Seorang ibu muda runsing kerana anak sulungnya yang baru 2 tahun suka memukul adiknya yang baru 6 bulan. Ibu muda ini tidak terlarang anak sulungnya itu dan sering hilang sabar dan adakalanya terpaksa memukul anak sulungnya itu untuk tidak menyakitkan adiknya. Jadi bagai mana cara untuk mengatasi masalah ini?
Tentunya dia berasa amat bersalah.
Ibu rasa ramai ibu muda melalui keadaan seperti ini. Inilah nasihat Ibu. Perenggan terakhir itu amat penting untuk dibincang bersama suami. Ibu sendiri pernah anak-anak kecil 4 orang berderet setahun beza umurnya. Memang, jika tidak kuat minda, hati dan jiwa seorang ibu itu boleh kecundang. Kefahaman suami isteri amat perlu di dalam hal seperti ini.
Anak sulung anda terlalu kecil untuk faham apa yang dia buat. Untuk tahap ini dia belum boleh memahami arahan kita. Oleh itu lakukan perkara yang mengelakkan dia memukul adiknya.
Contoh, letak adik dalam cot yang tinggi untuk dia boleh pegang adik dia bila puan melakukan kerja lain.
Bila anda nak layan adik dia, beri dia pelukan dan cium dia banyak-banyak dan kata anda sayang dia dan ajak dia tolong anda layan adiknya.
.
Walaupun anda buat begitu, dia belum lagi faham sebenar-benarnya memukul adik itu tidak baik.
Kemungkinan juga dia bukan mahu memukul tetapi sebenarnya mahu membelai. Namun, kerana dia belum boleh mengawal tangannya, maka kelihatan seperti dia mahu memukul. Oleh itu ambil tangannya yang nampak mahu memukul itu dan ajar dia membelai adiknya. Katakan begini;
” Sayang nak belai adik ya? Mari mama tolong sayang belai adik…macam ni…lembut saja ya”
Kemudian jangan pula menyangka dia terus faham dan melakukan yang betul seperti yang kita mahu. Ingat anak sulung puan masih kecil walaupun dia sudah beradik.
Satu perkara yang Ibu ingin memohon sayang consider dan berbincang dengan suami; rancang kehamilan sayang. Banyak cara yang mengikut syariah boleh dilakukan. Elok kita menjarakkan anak-anak kita supaya badan boleh pulih semula dan anak-anak sempat dilayan dengan baik. Serta anda suami-isteri akan dapat memberi perhatian satu sama lain yang mengukuhkan pertalian anda suami isteri
Sumber: Ibu Rose