Fenomena anak yang sudah mula bercakap tetapi tiba-tiba sahaja hilang makin menjadi-jadi dan ia bukanlah petanda yang baik bagi perkembangan kanak-kanak. Kebiasaan kanak-kanak mengalami masalah ini adalah di antara usia 2 – 3 tahun.
Mengapa ini terjadi??
Berhenti bercakap secara tiba-tiba biasanya dikaitkan dengan salah satu ciri-ciri autism yang mana perkembangan kanak-kanak tiba-tiba merosot tanpa diketahui sebabnya.
Namun begitu ada juga kanak-kanak yang bukan autistik juga mengalami masalah ini.. Ia mungkin juga disebabkan oleh
- Masalah pendengaran disebabkan oleh ear wax ataupun jangkitan bakteria
- Selective mutism iaitu kanak-kanak memilih untuk bercakap dalam satu situasi dan tidak bercakap dalam situasi yang lain
- Kanak-kanak yang mengalami masalah trauma atau kurang keyakinan untuk bercakap
- Kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami pengalaman yang negatif yang berkaitan dengan bercakap
- Atau mungkin juga kanak-kanak ini tidak berminat untuk bercakap pada masa tersebut
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk penilaian dan mencari sebab kemerosotan pada perkembangan kanak-kanak.. Anda juga boleh dapatkan temujanji dengan Speech Therapist berdekatan anda untuk penilaian bahasa dan pertuturan.
Pada masa yang sama, anda juga boleh:
- Tidak cepat marah dan memaksa anak untuk bercakap serta memaksa anak untuk meniru sebutan anda
- Beri galakan pada setiap usaha anak untuk bercakap dengan memuji, mengulang dan meluaskan lagi pertuturan kanak-kanak. Contohnya seperti kanak-kanak menghasilkan bunyi miauu.. Anda sebut maiuu..kucing..
- Lakukan banyak aktiviti nyanyian, meniru aksi, menari, bercerita dan lain-lain
- Biarkan anak berada bersama kanak-kanak lain untuk mereka bergaul dan bermain
- Bersedia untuk sebarang kemungkinan dan teruskan mengajar serta mencari ilmu untuk mengajar anak anda
Teruskan usaha. Anda boleh lakukannya.
Sumber: Aishah Kassim
Pakar Pertuturan Bahasa