Ramai antara kita yang tertanya-tanya apa keperluan untuk membuang tonsil? Perlu ke anak kita dibuang tonsil? Sakit tekak yang kerap ini sebab tonsil ke? Kalau dah dibuang, ada apa-apa risiko?
Semua persoalan-persoalan ini mesti ramai antara anda yang nak tahu jawapannya. Sebab anak-anak kita, kalau penyakit atau masalah diri sendiri biasanya kita tak kisah sangat. Segala yang melibatkan anak-anak ini yang selalu lebih membimbangkan ayah dan ibu. Betul?
Doktor akan melakukan pembedahan membuang tonsil atau dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ dengan beberapa sebab.
1. Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.
2. Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.
3. Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.
4. Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.
5. Dan beberapa sebab yang lain.
Apa komplikasi pembedahan yang akan dilakukan ini?
1. Pendarahan. Ini saya letak dalam poin nombor satu sebab risiko pendarahan adalah antara yang biasa boleh berlaku dalam pembedahan ini. Ia boleh berlaku semasa atau selepas pembedahan dilakukan.
2. Jangkitan kuman juga boleh berlaku beberapa hari selepas pembedahan. Sekiranya ia berlaku, pendarahan daripada kawasan pembedahan juga boleh berlaku.
3. Sakit. Ini bukanlah salah satu komplikasi yang nak saya sampaikan. Risiko sakit adalah perkara biasa sebenarnya yang boleh berlaku apabila kita menjalani apa-apa pembedahan. Istimewanya. Pesakit yang menjalani pembedahan ‘tonsillitis’ perlu mengunyah selepas pembedahan dilakukan bagi mengurangkan risiko pendarahan.
Oleh itu sekiranya sakit dialami terlalu kuat, perlu beritahu doktor untuk ubat bagi mengurangkan sakit. Ramai yang datang semula berjumpa saya akibat pendarahan disebabkan pesakit tidak mulai makan atau mengunyah selepas pembedahan.
Jika anda ada sebarang masalah, boleh dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor anda.
Semoga tulisan ini bermanfaat. Jika anda rasa perkongsian ini berguna, kongsi kepada orang anda sayang.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
ARTIKEL MENARIK [Punyalah Kemas, Siap Ada Macam-Macam Sudut, Pengurusan Bilik Mainan & Belajar Ibu Ni Superb!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [“Respect Sangat Isteri Balik Kerja, Ambil Anak, Masak Tanpa Ada Helper” Hanim Kagum Dengan Ibu Bekerja]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)