Susah sungguh anak-anak kita nak makan sayur. Orang kata nak ajar anak makan sayur, mama papa pun kena jadi pencinta sayur. Barulah anak-anak akan makan. Tak gitu? Tapi ada trik mama boleh cuba.
Kalau anak masih lagi tak suka makan sayur, ada baiknya mama cuba masakkan sayur cara kreatif. Snek ringkas daripada sayuran pun boleh juga.
Sayur yang dikongsikan oleh Norhidayah Dayah ni boleh juga mama cuba. Sedar tak sedar anak dah habiskan, siap minta tambah lagi. Jom cuba!
Kudapan untuk anak-anak petang ni. Anak-anak memang suka sangat makan…
1. Kobis panjang kopek sehelai-sehelai, cuci bersih-bersih. Kemudian kukus atas api yang sederhana sehingga layu.
2. Bahan bahan yang disagat halus, ubi kentang dua biji, carrot satu batang dan bawang merah dua ulas.
3. Gaulkan bahan yang disagat halus tadi bersama daging kisar.
4. Perasakan dengan garam dan blackpapper. Masak sekejap dalam minyak yang panas.
5. Setelah siap inti digoreng, gunakan sudu dan cedok inti letakkan di atas kobis panjang yang sudah dikukus tadi.
6. Gulung gulung seperti di gambar ni..
7. Kukuskan sekali lagi yang dah dibalut inti.
Tara.. siap. Potong-potong cicah dengan sos thai. Sedap yakmatt.
Selamat mencuba!
Kredit: Norhidayah Dayah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Semua Ketulan Payudara Tanda Kanser. Jangan Takut Jumpa Doktor Untuk Sahkan
Sekiranya anda ada terlihat ketulan pada payudara ia mungkin fibroadenoma. Ketulan ini tidak menyakitkan walaupun disentuh. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui perkongsiannya di laman Facebook, ketulan fibroadenoma ini boleh melebihi satu dalam satu masa dan boleh berada di kedua-dua belah payudara.
Apakah itu fibroadenoma dan adakah ia berbahaya kepada wanita? Ikuti penerangan lanjut dari Dr Zubaidi berkaitan hal ini:
KETULAN FIBROADENOMA PADA PAYUDARA
Ketulan fibroadenoma adalah ketulan pada tisu payudara. Ia tidak menyebabkan kesakitan walaupun jika dipegang. Bilangannya boleh melebihi satu dalam satu masa. Sebagai contoh, bilangan ketulan fibroadenoma boleh berada pada belah payudara dan pada masa yang sama terdapat satu lagi ketulan fibroadenoma pada bahagian yang satu lagi.
Ketulan fibroadenoma biasa terjadi pada wanita yang berusia 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. Doktor mungkin akan mengambil sedikit tisu dari ketulan payudara itu, bagi mengesahkan diagnosis. Walau bagaimanapun, pengambilan tisu pada payudara adalah satu prosedur yang menyakitkan dan memberikan bekas parut pada kulit payudara.
Artikel Menarik: [Mengidam Makan Coklat, Esok Lusa Datang Haid. Itu Normal Untuk Wanita]
Jadi selalunya doktor akan mencadangkan ketulan ini dibuang jika terlalu besar, lebih kurang 5cm atau ketulan payudara ini menyakitkan. Tisu ketulan fibroadenoma yang telah dibuang akan dihantar ke makmal untuk pengesahan diagnosa. Setelah dibuang, ketulan fibroadenoma boleh berulang lagi. Ini bermakna walaupun seorang wanita itu telah membuang ketulan fibroadenoma dengan cara pembedahan, ia boleh muncul semula pada payudara belah yang sama atau pada belah yang satu lagi.
Artikel Menarik: [Susah ‘Membuang’ Sampai Luka. Wanita Ini Kongsikan Petua Guna Pegaga Atasi Sembelit]
Selalunya doktor tidak memberikan apa-apa ubat untuk merawat atau mencegah kehadiran ketulan fibroadenoma. Jika merasa sakit dan tidak selesa, doctor akan menasihatkan untuk mengambil ubat penahan sakit jika benar-benar perlu kerana ketulan fibroadenoma jarang menyebabkan kesakitan.
Ketulan fibroadenoma selalunya dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.
Namun begitu, jika ketulan ini berlaku pada wanita yang berusia 40an, pemeriksaan yang lebih teliti harus dilakukan. Ini kerana dibimbangi ketulan tersebut bukannya ketulan fibroadenoma tetapi ketulan yang disebabkan oleh kanser payudara. Jadi tidak perlu risau. Saya hanya mencadangkan pembedahan pembuangan ketulan fibroadenoma itu jika ia mengganggu rutin hidup atau ia menyebabkan rasa sakit.
Artikel Menarik: [Waktu Anak Dara Kulit Licin, Mengandung Je Badan Terus Naik Jerawat. Down Betul!]
Sebaiknya, jika anda mendapati ada ketulan yang mencurigakan eloklah terus dirujuk kepada doktor. Tidak salah untuk mendapatkan rundingan dari pakar, jika ada masalah di mana-mana boleh dapatkan rawatan segera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Kerap Berpeluh Lepas Bersalin, Tak Selesa Waktu Malam, Ni Puncanya!
Perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin membuatkan ibu merasa tidak keruan. Perubahan badan yang bermacam ragam ini kalanya mendatangkan kerunsingan buat ibu. Mulalah ibu fikir macam-macam.
Apa sebabnya? Umumnya, keadaan ini berlaku pada ibu yang menyusukan anak mereka. Faktor hormon dan beberapa punca lain boleh menyebabkan gejala muncul pada ibu yang baru melahirkan anak.
1. Perubahan hormon dalam tubuh
Keadaan badan ibu selepas bersalin berubah secara drastik menyebabkan rembesan peluh berlebihan pada waktu malam. Jangan risau, ini bukan petanda buruk. Keadaan seperti ini akan berubah mengikut peredaran masa.
Dalam badan wanita hamil, hormon progesteron dan estrogen dihasilkan secara besar-besaran untuk menyokong pertumbuhan janin. Selepas bersalin, paras kedua-dua hormon ini serta-merta menurun dengan ketara. Turun naik hormon seperti ini mengubah suhu badan ibu, menyebabkan peluh berlebihan pada waktu malam.
2. Menyingkirkan simpanan air dalam badan
Semasa mengandung, tubuh ibu menyimpan banyak cecair di dalam badan. Tujuannya adalah untuk menyokong perkembangan janin di dalam rahim.
Selepas bersalin, cecair berlebihan ini sudah tentu tidak diperlukan lagi. Jadi, cecair tersebut akan dikumuhkan melalui kelenjar peluh dan air kencing secara besar-besaran selepas bersalin.
3. Hamil bayi kembar atau lebih
Punca seterusnya berpeluh malam selepas bersalin ialah mengandung anak kembar. Ibu yang mengandung anak kembar atau lebih biasanya mengeluarkan lebih banyak darah, membuatkan mereka lebih mudah berpeluh selepas bersalin seperti ini.
4. Penyusuan menyebabkan peluh malam
Ibu yang menyusukan bayi berkemungkinan mengalami perkara yang sama kerana proses penyusuan akan menyekat pengeluaran hormon estrogen, seterusnya menyebabkan rembesan peluh yang berlebihan.
5. Kekurangan cecair semasa mengandung
Jika ibu mengalami pengekalan cecair atau edema semasa kehamilan, terdapat potensi untuk lebih banyak peluh keluar. Pengekalan air atau edema adalah keadaan di mana badan menyimpan terlalu banyak air.
Ibu yang mengalami peluh selepas bersalin biasanya berpeluh secara berlebihan pada waktu siang dan malam selepas bersalin. Ini adalah mekanisme semula jadi badan di mana cecair berlebihan yang menyokong badan ibu dan janin semasa mengandung dikeluarkan.
Beberapa simptom lain yang disertakan termasuk:
* Bau badan yang kuat
* Kerap terjaga malam
* Terasa basah kuyup
* Cepat marah-marah
* Keletihan
Pun begitu, jika ibu selepas bersalin berpeluh dan mengalami ciri-ciri lain seperti demam atau pendarahan, sakit ketika membuang ai kecil dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor.
Pastikan anda menghubungi doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang gejala berikut:
* Demam atau suhu badan melebihi 38 darjah Celsius
* Keputihan yang luar biasa atau berbau busuk
* Pembekuan darah besar atau pendarahan berwarna merah terang lebih dari tiga hari selepas melahirkan
* Sakit atau terbakar ketika membuang air kecil
* Kesakitan, kemerahan atau pendarahan di tempat luka atau jahitan
* Kawasan merah di dada dan terasa hangat
* Kejang yang teruk
* Kesukaran bernafas, pening atau pengsan
* Berasa sangat tertekan atau cemas
Ibu yang peluh ketika malam hari selepas bersalin secara amnya akan berhenti dengan sendiri kerana keadaan fizikal anda semakin stabil. Walau bagaimanapun, jika peluh berlebihan disertai dengan gejala lain, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor!
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Dapat Rentak, Jadi Seronok” Rutin Berubah Lepas Jadi Ibu, Syifa Melvin Pernah Menangis Uruskan Anak!
Baru bergelar ibu dan masih kurang pengalaman membuatkan selebriti media sosial, Syifa Melvin pernah menangis menguruskan anaknya, Saif Sulaiman.
Tambah isteri kesayangan Safawi Rashid itu lagi, kehidupannya berubah selepas kelahiran anak sulung mereka pada 30 September yang lalu.
Bahkan kata Syifa, sehingga kini dia masih lagi cuba menyesuaikan dirinya dengan rutin baru bergelar ibu.
Akui Syifa lagi, sepanjang dua bulan menjadi ibu, dia juga pernah menitiskan airmata kerana berasa tertekan menguruskan anaknya.
“Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan stress, menitik air mata berapa kali, badan penat, tidur memang tak kenal dah.
“Tapi lama kelamaan bila dah dah rentak, jadi seronok bergelar ibu. Bila tengok anak, timbul perasaan bahagia,” luahnya berkongsi.
Malah akui Syifa lagi, hidupnya juga kembali ceria dan bahagia bila mana berjaya mengawal perubahan hidup itu secara baik.
Syifa juga turut menitipkan ucapan buat yang masih menanti zuriat supaya dapat melalui pengalaman indah itu suatu hari nanti.
“Syifa doakan yang masih menanti, penantian tu bakal berakhir tak lama lagi. Rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang, Aamin ❤️,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI