Fenomena anak yang sudah mula bercakap tetapi tiba-tiba sahaja hilang makin menjadi-jadi dan ia bukanlah petanda yang baik bagi perkembangan kanak-kanak. Kebiasaan kanak-kanak mengalami masalah ini adalah di antara usia 2 – 3 tahun.
Mengapa ini terjadi??
Berhenti bercakap secara tiba-tiba biasanya dikaitkan dengan salah satu ciri-ciri autism yang mana perkembangan kanak-kanak tiba-tiba merosot tanpa diketahui sebabnya.
Ads
Namun begitu ada juga kanak-kanak yang bukan autistik juga mengalami masalah ini.. Ia mungkin juga disebabkan oleh
Masalah pendengaran disebabkan oleh ear wax ataupun jangkitan bakteria
Selective mutism iaitu kanak-kanak memilih untuk bercakap dalam satu situasi dan tidak bercakap dalam situasi yang lain
Kanak-kanak yang mengalami masalah trauma atau kurang keyakinan untuk bercakap
Kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami pengalaman yang negatif yang berkaitan dengan bercakap
Atau mungkin juga kanak-kanak ini tidak berminat untuk bercakap pada masa tersebut
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Ads
Perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk penilaian dan mencari sebab kemerosotan pada perkembangan kanak-kanak.. Anda juga boleh dapatkan temujanji dengan Speech Therapist berdekatan anda untuk penilaian bahasa dan pertuturan.
Ads
Pada masa yang sama, anda juga boleh:
Tidak cepat marah dan memaksa anak untuk bercakap serta memaksa anak untuk meniru sebutan anda
Beri galakan pada setiap usaha anak untuk bercakap dengan memuji, mengulang dan meluaskan lagi pertuturan kanak-kanak. Contohnya seperti kanak-kanak menghasilkan bunyi miauu.. Anda sebut maiuu..kucing..
Lakukan banyak aktiviti nyanyian, meniru aksi, menari, bercerita dan lain-lain
Biarkan anak berada bersama kanak-kanak lain untuk mereka bergaul dan bermain
Bersedia untuk sebarang kemungkinan dan teruskan mengajar serta mencari ilmu untuk mengajar anak anda
Kita selalu rasa anak-anak kecil kita akan lebih cepat belajar kalau dihantar sekolah. Memang benar kerana setiap hari motor skill mereka dirangsang dengan sebaiknya ketika belajar. Lama-lama anak jadi makin cepat meneroka semua benda. Otak pun makin cekap.
Tapi janganlah harapkan cikgu-cikgu sahaja. Di rumah pun kita sebenarnya mampu rangsang motor skill anak kita sejak bayi lagi. Tak susahpun dan tak perlukan kos yang mahal untuk buat semua perkara ni. DIY sahaja barang disekeling kita dan lihat bagaimana anak kita berkreatif dengan semua barang yang diberi.
Boleh juga mencuba tip yang dikongsikan oleh Puan AiEn Zul ini yang berkongsi tip tampal menampal buat anaknya. Senang je. Jom cuba pada anak kita.
“Lets stick & pull them off”
Malam tadi kita guna bola pom-pom lagi. Kene rotate penggunaan barang yang ada je jimat and senang bila travel.
Kali ni guna bola pom-pom dengan saletip je, pinjam dinding umah onni ye tampallll.
FYI bola pom-pom sangat bagus untuk fine motor skill anak, pincer grasp mereka dan bulu pom-pom sesuai untuk sensory skill anak.
Tapi awas ye ibu-ibu semua, kadang anak masuk dalam mulut macam si Aileen ni, kena perhati. So perlukan pengawasan orang dewasa ye.
Lepas da tampal, mummy suruh dia cabut bola pom-pom.Yeay!!Ni part Aileen paling enjoy sekali, tengok tuuu…
Mula-mula suruh anak tampal la bola pom-pom atas sticky surface yang kita da buat di dinding tu, tampal je sesuka hati deme, lepas tu suruhla deme cabut balikkk…haa part ni Aileen excited sebab lekat-lekat kan.
Ringkas kan, modal sikit, anak seronok dapat main dalam 15 minit pun da kira bagus ?
Nanti boleh cuba kat rumah ye.
Kredit: AiEn Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor Selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Ace yang berusia 3 tahun 4 bulan dan disahkan menghidap ‘Mild Autism’.
Menurutnya, dia akur apabila guru di sekolah baru Ace meminta untuk Dr.Say memohon kad OKU buat anak sulungnya itu kerana menurut pendapat guru tersebut, banyak kelebihan dan kemudahan yang Ace bakal dapati daripada kad tersebut.
Dr. Say meluahkan rasa bagi pihak anaknya dan mengundang sebak ramai pengikut di Instagram.
Rata-rata berpendapat pilihan sekolah yang kedua adalah tepat dan sesuai untuk Ace. Ada juga yang berpendapat Ace mungkin lebih gembira jika ditempatkan di sekolah baru.
Ibu bapa boleh usaha untuk tingkatkan aktiviti otak anak menerusi cara yang mudah. Mudah sangat nak buat di rumah. Jangan sia-siakan masa yang ada iaitu daripada lahir hingga dua tahun.
Ini kerana otak si manja ketka ini berkembang dengan pesat setiap hari. Mereka membangunkan bahasa dan kemahiran motor lebih cepat. Tetapi di antara tiga hingga lima tahun, pertumbuhan perlahan kerana otaknya sedang membuat banyak sambungan.
Si manja pada usia ini banyak menyerap perkara-perkara yang berlaku dunia di sekeliling mereka. Fikiran mereka akan membentuk kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa untuk berunding dan berbicara. Mereka juga sedang belajar bagaimana untuk menyelaraskan fizikal dan badan untuk melakukan perkara-perkara seperti memakai baju sendiri, menendang bola dan sebagainya.
Kanak-kanak perlu dibiarkan meneroka. Dedahkan si manja kepada aktiviti-aktiviti ini untuk meningkatkan aktiviti otaknya.
Masa untuk anda dan dia (one to one)
Salah satu aktiviti yang menjadi penggalak kepada perkembangan otak si kecil ialah masa dengan ibu bapanya. Menurut Dr. Michele Macias, pakar pediatrik, Universiti Perubatan South Carolina memberitahu walaupun ketika ini adalah si manja giat untuk belajar berdikari, hubungan rapat antara ibu bapa dan anak masih penting. “Pada masa dengan ibu bapa, si kecil akan belajar bahasa, memahirkan pertuturan dan melontarkan idea. Hal ini lebih penting untuk membina otak daripada melibatkan anak anda dalam aktiviti-aktiviti yang lain,” kata Macias.
MEMBACA BERSAMA
Bukan sahaja sebagai satu cara yang baik untuk mendapatkan masa berkualiti dengan anak anda, membaca bersama-sama juga penting untuk meningkatkan kuasa otak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diperkenalkan kepada buku pada usia awalnya memiliki penguasaan bahasa lebih awal. Ia membantu anak-anak mengasah bahasa dan perbendaharaan kata dan perbincangan dengan ibu bapa yang menggalakkan pemahaman yang lebih baik. Menurut pakar psikologi kanak-kanak Richard Gallagher, profesor psikiatri kanak-kanak dan remaja, Universiti New York, buku yang berkisar tentang pengiraan, ABC, menyusun dan pemadanan disarankan untuk kanak-kanak pada usia ini, kata
MAIN PERANAN
Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai imaginasi yang luas. Walaupun mereka sering memulakan main peranan di peringkat umur yang lebih muda, daya imaginasi mereka benar-benar mula berkembang padai usia tiga hingga lima tahun. Mereka mula bermain koboi, berpura-pura menjadi wira-wira atau puteri, dan mula bermain pakaian (fesyen-fesyen) dan masak-masak. Selain berseronok, bermain dengan imaginasi membolehkan anak-anak bereksperimen.
“Sama seperti membaca, main peranan membolehkan anak-anak melakukan perkara-perkara yang mereka tidak dapat dilakukan dalam kehidupan sebenar,” kata Gallagher. Sebagai contoh, apabila anda dia melakonkan ada kereta kemalangan dan kemudian menghantar ambulans mainan untuk menyelamatkan, atau menghantar helikopter mereka untuk menyelamatkan haiwan yang terjatuh dari “tebing” meja makan. Dengan main peranan, mereka menyerap dan membacakan pengurusan krisis dalam suasana yang sangat selamat. Aktiviti ini juga membantu kemahiran bahasa, kerana ia melibatkan pemikiran tentang perkara dalam kata-kata dan mengulangi apa yang mereka pernah dengari.
PERGAULAN
Seorang kanak-kanak yang tidak berkembang dengan baik secara sosial dapat menjadi orang yang paling bijak di dunia dari segi IQ, tetapi kekontangan kemahiran sosial mereka yang boleh membuatkan mereka kurang berjaya dari segi kesihatan, akademik dan kerjaya dalam jangka masa panjang.
Bergaul dengan kanak-kanak lain juga membantu mereka membentuk pemikiran atau tanggapan awal tentang sesuatu perkara. Mereka belajar perkara-perkara seperti beza umur dan beza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dan sebagainya. Hal ini membantu mereka membuat peta mental untuk rujukan masa depan.
PERMAINAN DAN JIGSAW PUZZLES
Permainan dengan peraturan membantu meningkatkan kecerdasan sosial. Kanak-kanak akan mempelajari kesabaran dalam mengambil giliran dan belajar untuk menerima kekecewaan apabila kalah. Mengingati peraturan juga adalah senaman kepada otak. Permainan fizikal membantu menajamkan koordinasi motor otak.
Ajak si manja bermain permainan dengan tiga atau empat peraturan yang mudah atau permainan lebih pendek yang boleh dimainkan semula dengan cepat.
Jigsaw puzzle menggalakkan penaakulan bukan lisan dan kebolehan untuk menggambarkan sesuatu. Koordinasi motor halus otak dapat berhubung apabila si manja menggerakkan jari untuk belajar mencantumkan kepingan jigsaw puzzle. Permainan ini boleh membantu kanak-kanak yang aktif dan sentiasa bertenaga ini menghabiskan masa dengan tenang sendiri dan dalam masa yang sama masih merangsang minda mereka.
BELAJAR BAHASA LAIN
Richard Gallagher, profesor psikiatri kanak-kanak dan remaja, Universiti New York, berkata kajian menunjukkan bahawa si manja boleh menguasai banyak masa lebih cepat berbanding orang dewasa.
Dengan mempelajari bahasa kedua (selain bahasa ibunda) seawal usia tiga tahun, si manja dapat memberikan dua rangsangan ke kawasan otak yang bertanggungjawab menyimpan memori bahasa tersebut, menyusunnya mengikut urutan, dan menuturkan kembali kata-kata tersebut. Bahasa kedua juga membantu membangunkan kebolehan lisan dan ruang, dan menggalakkan si manja menguasai perbendaharaan kata dan kemahiran membaca dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.