Bagi kebanyakan kanak-kanak, memori biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik -beradik yang lebih muda atau percutian istimewa. Sebagai ibu bapa, kita pastinya berharap anak-anak mendapat pelbagai pengalaman positif semasa alam kanak-kanak mereka.
Usia memori
Kebanyakan daripada kita tidak boleh mengingat sebarang kejadian yang berlaku sebelum ulang tahun ketiga atau keempat kita. Dan, kadangkala, kita hanya mampu untuk mengingat beberapa kenangan atau memori sekali-sekala. Meskipun kanak-kanak boleh dan mampu membentuk memori pada usia muda, namun ia akan pudar dari semasa ke semasa. Memori-memori ini akan digantikan dengan memori ‘pertama’ yang lebih baru sehinggalah kanak-kanak itu berusia antara umur 7 dan 10 tahun. Pada ketika ini, memori awal mula terbentuk. Pakar merujuk kepada kitaran mengingat dan memadam ini sebagai amnesia di alam kanak-kanak. Kejadian amnesia kanak-kanak ini adalah normal sepenuhnya dan cenderung mempunyai kesan sampingan pada perkembangan tipikal otak yang kanak-kanak alami.
Ads
Pakar juga percaya bahawa bayi tidak mempunyai binaan saraf canggih yang diperlukan untuk membentuk dan menahan pembentukan memori yang lebih kompleks. Otak bayi dan anak kecil seolah-olah seperti kolander dengan lubang besar yang cuba untuk mengekalkan cebisan-cebisan kecil memori. Skil bahasa yang lebih banyak boleh membantu kanak-kanak menghuraikan ingatan mereka dengan lebih baik, seterusnya terpahat dalam fikiran mereka.
Bila kanak-kanak mula mengingat sesuatu perkara?
Meskipun baru masuk dua bulan pertama, bayi akan mengenali wajah dan suara yang biasa mereka lihat/ dengar setiap hari. Bayi baru lahir boleh mengenal suara ibu mereka semasa lahir. Bayi yang menyusu badan pula mampu mengenali bau ibu kereka selepas usia seminggu. Jenis pengenalan ini adalah petunjuk pertama memori, walaupun ia berbeza daripada mengingat perincian episod yang berlaku.
Ads
Pengenalan memori bayi – kemampuan untuk mengenal individu dan objek yang mereka pernah lihat sebelumnya selepas beberapa waktu – akan semakin meningkat semasa tahun pertama mereka.
Menjelang 9 bulan, bayi boleh mengingat maklumat dengan lebih spesifik seperti di mana letaknya mainan mereka di rumah. Bayi juga boleh meniru perbuatan yang mereka lihat seminggu sebelumnya. Kemahiran ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia ini boleh mengingat semula memori. Ini adalah kemampuan untuk mengingat beberapa perincian pada pengalaman tertentu untuk jangka pendek, meskipun mereka tidak mampu untuk mengingat keseluruhan pengalaman. Memori untuk peristiwa tertentu tidak akan berkembang sehinggalah bayi berusia antara 14 dan 18 tahun.
Ads
Pengaruh memori kanak-kanak
Perbualan adalah salah satu cara bagaimana ibu bapa boleh memberikan impak yang besar pada memori kanak-kanak, dan bagaimana mereka boleh menyokong perkembangan anak dengan lebih awal dan menguatkan memori. Pakar memberitahu bahawa kanak-kanak yang bercakap lebih kerap mengenai diri mereka mempunyai lebih peluang untuk menajamkan ingatan memori mereka.
Sebagai ibu bapa, anda boleh bertanyakan bayi anda beberapa soalan terbuka untuk mereka menghuraikan pengalaman peribadi seperti, “Cerita lagi pada ibu,” dan “Apa jadi selepas itu?” Ini akan menyediakan anak anda peluang untuk lebih faham akan perasan dan konsep yang berkait dengan peristiwa, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mengingatinya. Diharapkan bahawa aktiviti ini boleh meningkatkan peluang memori pertama mereka sebagai perkara yang menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya anak-anak lebih suka bermain dan aktif sehingga aktiviti belajar membuatnya berasa bosan. Bagi anak-anak di tadika, harus dididik untuk menyukai belajar. Jika anak itu suka belajar tentu membuatkan ibu bapa berasa lega, tetapi bagaimana jika anak yang malas belajar. Berikut 8 solusi untuk mengatasi anak yang malas belajar.
1.Jadual pembelajaran
Wujudkan jadual belajar dan bermain supaya anak-anak tahu bahawa pembahagian masa belajar dan bermain. Namun pastikan konsisten untuk memastikan anak-anak biasa dengan pembahagian masa itu. Pastikan wwaktu belajar tidak lama untuk mengelak anak-anak bosan. Apa yang pasti cara ini melatih anak menjadi lebih displin dan berbertanggungjawab.
2.Mood belajar
Memang sukar untuk mendidik anak supaya tidak malas untuk belajar, lebih-lebih lagi jika anak itu itu sudah terbiasa dengan suasana bermain. Oleh itu, wujudkan suasana atau mood belajar yang membuatkan anak ceria. Jadikan waktu belajar itu lebih santai sama ada duduk atas katil, buai atau di pangkuan anda. Dengan begitu, anak akan merasa lebih selesa dan merasa belajar itu bukan paksaan buat dirinya.
3.Motivasi
Ana-anak adalah golongan yang suka diberi pujian dan sokongan. Berikan kata-kata motivasi seperti, “adik bila besar nak jadi angkasawan kena rajin belajar.” atau kata-kata pujian, “bagusnya anam ummi, rajin baca buku.” Pendekatan secara postif ini akan membuatkan anak-anak positif untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
4.Ulangkaji
Bagi ibu bapa yang bekerja, dalam kereta atau waktu malam setelah sampai di rumah, mulai tanya anak apa yang dipelajari di tadika. Cara ini membantu anak mengingatkan kembali apa yang cikgu ajar di tadika. Mungkin anda boleh buat ‘game’ seperti teka apa yang cikgu ajar di tadika seperti, “cikgu ajar adik menyanyi,” atau “cikgu ajar adik ABC” . Dengan melakukan cara ini akan membuat anak menjadi disiplin dan bertanggungjawab dan tentunya minat belajar akan semakin meningkat5.Sebelum tidur
Tentu ada ibu bapa yang melakukan cara ini seperti anak dibacakan surat-surat pendek Al-Qur’an, cerita dongeng, bernyanyi, dan belajar menghitung. Cara ini adalah bagus untuk meningkatkan kecerdasan anak, anak akan lebih mudah mengingat setelah bangun tidur esok pagi.
6.Teladan
Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Lazimnya pada peringkat ini anak-anak akan melakukan peniruan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Begitu juga dalam belajar, apakah ibu bapa harus membaca? Sudah tentu, jika ibu bapa suka membaca maka anak akan melakukan yang sama.
7.Had masa
Jangan biarkan anak-anak belajar selama berjam-jam, hal ini akan membuatnya stress dan bosan tapi susunlah had waktu anak dalam belajar misalnya dengan memberi masa untuk rehat atau belajar. Jika memaksa anak-anak akan membuatkan anak berasa belajar itu sesuatu yang bosan buat dirinya.
8.Manfaat belajar
Jelaskan kepada anak-anak manfaat belajar. Beritahu anak tujuan belajar dan hasil yang akan diperolehi apabila berjaya cemerlang dalam pelajarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah masuk bulan tiga, tapi anak masih belum pandai membaca dengan lancar. Tentu ibu ayah risau. Namun tentu ada puncanya yang ibu ayah kena tahu supaya dapat mencari penyelesaian supaya anak membaca.
Menurut perkongsian seorang ibu dan juga Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak katanya seorang anak perlu mempunyai asas sebelum bersedia untuk diajar membaca.
Ikuti perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin yang menggunakan pendekatan ini untuk mendidik kanak-kanak dipusat pendidikan.
Memasuki penghujung March biasanya guru-guru tadika akan di tanya, cikgu anak saya belum pandai baca ni. Macam mana ya? Inilah soalan standard yang akan di hadapi oleh kebanyakan guru tadika
Tuan/Puan yang dihormati, mari saya tolong jelaskan . Anak-anak kita perlukan FOUNDATION sebelum mereka BERSEDIA di ajar membaca. Sekiranya kita tak sempat/atau belum tahu bagaimana berikan FOUNDATION ini di rumah, guru-guru akan gunakan 3 bulan pertama ini untuk bantu buat foundation ini dahulu pada anak. FOUNDATION ni sebenarnya makan masa tau tak cukup 3 bulan. Tapi para pendidik gigih membantu. . Laaa tak boleh ke skip foundation ni, terus je ajar baca? Jawapannya, anak anda, kena ada kemahiran mendengar dan biasa bertutur lama sebelum dia pandai bercakap dengan baik. Begitu juga dengan membaca. Ada benyak persediaan mereka perlukan sebelum mereka bersedia di ajarkan membaca. Apa kesannya kalau terus je? kesannya, anak tak fokus, anak tak berminat, anak tak enjoy, anak cepat bosan, akhirnya target nak kasi pandai membaca semakin tergendala. Habis, anak dah 5 tahun ni? Iya, mari kita bantu cepatkan proses ini dengan KUATKAN FOUNDATION membaca di rumah melalui rutin harian. Sangat banyak yang ibu bapa boleh lakukan kerana ibu bapa ada kuasa KASIH SAYANG yang LUAR BIASA.
5 Asas Penting Mesti Tahu
Sentiasa berbual Sentiasa berbual mesra dengan mereka dan pastikan mereka on tract. Anda boleh dedahkan kepada perbualan harian yang melibatkan aktiviti yang kita sering buat. Hadirkan suasana yang menggalakkan anak untuk rasa nak bercakap juga. 2.Object Recognition Skills Anak-anak, sebelum dia nak kenal huruf A, huruf B,C , mereka perlu sudah dibiasakan mengenali objek sekitarnya. Dah boleh cerita ini gajah, ini harimau, ini bapak dinasour, ini ada tanduk, ini tiada tanduk, ini warna merah, monyet tu warna coklat, burung tu warna putih, apa terjadi pada burung tu. Di sini saya gabungkan sekali mereka kenal objek dalam conteksnya. Maksudnya mereka mengenalinya dan dapat relatekan dalam dunia sebenar. 3.Attention Skills Biasanya anak antara 2-4 tahun, mereka aktif ke sana-sini. Mereka seronok ekspore macam-macam. Kita tak boleh terus paksa mereka tiba-tiba berubah kepada duduk diam baca buku. Bantu anak untuk fokus dengan wujudkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti yang mereka minat. 4.Tactile Skills Tidak dapat dinafikan, anak-anak amat perlu tectile skills ini. Deria sentuh mereka perlu sentiasa dirangsang dengan pelbagai tekstur dan aktiviti. Meramas pasir, bermain biji-biji kacang, menggunting, painting, bermain air, menggunakan pelbagai alat adalah amat bagus. Ini akan membantu meransang otak mereka yang kelak akan membantu perkembangan emosi, bahasa dan banyak lagi. Boleh google: Messy Play & Sensory Play Activities. Mulakan yang senang dulu ya. 5.Minat Explore Buku! Sebagai orang dewasa, sukakah kita belajar sesuatu yang kita tidak minat? Sukakah kita untuk belajar sesuatu yang kita tak faham kenapa kita perlu belajar? Begitulah mereka. Minat ini teramat sangat perlu kita bantu pupuk dahulu. Kerana ia makan masa. Macam mana nk bantu pupuk minat membaca? Panjang penjelasannya tapi yang paling mudah ialah wujudkan bonding dengan anak, seronok nak explore gambar je dulu. Bantu anak untuk dapat relatekan buku dengan keseronokan. Tak payah sibuk dengan perkataan pun tak apa lagi. Gunakan buku tapi tajuannya untuk meransang minat dan target-target di atas dahulu.
Lakukan Cara Ini Bermain/beraktiviti /Projek Macam mana nak buat perkara 1-4 di atas? anda boleh gabungkan 2,3 atau 4 target di atas dalam 1 aktiviti yang bersesuaian. Saya pasti ramai yang membeli toys untuk anak. Anda boleh jadi fasilitator pada anak dengan bermain dengan toys yang ada. Banyak libatkan pancaindera anak-anak. Tak semestinya buat yang gempak. Buat ikut keadaan masing-masing. Hebat tu bukan pada nampak sofisticated aktiviti kita, tapi pada kesannya pada anak. Apabila kita dedahkan anak-anak dengan aktiviti/projek, kita membantu mereka memahami context yang sebenar dalam hidup mereka. Cuba fahami ini Pernah anda lihat experimen di youtube dengan anak-anak dan cuba buat sendiri experimen tersebut? Bagaimana perasaannya? Bagaimana response kedua-duanya? Sangat tak sama kan? PROSES menjayakannya itulah proses kita polish skill mereka. Its all about connecting experience. Ramai kita tak suka raikan proses. Semua nak cepat. Semua nak paksa. Tapi proses itulah yang jauh lebih anak ingat. Bebanding hasil akhir. Kadang-kala, hasil akhir boleh hancur sejam lepas tu. Jadi yang kekal ialah kenangan proses itu, pelajaran dari proses itu. Kemahiran itu. Asas-asas ini amat penting buat anak. Ia ibarat akar untuk pokok.
Anak dah masuk usia 3 tahun tapi masih lagi tak mampu bercakap atau menyebut perkataan? Sememangnya ibu ayah perlu risau! Tapi bagaimana caranya untuk bantu anak supaya dapat menyebut perkataan bermakna?
Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Terapi Pertuturan & Bahasa berkenaan teknik mudah untuk membantu anak bercakap.
Khas buat anak-anak yang masih tidak pandai untuk menyebut : 4 TEKNIK BANTU ANAK BERCAKAP
1️. Tukar mesej kepada perbuatan
2️. Guna gesture/aksi
3️. Beri pilihan kpd anak
4️. Teknik pause
Konsisten buat yang ni dulu, dan tengok berkesan ke tidak pada anak. Ok?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.