“Doktor, anak saya dah umur setahun, tapi masih belum boleh berjalan. Normal tak?”
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada sekitar umur antara 12-14 bulan.
Kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan sekiranya belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan.
“Apakah punca kanak-kanak lewat berjalan, ya?”
Antara faktor-faktor yang boleh menjadikan kanak-kanak lewat berjalan adalah:
1. Keturunan:
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.
2. Kelahiran pra matang:
Bayi yang dilahirkan pra matang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan.
Ads
3. Cerebral Palsy
Masalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.
4. Masalah otot:
Penyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.
5. Malnutrisi dan penyakit kronik
Kekurangan zat, dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tak langsung jejaskan pergerakannya.
6. Masalah bentuk kaki
Kondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), kaki tak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.
Ads
“Bila saya perlu bawa anak saya untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?”
Pada umur setahun, semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi, doktor akan menilai perkembangan anak, ia termasuk kebolehan berjalan.
Ads
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri pada umur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak.
⚠️ Rujukan kepada pakar kanak-kanak adalah untuk dinilai. Jika tiada apa-apa, anak hanya akan dipantau. Jika ada masalah dikesan, maka rawatan akan dimulakan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih dalam pantang, tapi ibu ini diuji dengan kehilangan anak yang sangat dinanti-nantikan dalam keluarga. Hanya sempat peluk, cium, belai dalam tempoh 34 hari, anak syurga ini akhirnya pergi jua.
Terasa sedih membaca perkongsian dari Puteri Fazeera mengenai kisah yang berlaku pada anaknya. Walaupun dia dan suami dah berusaha tapi Allah lebih sayangkannya.
Tak disangka-sangka hanya dengan nafas berbunyi, rupanya ada jangkitan di paru-paru sehingga menjadi punca kematian kepada Muhammad Raid Fawwaz. Semoga kisah ibu ini dapat menjadi peringatan buat ibu bapa.
Jumpa pakar kalau nafas anak berbunyi
Assalamualaikum …Al fatihah buat wildan syurgaku . Ummi rindu sangat kat awak sayang. Ummi tahu awak lagi bahagia & tenang kat sana disamping malaikat yg menjaga . Syukur hari ni diberi sedikit kekuatan untuk meluahkan & berkongsi cerita . Raid anak ummi yg kuat.
Raid murah senyuman walaupun hakikatnya raid tgh sakit raid tak pernah tunjuk yg raid sakit,tak pernah sedikit pon demam dan lain-lain.
Pesanan untuk ibubapa & bakal ibubapa diluarsana kalau anak/baby nafas berbunyi mcm berkahak/berdengkur walaupun dh berkali pergi klinik untuk cek lebih baik refer pakar kanak-kanak dgn segera! Tak lama lepas kelahiran nafas raid berbunyi berkali kami pergi klinik untuk cek sebab risaukan pernafasannya.
Tapi doktor tetap kate paru-paru raid ok. Raid x selsema, raid x demam everything ok. Jwapan yg same bila pergi klinik lain…
Baru 30 minit lelap, Raid longlai, tak sedarkan diri
Subuh hari Jumaat 9/2/2018 jam 5.3O pagi raid nangis sebab nak dipegang & bwk jln2 sampai tertidur n diletak semula kat tilamnya, 30 minit saja terlelap ,bile trjaga pukul 6 tgok raid da longlai mengiring hidung berdarah + lendir, 1 badan pucat n x sedarkan diri.masa tu nadi memg da xde, smntre pjalanan kami tetap usaha berkali beri bantuan pnafasan kat mlut raid yg keluar lendir + darah dekat hidung.pergi emergency klinik ksihatan tutup,then pergi emergncy hospital waqaf.
Doktor usaha sedaya upaya, mase tu hanya berdoa agar Allah beri keajaiban.doktor sahkan raid da xde,sampai2 bacaan jantung raid da flat. Bermaksud raid memg xde sebelum sampai situ, doktor xthu ape punca raid meninggal n doktor syak raid tersedak susu sebab lebihan susu kluar bersama darah+lendir then suruh buat police report.
Polis buat order posmoterm katenye skrg KKM wajibkn ke ats kanak bwh 5 thun.smpai di jabatan forensik HSI doktor tanya dari awal2 smpai akhir ape yg brlaku, doktor ckp boleh tarik order posmoterm kalau xnk,x sanggup dgn mnyakinkan pihak polis yg buat order posmoterm tu agr tarik balik. sbb kami x sanggup mmbygkn raid dibedah sana sini. Ape pon sebab kami redha n xkn tuntut ape2 dr mana2 pihak.kami terima klau btol ats kecuaian kami smpai raid tsedak susu n xkn mmaafkan diri sndri ! .pihak polis tetap berkata die xde kuasa even doktor kate hanya polis tu saja berkuasa n cara lain pergi mahkamah tpi prosedure yg agk mkn mse lme.ade hikmahknya byk sangat halangan mase nk tolak utk dibuat posmoterm.
Doktor sahkan jangkitan kuman di paru-paru
Selepas siap posmoterm doktor sahkan raid terkena jangkitan kuman kat paru2.doktor kate klau tersedak susu takkan keluar DARAH ! Mase tu yg terlintas di fikiran kami hanya “nafas berbunyi ! ” selama ni. Selama ni doktor cek paru2 normal? ? Paru2 Ok? ? Raid sihat je? ? …Ya Rabbi, kami redha ya Allah segalanya mungkin da tertulis raid pinjaman sementare buat kami.memang klau diberi peluang utk undur balik masa ummi n baba akan buat yg terbaik utk raid.
Tapi raid kuat,raid tak tunjuk langsung yg raid sakit, raid selalu senyum seolah raid sihat walafiat ! Peringatan utk ibubapa diluar sana jgn ambil mudah kalau baby “nafas berbunyi” pergi refer PAKAR KANAK2 SEBELUM TERLAMBAT! Kami share disini agar ibubapa kat luar sana bole berhati hati n spye x rase keperitan kehilangan anak macam kami alami. Perit yg teramat! Lebih2 lagi penantian kami inginkan zuriat agk mkn mse sdikit lme bile da merasa menimang cahaya mata sendiri sektika kami diberi ujian sebegini…PERIT YG TERAMAT SANGAT ! RAID ANAK UMMI BABA.TUNGGU UMMI BABA DISANA YE SAYANG…ALFATIHAH anak syurgaku MUHAMMAD RAID FAWWAZ BIN MOHAMAD RAZIF…hadirnya raid seketika seolah olah mimpi yg sangat INDAH buat kami.segalanya kini tinggal kenangan….
Selepas suami disahkan positif Covid-19 sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Ain Edruce memberitahu anak perempuannya, Soraya pula didapati positif Covid. Kerisauannya sebagai ibu sebelum ini terjawab setelah melihat Soraya tak sihat.
‘Please doakan Soraya dan Amirul’
Menerusi perkongsian di Instagram storynya, Ain Edruce akui sangat risau akan kesihatan Soraya lebih-lebih lagi apabila suhu badan anak perempuannya itu agak tinggi.
Please doakan Soraya dan Amirul sembuh cepat especially Soraya. Kasihan dia, suhu badan tinggi, panas badan dia.
Bercerita lanjut, Ain memberitahu pada awalnya dia membawa Soraya ke hospital adalah untuk memeriksa badan Soraya yang mempunyai bintik-bintik merah selain suhu badannya pada ketika itu agak tinggi. Namun siapa sangka, setibanya di sana mereka diminta membuat PCR dan keputusan mengesahkan Soraya positif Covid-19.
Semalam tak ada Covid, tiba-tiba buat PCR ada Covid-19 pula. Semalam Ain buat test Covid-19, dia negatif.
Jadi Soraya ada bintik-bintik merah then suhu badan dia tinggi. So terus pergi kecemasan tapi nak admit kena buat PCR. Tiba-tiba buat PCR sangkut dia. Sebenarnya dia Covid-19, sebab tu badan dia merah-merah macam ni.
Ain juga mengambil kesempatan itu meminta orang ramai mendoakan agar Soraya dan Amirul diberi kesembuhan.
Moga suami dan anak Ain kuat melawan virus ini dan kembali sihat seperti sediakala.
Kredit: IG Ain Edruce
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahan susu formula pada bayi, ketahui punca, tanda dan cara rawatan. Susu formula merupakan alternatif yang biasa digunakan oleh ibu bapa apabila penyusuan badan tidak dapat dilakukan atau jika ibu memilih untuk menggunakan susu formula sebagai sumber nutrisi untuk bayi.
Bagaimanapun, ada kalanya bayi mengalami alahan terhadap susu formula, yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.
Punca Alahan Susu Formula
Protein Susu Lembu
Sebahagian besar susu formula dihasilkan daripada protein susu lembu, yang merupakan alergen utama bagi sesetengah bayi. Sistem imun bayi yang alah kepada protein susu lembu menganggap protein ini sebagai ancaman dan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi, menyebabkan reaksi alergi.
Protein Soya
Bagi bayi yang alah kepada susu lembu, susu formula berasaskan soya sering digunakan sebagai alternatif. Namun, ada juga bayi yang mengalami alahan terhadap protein soya. Walaupun lebih jarang, ini boleh menyebabkan gejala alahan yang serupa dengan alahan terhadap susu lembu.
Keturunan
Jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai sejarah alahan, bayi tersebut berisiko lebih tinggi untuk mengalami alahan terhadap susu formula. Genetik memainkan peranan penting dalam perkembangan alahan.
Tanda-tanda Alahan Susu Formula
Bayi yang alah kepada susu formula biasanya akan menunjukkan beberapa tanda-tanda berikut:
Masalah Pencernaan
Bayi mungkin mengalami muntah, cirit-birit, atau perut kembung selepas mengambil susu formula. Kadangkala, najis bayi juga boleh mengandungi darah, menandakan iritasi usus yang serius.
Masalah Kulit
Bayi yang mengalami alahan sering kali menunjukkan tanda-tanda seperti ruam kulit, ekzema, atau gatal-gatal pada badan. Ini biasanya muncul di sekitar muka, leher, atau punggung.
Masalah Pernafasan
Sesetengah bayi yang alah mungkin mengalami kesukaran bernafas, hidung tersumbat, batuk, atau bunyi berdesis semasa bernafas. Ini merupakan tanda-tanda serius yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Tangisan Berterusan
Bayi yang merasa tidak selesa akibat alahan akan menangis secara berterusan, sering kali tanpa sebab yang jelas. Mereka mungkin kelihatan gelisah atau tidak selesa sepanjang masa.
Penyelesaian dan Rawatan
Jika bayi anda disyaki mengalami alahan terhadap susu formula, langkah-langkah berikut boleh diambil:
Berunding dengan Pakar Pediatrik
Langkah pertama adalah mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik. Mereka akan melakukan pemeriksaan dan, jika perlu, mencadangkan ujian alahan untuk mengenal pasti punca sebenar alahan.
Tukar kepada Susu Formula Hipoalergenik
Bagi bayi yang alah kepada protein susu lembu, doktor mungkin mencadangkan susu formula hipoalergenik. Formula ini menggunakan protein yang telah dihidrolisis, menjadikannya lebih mudah diterima oleh bayi yang mempunyai alahan.
Susu Formula Berasaskan Asid Amino
Dalam kes alahan yang lebih teruk, susu formula berasaskan asid amino mungkin disyorkan. Formula ini bebas daripada protein susu lembu dan soya, menjadikannya sesuai untuk bayi yang alah kepada kedua-dua jenis protein.
Penyusuan Badan
Jika masih boleh, ibu bapa boleh kembali kepada penyusuan badan. Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi, dan alahan terhadap susu ibu sangat jarang berlaku. Jika bayi alah kepada makanan yang diambil ibu, ibu boleh mengubah diet mereka untuk membantu mengelakkan alahan pada bayi.
Alahan terhadap susu formula adalah masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi dan kebimbangan kepada ibu bapa. Dengan pengesanan awal dan rawatan yang betul, bayi yang mengalami alahan ini boleh diberikan alternatif yang lebih selamat dan sesuai. Sentiasa berunding dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat terbaik mengenai penjagaan bayi yang mempunyai alahan.
Alahan Protein Susu Lembu
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).
Gejala-gejala CMPA
Kulit:
Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
Paru-paru
Sesak nafas, berdehit.
Usus
Cirit-birit.
Muntah.
Najis berdarah.
Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA
Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami “anaphylaxis shock”. Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.
Rawatan
Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.
Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.
Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.
Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.
Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.
Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.