Cabaran membesarkan anak hari ini tak sama seperti dulu. Begitu juga untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. Perlu pengorbanan ibu ayah sejak dari awal untuk membentuk akhlak anak.

Ini kerana dalam proses membesarkan anak, tiada apa yang membahagiakan hati ibu ayah kalau anak yang dilahirkan itu mendengar cakap, rajin solat, tolong ibu ayah, tak melawan cakap dan bersemangat ke sekolah untuk menuntut ilmu.

Namun di sebalik perkara itu, ada yang perlu ibu ayah buat untuk anak-anak sejak mereka kecil agar impian untuk melihat anak membesar menjadi seorang yang baik budi perkerti, soleh dan solehah tercapai.

Dalam facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood beliau ada menekankan empat perkara penting perlu diberi perhatian oleh ibu ayah dalam proses nak mendidik anak.

Mungkin dah ramai yang tahu tapi kadang-kala ia tetap terlepas pandang. Antaranya adalah

Anak Ujian Untuk Ibu Ayah. Saat Nak Marah Panggillah ‘Anak Bertuah’. Ni Doa Untuknya

IKLAN

1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif

Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.

Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.

2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang

IKLAN

Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.

Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.

3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W

Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W

IKLAN

Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.

4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati

Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.

Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.

Kredit: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI