Anak umur 2 tahun cara didik berbeza, sayang dan tegas mesti seimbang. Cara mendidik anak umur 2 tahun sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun. Bermula umur inilah tahap usia emas atau ‘golden age’ seorang anak.
Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza
Kenapa dikatakan ‘golden age’? Kerana ketika ini semua sisem pancaindera anak sudah sempurna dan aktif dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak.
Oleh itu penting sekali bagi ibu bapa untuk mengetahui bagaimana cara betul mendidik anak umur 2 tahun. Anak 2 tahun juga terkenal sebagai golongan kanak-kanak yang cepat mengamuk atau tantrum sehingga digelar oleh pakar perkembangan anak sebagai ‘terrible twos’.
Sikap mereka yang sukar dijangka dan difahami membuatkan ramai ibu ayah boleh hilang sabar melayan kerenah si kecil.
PERHATIAN DARI IBU BAPA PADA USIA KEEMASAN INI SANGAT DIPERLUKAN KERANA ANAK PADA UMUR 2 TAHUN INI MEMPUNYAI TAHAP INGIN TAHU YANG SANGAT TINGGI DAN DIBIMBANGI JIKA TIDAK DIBERI PERHATIAN BOLEH MENGANCAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN MEREKA.
Ini antara tip mendidik anak umur 2 tahun yang disarankan oleh pakar perkembangan anak supaya tumbesaran mereka berjalan dengan baik.
Sayang & Tegas Mesti Seimbang
1. Ajar perkara rutin
Si kecil perlu diajar kebiasaan atau perkara rutin yang ‘simple’. Pada usia ini, anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa baik dari segi percakapan atau pun perbuatan.
Perkara rutin yang perlu diajar mestilah yang baik dan beradab seperti bersalam orang bila berjumpa, memberikan salam, membuang sampah di tong sampah, baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun mereka belum lancar melakukannya tetapi rutin adab yang diajar itu akan terus diingati di otaknya dan diamalkan sampai dewasa.
2. Luangkan masa dengan anak
Walaupun sibuk dengan urusan kerja pastikan anda meluangkan masa dengan si kecil 2 tahun ini. Kurang perhatian dari ibu ayah antara punca anak umur 2 tahun ini suka mengamuk dan buat perangai. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu ayah sangat diperlukan.
Ia penting untuk membina ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa. Jangan sampai disebabkan sibuk bekerja anda terlepas momen tumbesaran anak. Beri perhatian terhadap setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak kerana ketika usia ini mereka sedang ‘kemaruk’ belajar bercakap dan berilah tindak balas dari setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak.
Ads
3. Dedahkan anak pada aktiviti luar
Selain menghabiskan masa di dalam rumah, dedahkan juga anak umur ini dengan dunia luar. Membuat aktiviti di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain bola di padang atau sekadar beriadah di taman-taman memberi peluang kepada si kecil belajar banyak perkara.
Antaranya dia belajar mengenal alam semula jadi, berjumpa ramai orang dan bersosial dengan kawan-kawan sebayanya. Dengan cara ini, anak akan membesar sebagai orang yang lebih bersikap terbuka, pandai bergaul serta berkeyakinan.
4. Biarkan si kecil meluahkan perasaan
Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.
5. Sentiasa jaga keselamatan anak
Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.
Ads
6. Jangan tengking dan marah anak
Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.
Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.
Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.
Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
American Association of Pediatric menyarankan agar kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet. Bagi kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun, masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari.
Untuk mengurangkan tempoh penggunaan gajet di rumah, Ibu bapa digalakkan untuk merancang aktiviti yang melibatkan aktiviti luar rumah seperti perkhemahan, bermain di taman permainan, bersenam atau berenang.
Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, ia dapat merehatkan pandangan mata ketika menikmati pemandangan yang jauh.
Pendedahan terhadap cahaya matahari yang mencukupi dapat menggalakkan penghasilan dopamine di dalam tubuh. Pastikan anak anda tidak membawa gajet bersama semasa keluar. Menikmati kebaikan sinar matahari merupakan kaedah paling murah untuk mengawal myopia anak anda.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat sendiri D.I.Y Placement untuk menggantikan gajet anak terutama pada waktu makan, ikuti perkongsian Puan Sheriena Musa, OT kanak-Kanak.
Sebenarnya ramai tahu keburukan gajet tapi masih sukar mahu mengawal kemahuan anak-anak bukan? Bukan sahaja kerana gajet kadangkala anak-anak yang tiada sitting tolerance tinggi pun sukar mahu duduk lama ketika makan kan?
Elak beri gajet waktu makan pada anak dengan D.I.Y Placemat Ini. Sebab itu perlunya ibu ayah buat D.I.Y Placemat.
Sebab apa D.I.Y placemat ini bantu anak anak berdikari lebih-lebih lagi waktu makan?
1. BANTUAN VISUAL
Memudahkan anak faham arahan bahawa ketika makan memang perlu duduk dan letakkan pinggan di atas meja. Ya mungkin pada mulanya agak leceh. Ye lah takkan setiap kali hendak keluar bawa Placemat kan?
Ahha bukannya suruh bawa setiap masa. Tapi bila di rumah selalukan tunjuk bantuan visual ini bagi mereka faham selagi Placemat ini atas meja mereka perlu duduk.
2. BANTU KAWAL EMOSI
Ya memang Placemat ini banyak bantu anak-anak faham arahan. Secara tidak langsung bila anak lihat Placemat ini dapat mengajar dia Self Control dan kawal emosi mereka.
Di Nuha Kids Care Holistic Therapy & Special Education kami menggunakan ti ini dan memudahkan proses anak kawal emosi dan faham arahan.
BONUS buat DIY PLACEMAT ini adalah dapat juga bantu;
Apa saja yang perkembangan terbaru Ainul Mardhiah pastinya ia terus menjadi perhatian. Bertuah sungguh anak kecil ini kerana orang sentiasa doakannya tak kira masa.
Mungkin berkat dari doa orang ramai, si kecil ini nampak semakin kuat dari sehari ke sehari dan tentunya kedua ibu bapanya begitu bersyukur melihat perubahan Ainul setiap hari.
Berkongsi perkembangan terbaru Ainul, nampaknya dia sudah mula pandai mengawal keadaan apabila mula dapat bernafas tanpa oksigen dalam tempoh 10 minit. Sebelum ini Ainul memang tak boleh berenggang dengan mesin itu.
Sejak usianya dah nak masuk usia 2 tahun dan pembedahan yang dilakukan tahun lalu menunjukkan kesan yang baik, kesihatan Ainul nampak semakin elok.
Dah slow-slow dapat off oksigen
Menurut Ahmad Safiuddin, sebagai bapa dia memang mengharapkan Ainul dapat off sepenuhnya oksigen secepat mungkin. Cuma bila waktu yang sesuai bergantung pada keadaan Ainul dari semasa ke semasa.
“Cuma bila nampak dia dah boleh berenggang sekejap tanpa bantuan oksigen sekitar 5-10 minit itu sesuatu yang bagus sekali. Kalau lebih dari itu, mukanya akan sedikit pucat,” kongsinya.
Makin cute dengan potongan rambut baru
Sementara itu dalam perkongsian di instagram mamanya, nampaknya Ainul semakin cute dengan potongan rambut baru dan melihatkan dia seolah-olah seperti kanak-kanak dah besar.
Bukan itu saja, Ainul juga makin aktif dan mula didedahkan dengan pelbagai permainan. Nampak berbeza sekali dengan keadaannya sebelum ini yang hanya banyak terlantar saja.
Dr Amalina Puji Ainul
Perkongsian mama Ainul mengenai potongan rambut Ainul itu telah mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri dan warganet yang meninggalkan pelbagai komen.
Dengan kapsyen yang pendek, Dr Amalina menulis cutenya rambut dengan emoji smile.
Semua mengharapkan Ainul terus sihat membesar dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusia pada masa akan datang.
Sumber: Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu ayah idamkan anak yang genius. Untuk merealisasikan impian bolehlah amalkan tips daripada Datuk Dr. Fadziah Kamsah, pakar motivasi terkenal yang tak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya.
Anak adalah amanah daripada Allah. Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab mencorakkan didikan yang terbaik untuk mereka supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat.
Tak salah untuk kita meniru atau mengamalkan sebarang petua dan tips yang dikongsikan oleh mereka yang pakar dan telah berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya.
Semoga tips bermanfaat ini boleh dijadikan panduan kepada semua yang bergelar ibu ayah dalam mendidik anak-anak.
1. DOA IBU BAPA
Doa ada senjata utama seorang mukmin. Apa sahaja impian kita pada anak-anak hendaklah kita mohon pada Tuhan Yang Maha Esa. Pentingnya doa daripada ibu bapa kerana doa ibu bapa adalah paling mustajab untuk anak-anak. Nak anak soleh, nak anak genius, nak anak pintar dan berkebolehan, pohonlah terus kepada Allah. Doa yang sungguh-sungguh pastinya dimakbulkan Allah.
2. DIDIK DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
Kita sedar tentang kesibukan ibu bapa sekarang. Kadang-kadang pagi lagi dah keluar mencari rezeki dan malam pula baru nampak batang hidung. Bagaimana dengan anak-anak?
Sedangkan ibu bapa adalah orang paling penting dalam usia kecil mereka untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri mereka. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mempunyai kualiti masa yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak ini yang boleh menjadikan anak-anak kita genius dalam bidang tertentu.
3. TERIMA ANAK SEADANYA
Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potenasi anak-anak agar potensi tersebut dikembangkan secara optimum. Mungkin ada anak kita yang cenderung untuk berdikari, bebas dan melakukan aktiviti lebih lasak. Namun, jika ada anak kita yang memang terlalu gemar memasak, maka bantu mereka untuk mengembangkan potensi memasaka mereka sehingga menjadi tukang masak@ chef yang hebat.
4. SEDIAKAN SUASANA MERANGSANG
Suasana dan persekitaran boleh merangsang perkembangan minda anak-anak. Sama ada suasana dari segi cara susun atur perabot rumah, pemilihan warna rumah atau pergaulan anak-aak di dalam rumah. Contohnya warna dinding untuk bilik tidur dan bilik belajar adalah berbeza untuk melahirkan mood yang berbeza.
5. MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG SERTA GAYA HIDUP YANG SIHAT
Makanan seimbang bermaksud makanan yang memenuhi 7 kelas makanan mengikut susunan piramid makanan. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat bermaksud aktiviti harian yang dilakukan setiap hari adalah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, makan makanan berkhasiat serta bersosial dengan baik bersama jiran tetangga dan rakan-rakan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.