Kebiasaannya bila anak dah mula usia setahun ke atas, ramai ibu bapa tak kisah sangat kalau anak lambat bercakap. Alasannya biasalah ‘berat mulut’. Nanti bila anak dah bersedia, lancarlah dia bercakap.
Bukan itu saja, ada juga yang mengaitkan jantina anak. Kebanyakan akan cakap anak lelaki akan lambat sikit berbanding anak perempuan. Namun jika diikutkan tiada kaitan pun.
Oleh itu, bagi ibu bapa yang ada anak usia 2 tahun, tapi masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda dia nak bercakap, mesti kena buat sesuatu. Jangan anggap biasa sebab risau perkembangan anak akan terlewat kemudian hari nanti.
Berikut perkongsian Terapis Pertuturan & Bahasa, Puan Ruby Atika.
Anak umur 2 tahun, belum boleh bercakap?
1) Lihat kemahiran bermain.
Ads
Biasanya anak 2 tahun suka main bola, kereta, belon, main teddy bear atau anak patung.
Anak yang ada masalah perkembangan, selalunya masih baling-ketuk barang mainan. Bila main pun, jenis mainan yang dia main terhad sangat.
2) Lihat apa yang dia faham.
Dia boleh tunjuk anggota badan bila disuruh?
Dia boleh ambilkan barang yang diminta?
Ads
Anak yang ada ciri autism selalu tak respon bila nama dipanggil. Jadi dia langsung tak peduli juga bila kita minta ambilkan apa-apa barang.
3) Adakah dia boleh buat isyarat komunikasi?
Kanak-kanak umur 2 tahun patut boleh dah lambai tangan bye bye, salam tangan, flying kiss, high 5, buat gaya shhhh (diam), buat gaya busuk, angguk kepala dan sebagainya.
Kebolehan untuk komunikasi secara bukan verbal ini menandakan sejauh mana kanak-kanak itu ada usaha untuk berkomunikasi, walaupun dia tak boleh bercakap.
Ads
Pada usia 2 tahun, kita lihat dia sangat comel, manja, suka melasak dan menangis. Tapi kanak-kanak usia 2 tahun sewajarnya sudah ada lebih 50 perkataan spontan dan boleh cakap dalam ayat. Dia boleh gabung 2 perkataan jadi ayat ringkat.
Nak mama, nak ikut, nak susu, Adik punya, mama punya, Bola adik, kasut abah, Roti canai, nasi ayam, nasi lemak
Pelat pada umur 2 tahun adalah normal. Dia baru belajar cakap, memang cakap pelat lagi.
Bagi ibu bapa yang nak belajar teknik-teknik speech therapy, Puan Ruby ada berkongsi tekniknya untuk ibubapa ajar sendiri anak di rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak bila kita bawa anak ke kedai, pantang dia nampak sticker mesti minta kita belikan. Pelik juga kan, suka sangat dengan sticker. Main tampal sana-sini, buat bersepah rumah saja. Sebab itulah, kita ‘liat’ nak belikan bila anak minta sticker.
Kalau dapat main sticker, habis satu rumah dihiasnya! Jangan pula kita marahkan anak, kerana rupa-rupanya banyak manfaat apabila anak bermain tampal-tampal sticker.
Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira akan kebaikan aktiviti ini;
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER
Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
2.Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa mak ayah nak tengok untuk tahu anak delay ke tak? Ya..anak yang delay ni tidak terjadi secara tiba-tiba. Delay ni biasanya bermula dengan tanda-tanda kecil delay.
Bila kita boleh pickup tanda-tanda kecil ni, senang nak reverse kan balik dan catchup balik anak delay. (semestinya bergantung kepada apa reason anak delay).
Berikut perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud mengenai tanda awal yang perlu ibu bapa perhatikan pada anak dan sebaiknya bertindak awal.
Dan ibu bapa kena ingat pertumbuhan ni actually ada spectrum dia. Maksud spectrum tu macam mana?
Ada anak 1 tahun dah banyak bercakap
Ada anak 2 tahun baru bercakap
Tapi tak semestinya anak 2 tahun tu delay sebab still perkembangan dia ikut usia. Adakah anak 1 tahun tu lebih bijak? Ya bijak dari segi pertuturan. Yang ni kena tengok apa intelligence anak. Takkan nak ukur intelligence ikan dengan ujian memanjat pokok kan?
Untuk itu saya bahagikan kepada beberapa kategori perkembangan yang boleh kita lihat:
1. Pertuturan dan bahasa
2. Perkembangan motor
3. Sosial dan emosi
4. Perkembangan mental (cognition)
Yang saya akan listkan di bawah adalah #red_flag di mana kalau anak tak attain skill tersebut pada usia yang saya tulis maka mak-mak harus check dan rujuk pada doktor ya!
Pertuturan dan Bahasa
4 bulan
– tidak memberi respond pada bunyi yang kuat
– tidak membebel (no babble)
7 bulan
– tidak beri respond pada bunyi
1 tahun
– tidak menyebut sebarang perkataan seperti mama atau dada
2 tahun
– tak boleh cakap minima 15 perkataan
– tidak guna 2 perkataan (cth nak susu)
– hanya boleh tiru tak boleh bina ayat sendiri
3 tahun
– tidak boleh cakap minima 50 perkataan
– tak guna ayat simple ( makan kat sini)
5 tahun
– tidak faham arahan atau memahami preposition (atas, bawah, sebelah)
– tidak boleh cerita pengalaman
#Jika ada lewat melebihi 6 bulan…contoh 2 tahun 7 bulan tak boleh cakap nak makan, nak susu boleh rujuk pada doktor.
Perkembangan Motor
4 bulan
– tidak reach/ memegang/ atau pegang. atau bawa kemulut
– leher masih lembek lagi ( tak boleh tegak)
7 bulan
– otot masih tak kuat/ terlalu keras
– bila duduk, leher masih lembek
– tidak berguling
– tak boleh duduk sendiri tanpa bantuan
1 tahun
– tidak merangkak
– merangkak tapi hanya sebelah badan
– tidak boleh berdiri walaupun dengan bantuan
2 tahun
– tidak berjalan/ berjalan tapi masih jenjet
– tak boleh tolak walker / permainan yang beroda semasa berjalan
5 tahun
– tidak boleh menendang/ baling bola
– tak boleh mengayuh
– tak boleh berus gigi sendiri
– tak boleh buka baju sendiri
#Jika ada lewat melebihi 6 bulan boleh rujuk pada doktor
Sosial dan Emosi
3 bulan
– tidak senyum pada orang lain
– tidak memberi fokus pada orang yang baru jumpa
7 bulan
– tidak suka dipeluk (cuddle)
– tidak menunjukkan sayang pada parents
– tidak menunjukkan minat untuk bermain atau cakbah
1 tahun
– tidak bertukar-tukar senyuman, suara atau mimik muka. cth kalau kita senyum, dia tak senyum balik
– tidak bertukar-tukar isyarat macam bye-bye, tunjuk sesuatu,
3 tahun
– tidak menunjukkan minat pada rakan sebaya
– tidak pandai buat eye contact
5 tahun
– tidak bermain dengan rakan sebaya
– susah nak berpisah dengan ibubapa
– tidak ada reaksi wajah/ emosi atau kalau ada sangat terhad dan sedikit
#Jika lebih 6-9 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor
Perkembangan mental
1 tahun
– tidak mencari benda yang disembunyikan di depan mata dia
– tidak menunjukkan gambar/ sesuatu
2 tahun
– tidak tahu fungsi alatan yang biasa seperti sikat, berus gigi
– tidak ikut arahan yang mudah
– tidak meniru perlakuan/ perkataan
3 tahun
– tidak ada pretend play eg; main masak-masak
5 tahun
– tidak boleh fokus pada 1 aktiviti melebihi 5 minit
– mudah distracted
#Jika lebih dari 6 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor
Its okay untuk mengaku anak ada delay daripada menafikan dan biarkan delay lama sehingga mengganggu perkembangan yang lain. Lagipun lagi awal delay dikesan, lagi cepat intervention diberi, lagi mudah anak mengejar mengikut perkembangannya.
Sebenarnya menjadi satu kerugian sekiranya ada ibu ayah yang memilih untuk tidak menghantar si kecil ke tadika.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, salah seorang Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) memberikan hujahnya kenapa rugi bila ibu bapa tidak menghantar anak ke tadika.
Dunia hari ini semakin aneh, begitu juga kisahnya dalam dunia si kecil kontemporari! Hari ini sudah wujud golongan yang menolak imunisasi dengan pelbagai alasan bodoh, misalnya. Dalam pendidikan si kecil pada usia pendidikan praformal 0-6 tahun pula, sudah ada papa dan mama yang hilang kepercayaan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tadika) dan taman didikan kanak-kanak (tadika).
Maka, bermulalah era ‘sekolah di rumah’ untuk mama dan papa yang berkemampuan dan yang masih boleh hidup selesa walaupun dengan satu sumber pendapatan sahaja. Malah, geng penyokong ‘sekolah di/dari rumah’ memberi banyak hujah yang membuatkan ramai pula papa dan mama di luar sana hilang percaya kepada tabika dan tadika.
Cikgu-cikgu tadika dan pemilik tadika pula terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan mama-mama dan papa-papa agar tetap menghantar si kecil kesayangan mereka ke tadika. Pada masa yang sama, insiden si kecil dibuli, dipukul dan terkena penyakit berjangkit di tadika tidak membantu mengembalikan keyakinan kita semua kepada institusi pendidikan prasekolah di negara ini.
Jika difikirkan secara kritis, perlukah si kecil 4-6 tahun dihantar ke tadika? Penting sangatkah pendidikan tadika? Bagaimana pula insiden buli, pukul dan penyakit berjangkit di tadika? Dan, yang paling utama, adakah si kecil comel anda akan kerugian jika dia tidak dihantar ke tadika?
