Setiap detik melihat anak membesar adalah momen paling berharga buat seorang ibu. Begitu jugalah rasa hati pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi yang tak dapat menyembunyikan rasa sayangnya terhadap anak perempuan kesayangan, Marissa Dania Hakim.
Baru-baru ini, sempena ulang tahun kelahiran Marissa, Abby berkongsi momen indah melakukan kejutan buat si manja yang kini sudah meningkat remaja. Melalui hantaran di Instagram, Abby bukan sahaja meraikan hari istimewa itu, malah turut menitipkan pesanan penuh kasih sayang yang menyentuh hati ramai.
“Anak yang baik, tetapi penuh teka-teki… Yang sukar untuk dijangka… Inilah dia Marissa,” luah Abby dalam nada berseloroh tetapi penuh makna keibuan.
Anak Makin Membesar, Hati Mama Rindu Waktu Kecil
Sebagai seorang ibu, Abby mengakui betapa pantas masa berlalu. Si kecil yang dulunya sering bermanja di pangkuan kini kian dewasa. Rindu pada kenangan waktu Marissa masih kecil begitu terasa di hati seorang ibu.
“Cepat sangat anak Mama membesar… Mama rindu adik yang dulu,” tulis Abby, meluahkan rasa yang pasti difahami oleh semua ibu bapa di luar sana.
Ads
Anak membesar depan mata, dari langkah pertama, perkataan pertama, kini sudah jadi remaja yang makin matang. Tapi di hati Mama, tetap si kecil yang dirindui sentiasa.
Doa Ibu Tiada Henti, Semoga Terus Kuat & Hebat
Dalam ucapannya, Abby turut menyelitkan doa paling tulus buat Marissa. Harapan seorang ibu, bukan hanya kejayaan dunia, tetapi kekuatan iman dan akhlak untuk terus berdiri di jalan yang benar.
Ads
“Semua sayang adik… Semoga terus kuat dan terus terhebat di jalan-Nya. Jangan lupa jaga solat, aurat dan ikhtilat. Semoga anak Mama kaya dan berjaya di dunia serta akhirat,” pesan Abby penuh harapan.
Itulah doa yang tak pernah putus dari seorang ibu, sentiasa mahukan anak dilindungi, berjaya, dan hidup dalam keberkatan.
Penuh Teka-Teki, Tapi Tetap Anak Baik
Menurut Abby, walau Marissa sukar dijangka dengan perangai penuh kejutan, dia tetap seorang anak yang baik di mata keluarga. Ragam anak remaja memang berbeza, ada masanya buat kita tersenyum, ada kalanya penuh tanda tanya, tetapi kasih sayang tetap utuh di hati ibu.
Ads
Pa&Ma pasti ramai ibu bapa yang faham, anak-anak ni unik, setiap seorang ada perangai tersendiri yang buat kita kenal mereka luar dan dalam. Apa pun, jangan pernah jemu mendoakan yang terbaik untuk anak, seperti Abby buat untuk Marissa.
Semoga Marissa terus membesar menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan akhirat, dan jadi kebanggaan Mama, keluarga dan semua yang menyayanginya.
Anak tetap anak, walau besar mana pun mereka, di mata ibu… mereka tetap ‘baby’ kesayangan kita.
Pasangan selebriti, Che Ta dan suaminya Zain Saidin yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lapan pada 11 Disember lalu mendedahkan pernah dijangkiti Covid-19 bulan lepas.
Berkongsi cerita mengenai jangkitan virus yang melanda dunia itu, menurut Che Ta, anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana dan suaminya Zain disahkan positif pada bulan lalu.
Namun kini dia amat bersyukur, kedua-dua insan penting dalam hidupnya itu kembali pulih sepenuhnya. Tambah Che Ta lagi, dia dan dua anak lelakinya negatif virus berkenaan.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya tawaran tersebut terpaksa ditolak.
” Semua memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanana pun Aaisyah hanya demam saja tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami disahkan negatif. Alhamdulillah mereka kini sudah pulih sepenuhnya,” ujar Che Ta.
Che Ta reda dengan ujian yang menimpa dan mengakui ibunya turut positif Covid-19 termasuk beberapa adik beradiknya beberapa bulan lalu.
“Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi. Walaupun suami sudah lengkap dua suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat ini takkan menyerang. Virus ini memang ada disekeliling kita.
“Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda. Kadang-kadang sejauh mana pun kita berhati-hati, nak jadi, jadi juga,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Che Ta dan Zain yang menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan mereka turut sama mengadakan sesi fotografi dan majlis sederhana sempena ulang tahun itu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi impian setiap ibu bapa, pasti mahu membawa anak-anak ke Tanah Suci. Bukan mudah untuk bawa anak kecil untuk beribadah di sana. Mahu fokus menjalani ibadat, mahu jaga anak lagi. tetapi itu bukan alasan kerana banyak orang yang sudah berjaya melakukannya.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, merancang untuk membawa anaknya Ayden Adrean yang berusia dua tahun untuk menunaikan umrah. Kata ibu muda ini lagi, hasratnya itu sudah lama disimpan sedari dahulu sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Kali ini, Bella akan membawa kedua-dua ibu bapanya sekali bersama kenalan rapatnya untuk ke tanah suci Mekah.
Semoga urusan Bella dan keluarganya dipermudahkan di sana.
Pa&Ma kongsikan tip membawa anak kecil ke Mekah:
1. DOA & PASANG NIAT
Berdoalah sebelum ke sana. Pasangkan niat untuk menjayakan ibadat itu. Ketika berdoa, mintalah apa yang anda mahu secara terperinci. Semoga kuat, semoga larat dan mampu menahan perubahan cuaca. Jika bawa anak kecil yang sudah bebas lampin, berdoalah agar mereka dapat bertahan sekiranya perjalanan jauh atau kekangan mencari tandas.
2. PERSEDIAAN MENTAL
Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, sediakan mental dan emosi anak. Berceritalah kepada mereka tentang semua perkara di sana. Tunjukkan gambar atau video di sana.
3. PENERBANGAN YANG LAMA
Memandangkan masa penerbangan yang lama, pastikan mental ibu dan anak masing-masing bersedia. Jika risau anak bosan, sediakan material seperti buku atau permainan yang yang boleh mengalih perhatian si manja.
5. STROLLER & BABY CARRIER
Bawa bersama stroller dan baby carrier bagi memudahkan pergerakan anda ketika di sana. Ada masanya anak mungkin letih untuk berjalan dan kita juga tidak larat kalau mahu mendukung mereka, jadi dengan membawa stroller atau baby carrier, mungkin masalah itu dapat diatasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, anda pasti setiap anak bersatu hati, saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi.
Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...