Di usia anak dua tahun, anak kecil kita sudah menampakkan cara untuk bergaul dan berkawan dengan rakan sebaya. Pun begitu ada waktunya anak kecil kita masih tidak pandai cara berkawan. Bermain sambil tolak menolak itu biasa tetapi jangan dibiarkan.

Namun jangan pula dimarahi melampau. Ada caranya untuk menegur si kecil kita. Tegurlah dengan sebaiknya. Inilah yang dikongsikan oleh Ibu Rose-Mesejnya Kasih di facebooknya.

Anak Umur 2 Tahun, Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak-Tolak, Tegurlah Dengan Baik!

Sayang, anak pada usia ini memang selalu berbuat begitu. Ini tiada kena-mengena dengan akhlak. Pada usia ini anak agak memikirkan dirinya sahaja. Mereka belum pandai bergaul lagi. Skil interpersonal mereka belum lagi develop. Ini sebahagian dari proses membesar.

Walaupun ianya proses membesar sebagai ibu bapa yang bijak, anda mestilah mahu menggunakan masa ini untuk mengajar dia akhlak yang baik.

Oleh itu, jika dia lakukan kekasaran, contohnya menyepak kanak-kanak yang lebih kecil, maka tegur dia dengan baik, terangkan, ambik kakinya dan tunjukkan kaki untuk berjalan. Ambik tangannya dan pegang supaya dia mengosok bahagian anak kecil yang dia telah sepak tadi, sambil ajar dia berkata, “maaf ya, saya terkasar.” walaupun nampak dia sengaja. Kita ajar juga demikian.

Anak Umur 2 Tahun, Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak-Tolak, Tegurlah Dengan Baik!

Lepas itu ambik tangan yang telah mengosok bahagian yang disepak tadi dan bawa ke dadanya dan kata, saya budak baik, kaki saya untuk berjalan. Tangan saya untuk ambik barang yang elok. Ini membantu anak anda untuk tahu bagaimana untuk berperangai dengan baik.

Satu yang Ibu ingin berpesan, ianya bukan mengambil masa sehari dua. Ianya mengambil masa beberapa bulan.

Mengapa, kerana pada usia 2.5 tahun ni, otak berfikir dan reasoning seorang anak belum betul-betul develop. Namun, memberi penerangan membantu ia develop dengan lebih cepat.

Oh, jangan lupa untuk mengajar dia meminta maaf kepada anak kecil itu dan anda pula meminta maaf kepada ibu bapa anak itu.

Yalah, bukan semua ibu bapa faham akan tahap pembesaran anak-anak. Bila kita minta maaf tu, sekurang-kurangnya tidaklah ibu bapa itu terasa kurang selesa.

Anak Umur 2 Tahun, Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak-Tolak, Tegurlah Dengan Baik!

Dapat belajar sesuatu? Tahu dah camna nak buat kalau anak kita yang dalam fasa individuating tu tolak, atau pukul kawan dia?

Bagaimana harus dilakukan bila anak 2 tahun ‘buat’ kawan :
1. Ambil kaki atau tangannya dan terangkan kegunaannya yang betul.
2. Ambil tangannya dan gosokkan pada bahagian kawan yang disakiti tadi dan ajar anak  minta maaf pada kawan. Kita juga minta maaf pada penjaga anak yang disakiti anak kita.
3. Ambil tangan anak kita dan gosok pada dirinya dan nyatakan, “Saya budak yang baik.”
4. Ulang dengan penuh sabar bila insiden terjadi lagi.

Semoga membantu!

Artikel berkaitan: Otak Anak Ligat Jika Diberi Main Puzzle Seawal Dua Tahun Perkembangannya Pun Bagus!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI