Fenomena anak yang sudah mula bercakap tetapi tiba-tiba sahaja hilang makin menjadi-jadi dan ia bukanlah petanda yang baik bagi perkembangan kanak-kanak. Kebiasaan kanak-kanak mengalami masalah ini adalah di antara usia 2 – 3 tahun.

Mengapa ini terjadi??

Berhenti bercakap secara tiba-tiba biasanya dikaitkan dengan salah satu ciri-ciri autism yang mana perkembangan kanak-kanak tiba-tiba merosot tanpa diketahui sebabnya.

Namun begitu ada juga kanak-kanak yang bukan autistik juga mengalami masalah ini.. Ia mungkin juga disebabkan oleh

  1. Masalah pendengaran disebabkan oleh ear wax ataupun jangkitan bakteria
  2. Selective mutism iaitu kanak-kanak memilih untuk bercakap dalam satu situasi dan tidak bercakap dalam situasi yang lain
  3. Kanak-kanak yang mengalami masalah trauma atau kurang keyakinan untuk bercakap
  4. Kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami pengalaman yang negatif yang berkaitan dengan bercakap
  5. Atau mungkin juga kanak-kanak ini tidak berminat untuk bercakap pada masa tersebut

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk penilaian dan mencari sebab kemerosotan pada perkembangan kanak-kanak.. Anda juga boleh dapatkan temujanji dengan Speech Therapist berdekatan anda untuk penilaian bahasa dan pertuturan.

Pada masa yang sama, anda juga boleh:

  1. Tidak cepat marah dan memaksa anak untuk bercakap serta memaksa anak untuk meniru sebutan anda
  2. Beri galakan pada setiap usaha anak untuk bercakap dengan memuji, mengulang dan meluaskan lagi pertuturan kanak-kanak. Contohnya seperti kanak-kanak menghasilkan bunyi miauu.. Anda sebut maiuu..kucing..
  3. Lakukan banyak aktiviti nyanyian, meniru aksi, menari, bercerita dan lain-lain
  4. Biarkan anak berada bersama kanak-kanak lain untuk mereka bergaul dan bermain
  5. Bersedia untuk sebarang kemungkinan dan teruskan mengajar serta mencari ilmu untuk mengajar anak anda

Teruskan usaha. Anda boleh lakukannya.

Sumber: Aishah Kassim
Pakar Pertuturan Bahasa

Tinggalkan Komen