“Tapi, saya percaya kalau saya jaga anak saya di rumah dan bagi dia belajar di rumah, anak saya boleh jadi genius macam Einstein!”
Albert Einstein pun ada masalah perkembangan!
Papa dan mama yang tahu salasilah sang genius Albert Einstein tentu tahu bahawa beliau salah seorang produk ‘homeschool’ yang amat berjaya. Tetapi, mama dan papa juga perlu tahu bahawa Einstein mempunyai masalah perkembangan kognitif yang memerlukan pemerhatian khas daripada ibunya! Maka, jika anda sefamili mempunyai kewangan yang kukuh dan boleh meluangkan masa mendidik si kecil anda di rumah, ini pilihan yang mungkin sesuai untuk famili anda.
Pada masa yang sama, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak ada masalah sebenarnya jika si kecil kesayangan itu dihantar ke tadika. Malah, tidak semestinya anak pada usia pendidikan praformal yang dididik dalam situasi rumah akan menjadi seorang genius. Begitu juga sebaliknya untuk si kecil yang dihantar ke tadika. Banyak lagi faktor lain menjadi kayu ukur kejayaan si kecil dari segi akademik dan perkembangannya.
Kalau benar kita hendak melahirkan generasi genius, ‘ulul albab’ dan ahli masyarakat yang positif dan benar-benar berilmu pengetahuan tinggi, bukankah kita perlu menandingi kemampuan kanak-kanak lain yang mungkin lebih hebat? Atau, adakah kita juga bakal membentuk seorang lagi ‘jaguh kampung’ yang tiada jati diri dan tiada kekuatan dalaman untuk menyaingi kehebatan kanak-kanak lain yang jauh lebih hebat?
Alasan anak takut dibuli
“Kami suami-isteri takut kalau anak kecil kami kena buli, kena pukul di tadika. Baiklah biar pengasuh atau bibik yang jaga di rumah sampai masuk Darjah 1!”
Benar, isu buli dan dera di institusi pendidikan prasekolah tidak akan ada penyudahnya tanpa pemantauan dan hukuman keras dari pihak yang berwajib. Pada masa yang sama, tidaklah bijak kalau kita semua ada persepsi bahawa tadika itu tempat yang berbahaya! Kejadian buli dan pukul juga terjadi di sekolah rendah, menengah, malah sampai ke institut pengajian tinggi hinggalah ke tempat kerja!
Dalam erti kata lain, adakah bijak kalau papa dan mama ‘menyembunyikan’ si kecil itu di rumah sahaja dengan alasan dunia sebenar di luar sana terlalu banyak bahaya, dugaan dan pancaroba? Bila agaknya masa yang sesuai untuk si kecil itu dibenarkan keluar ke dunia sebenar? Percayalah, cikgu-cikgu tadika yang prihatin amat memandang serius akan insiden buli, pukul dan segala macam bahaya lagi di peringkat prasekolah. Kami memang dilatih bukan sekadar untuk mengawal tetapi juga mencegahnya sedari awal lagi!
Masalah seperti buli dan pukul masih lagi pada tahap terkawal, jika dibandingkan dengan negara membangun lain. Malah, negara maju juga tidak dapat lari daripada masalah syaitan-syaitan yang bertopeng manusia di tabika dan di tadika. Isu penyakit berjangkit pula, rata-rata kerana orang tua yang hanya mementingkan diri sendiri dan yang malas untuk menjaga anak mereka yang sakit di rumah.
“Tak payah cakap banyaklah, budak kecik kalau tak masuk tadika pun okay saja. Bukan rugi apa pun kalau anak kami tak masuk tadika!”
‘Rugi’ memanglah tidak rugi kalau kita fikirkan secara logik, lebih-lebih lagi apabila mama atau papa tidak bekerja dan boleh memanjakan serta mendidik si kecil 24 jam sehari tanpa gangguan orang lain.
1.Namun begitu, institusi prasekolah terlalu banyak manfaat yang tidak boleh diukur di atas kertas sahaja. Ambil sahaja contoh Tadika KEMAS sebagai institusi sosialisasi terawal yang mendidik si kecil untuk hormat-menghormati antara kaum dan meraikan kepelbagaian agama, adat dan budaya.
2. Di rumah, bolehkah anda memberi pendedahan yang sama kepada si kecil? Yang pasti, begitu banyak manfaat dapat diraih oleh si kecil di tadika nanti dan manfaat yang akan diraih jauh lebih bermakna daripada cabaran dan dugaan yang mungkin dia hadapi kelak. Sebagai tapak persediaan untuk pendidikan sekolah rendah dan menengah, pengalaman di tadika tidak ada tolok bandingannya!
3. Penyelidikan demi penyelidikan disiplin sains sosial pula membuktikan bahawa kanak-kanak cepat belajar dan menguasai cabang-cabang ilmu apabila mereka bersaing dengan kanak-kanak lain dan khasnya apabila mereka belajar dalam situasi berkelompok bersama rakan-rakan sebaya. Maka, adakah rugi apabila si kecil anda tidak dihantar ke tadika? Fikir-fikirkanlah sendiri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!