Perasaan tak ada daripada anak-anak kita yang tidak makan makanan jenis lembut dan lembik seperti bubur. Mereka hanya sukakan bubur jenis kasar tanpa di kisar. Itu mungkin biasa, tetapi bagaimana pula anak yang menolak makanan berstuktur kasar kerana bagi mereka makanan ini seakan mengganggu.
Menurut Dr Ain Zul, anak-anak yang menolak makanan jenis kasar dan bertekstur ini sebenarnya berdepan dengan masalah oral over sensitive. Satu hal yang membimbangkan ada sesetengahnya bakal menolak untuk memberus gigi dan sebagainya apabila mereka membesar.
Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.
Ade dua isu aje yang nak sentuh dalam kes ni:
1) Anak 1yr 9m tolak makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.
2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas (next post insyaAllah akan sharing part ni).
Ok, so anak yang tolak makanan bertekstur macam nasik bijik-bijik, ayam ketul-ketul atau ape yang kasar mungkin ada masalah oral yang over sensitive.
Kenapa kite panggil over sensitive, sebab dia tak boleh nak deal dengan makanan yang bertekstur kasar sikit, sampai boleh muntah atau gagging reflex. Macam anak kawan mummy ni, even berus gigi pun tersangat lah susah rupanya bile ditanya.
Actually bukan salah anak tu tau, tapi otak dia dah terima signal kata makanan kasar ni macam bahaya untuk ditelan so dia kena muntahkan balik. Sama macam berus gigi, dia tak boleh nak tolerate berus bersentuh dengan bahagian dalam mulut.
Sebab tu kebanyakkan anak yang ada masalah oral yang over sensitive prefers benda lembut je, macam bubur nasi atau benda yang die tak perlu kunyah pun. Kira macam boleh telan terus la camtu.
Apa yang parents boleh buat untuk anak yang ada masalah macam ni:
1- Jangan marah kalau anak muntah, buang balik makanan. Jangan bagi anak rasa waktu makan tu waktu yang stressful untuk dia.
2- Encourage untuk makan satu benda setiap masa, jangan paksa. Contoh introduce balik sayur tapi satu persatu.
3- Try finger foods. Kalau sekarang makan bersuap lagi cuba buat makanan dalam bentuk yang boleh anak pegang. Kita tak boleh suap anak sampai dia besar. Ibu kena belajar tengok meja makan bersepah hikhik.
4- Anak yang over sensitive tend to be picky eater dan kadang-kadang dia lapar tak ikut timing. Ibu kena sediakan snack on the go yang berkhasiat.
5- Boleh sediakan makanan anak dalam bentuk yang menarik e.g. bento for kids.
6- Cuba kenalkan makanan yang bertekstur seawal mungkin bila anak dah nampak bersedia. Contohnya, jangan asyik bagi makan puree walaupun anak dah 10 bulan.
7- Gum massage / Oral massage – boleh tengok youtube cara
8- Ajar anak aktiviti yang byk guna oral muscles, macam tiup bubbles, tiup cotton balls, hisap air dengan straw.
Ni antara yang boleh ibu ayah buat di rumah. Tapi nasihat mummy, boleh bawak anak jumpa occupational therapist jugak tau untuk dapatkan nasihat. Biasa OT akan assess anak dan offer cara untuk bantu parents yang ada anak bermasalah oral over sensitive. Sebenarnya OT lagi terer nak handle bab ni.
Tapi jangan biarkan lelama anak yang ada problem macam ni. Jangan tunggu anak dah besar baru nak intervene ye parents.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI