI. Kalu semua dilabel, rasanya mungkin sales akan merudum. May be..hihi 🙂
Istimewa untuk anda semua, saya akan kongsikan nilai GI beberapa jenis beras yang biasa kita makan. Ingat untuk sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.
Ingat skala yang saya kongsikan sebelum ni?
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
Jika nilai GI = 100, ini bermakna gula dalam darah akan meningkat sama seperti ‘pure glucose’ atau minum air gula. Tetapi jangan terperanjat kerana ada beberapa jenis makanan yang mempunyai nilai GI lebih tinggi dari gula! Tak percaya? Cuba lihat senarai yang saya berikan nanti.
Nak sihat? Mantra mudah yang saya selalu kongsikan : ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’. So kita kena jadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih, mahal sikit tak apa, sebab kalu sakit nanti lagi mahal harganya!
Senarai dibawah adalah antara nilai yang saya perolehi dari data Glycemic Index dari University Of Sydney, Australia.
Beras Pulut : Glutinous rice, white, cooked in rice cooker (Bangkok, Thailand): GI 94
Beras Jasmine: Jasmine rice, white, cooked in rice cooker (Golden World Foods, Bangkok, Thailand): GI 109
Beras Hancur : Broken rice, white : GI 86
Beras Basmati : Basmati, white rice, boiled, (Product of Pakistan): GI 59
Beras Merah : Red Raw rice, Sri Lankan : GI 59
Beras Perang : Low GI Brown Long Grain rice, GI :54
Parboiled rice: GI 46
Cuba tengok apakah beras yang anda gunakan dirumah?
Saya personally bila ada clients yang mengatakan bahawa semua anak-anak mereka bulat (tidak terkecuali ibu dan ayah anak-anak tersebut..hihi), antara soalan yang saya akan tanya ialah ‘Beras apa yang anda sekeluarga makan?’
To my suprise, kebanyakkan keluarga ini mempunyai kegemaran yang sama iaitu memberi beras-beras yang sangat sedap, beras yang mereka import special dari negara jiran! haha.. Binggo!
Cuba lihat GI indeks bagi beras-beras tersebut. Kesannya lebih teruk dari minum air gula! No wonder gula dalam darah meningkat, insulin meningkat dan semuanya bulat!
Jom lakukan sedikit perubahan. Pilih beras dengan nilai yang lebih rendah untuk lebih slim dan lebih sihat. In shaa Allah.
Sumber: Dr Malinda Health & Beauty
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI