Bila bergelar mak ayah ni hati memang kena kental. Tak kira lagi bab anak mengamuk di rumah atau depan orang ramai. Tambah lagi bila ada anak lebih dari seorang. Si abang atau kakak nak itu, si adik pun ikut mengamuk juga.

Lagi satu kalau si kakak atau abang ok, adik yang akan mulakan drama dulu. Masa ni lah kena betul-betul kawal emosi dan tebalkan muka bila orang ramai mula memerhati jika anak buat hal di tempat awam. Masa anak tengah buat hal ini, mak ayah tak boleh nak panaskan lagi keadaan. Waktu ni lah kena pandai ambil hati untuk redakan keadaan.

Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama yang juga ibu kepada 4 orang anak, Puan Ashikin Hashim boleh dijadikan panduan dalam menghadapi sikap anak sebegini sehingga mereka dah matang dan boleh berfikir sendiri.

Anak Yang Beriya Mengamuk, Menangis Bukan Nakal Tapi Mereka Belum Matang

Anak yang mencabar a.k.a nakal?

Apabila saya memandang wajah anakanda Wafi (13 tahun), Wasim (11 tahun) dan Wajdi (8 tahun) membuatkankan saya mengimbau kembali kenangan indah yang lepas-lepas.

Wajah inilah yang pernah mengamuk dahulu ketika baru menjejak kaki ke tadika.

Wajah inilah yang menangis beriya-iya apabila hendakkan sesuatu.

IKLAN

Wajah inilah yang menghentak-hentakkan kaki apabila tidak puas hati.

Wajah inilah yang meminta-minta beli itu ini.

Kini….saya tidak dengar lagi amukan itu. Saya tidak lagi menghadap amukan mereka. Tidak juga mendengar rengekan beli mainan.

Anak Yang Beriya Mengamuk, Menangis Bukan Nakal Tapi Mereka Belum Matang

Itulah warna-warna kehidupan seorang ibu yang mempunyai anak kecil.

IKLAN

Tidak lari dari kerenah dan pelbagai ragam.

Ketika kita sedang menghadapinya, kita akan rasa seperti kita seorang ibu yang gagal. Kadang kecewa kerana anak tidak memahami. Kadang malu kerana menjadi tumpuan. Kadang putus asa seperti sudah tidak daya untuk memujuk.

Tapi itu semua sudah pergi….

Kita bakal merindu. Kita bakal tercari-cari suara itu.

IKLAN

Kepada ibu bapa yang sedang menghadapi situasi ini, usahlah terlalu risau. Ia hanya satu fasa normal yang kita semua akan lalui.

Tiba masanya anak akan mula matang. Mereka akan berhenti meminta, mengamuk dan menangis. Tiba masa mereka akan membesar dan berfikir dengan wajar.

Anak Yang Beriya Mengamuk, Menangis Bukan Nakal Tapi Mereka Belum Matang

Hadapinya dengan tenang dan positif. Anak kita sedang berjuang untuk hidup dalam suasana yang sangat mencabar untuk mereka.

Berikan mereka sokongan dan kasih sayang yang seadilnya. Mereka mungkin hanya berumur 4, 5 dan 6 tahun bukan 20 atau 30 tahun.

Selamat menghadapi kehidupan yang penuh warna warni. Enjoy the moment!

Sumber: Ashikin Hashim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI