Biasanya ramai ibu-ibu bila dah ada anak, bab kesihatan tak berapa dititikberatkan. Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur, kerja rumah tak pernah habis. Tambah pula nak bagi perhatian pada anak-anak kecil lagi. Itu belum dikira ibu bekerja yang keluar rumah pagi-pagi, sampai rumah dah lewat petang.
Sebab itu orang kata pengorbanan ibu tak boleh digantikan dengan hadiah. Ibu sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia sayang mendapat perhatian. Sehingga bab kesihatan diri, ibu buat acuh tak acuh.
Seperti kisah seorang ibu Ina Usor, di Group Kami Suri Rumah, beliau berkongsi pengalamannya yang bagaikan mati hidup semula selepas koma akibat mengalami sakit kepala teruk.
Sakit kepala teruk, pengsan dan muntah
Menurut Puan Ina, ibu kepada tujuh cahaya mata, sebelum ini hanya ingatkan sakit kepala biasa sahaja namun tak sangka ia hampir meragut nyawa dan anak-anak mungkin kehilangan seorang ibu.
Kejadian sebelum bulan Ramadan. Subhanallah bagai mati hidup semula. Allah bagi peluang kehidupan kedua. Koma seminggu, duduk dalam ICU 3 minggu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan main-main kalau anda mengalami sakit kepala yang teruk. Sebenarnya saya pun tak tahu ada penyakit brain aneurysm. Itu pun bila sakit kepala yang teruk, tiba-tiba pengsan dan muntah.
Maknanya pembuluh darah dalam kepala dah pecah. Alhamdullilah, pada Ramadan ke-2 dah dapat kembali bersama keluarga. Masa di ICU, selalu mohon agar dapat bersama anak-anak dan suami di bulan Ramadan. Akhirnya Allah makbulkan juga.
Bayi 7 bulan tak kenal wajah ibu
Cuma yang sedihnya apabila keluar dari hospital anak yang berusia 7 bulan tak kenal wajah saya. Menangis dia tengok saya. Mungkin kerana dengan rambut botak, mata sebelah kanan masih bengkak.
Syukur alhamudlillah, sekarang bila dah mula pulih, si kecil dah mau ikut saya. Doakan semoga saya sembuh seperti sediakala ya semua. Bila anak-anak selalu cakap nak ibu cantik dan boleh berjalan macam dulu-dulu, hati rasa sayu sangat.
Moga Allah terus beri keajaiban dan mengurniakan kesihatan berpanjangan untuk melihat anak membesar di depan mata. InsyaAllah!
Kredit: Ina Usor
https://www.youtube.com/watch?v=MOX7VhaPyDk&t=788s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI