Bahasa ‘jerman’ yang dihasilkan oleh kanak-kanak atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON, kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak-kanak melakukannya terlebih dahulu.
Untuk kanak-kanak belajar bercakap, banyak kemahiran yang perlu mereka pelajari. Salah satunya adalah kemahiran kefahaman apa yang disebut oleh orang dewasa dan meniru sebutan orang dewasa.
Kemahiran meniru ada 2 iaitu meniru AKSI dan meniru sebutan VERBAL. Sebagai contoh:
Meniru Aksi
Kemahiran yang perlu kanak-kanak pelajari sebelum usia 1 tahun
Contoh : Kanak-kanak menggoncang rattle selepas orang dewasa melakukannya
Meniru sebutan verbal
Kanak-kanak mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang disebut oleh orang dewasa seperti meniru bunyi haiwan “meow” dan lain-lain
Semasa kecil di bawah umur setahun, kanak-kanak ada kalanya hanya meniru apa yang disebut oleh orang dewasa tanpa memahaminya terlebih dahulu.
Mereka mendengar dan menyebutnya sahaja. Setelah beberapa kali mereka mendengarnya barulah mereka mula faham maksud perkataan tersebut dan barulah mereka akan menggunakannya pada situasi yang betul. Pada usia ini juga, kanak-kanak mempunyai kebolehan memori yang sedikit dan kebolehan mereka untuk memahami ayat panjang adalah terhad.
Ads
Sebab itulah kita biasanya bercakap dalam bahasa yang ringkas dan pendek-pendek sahaja dengan kanak-kanak.
Contohnya:
Ayat 1: Tengok, kucing……. meow….. kucing
Ayat 2: Tengok tu ada kucing, besarnya kucing tu dia tengah makan nasi dengan ikan
Apabila kita menghasilkan ayat 1 pada kanak-kanak, biasanya kanak-kanak akan tiru perkataan meow atau kucing sahaja. Mereka tidak akan meniru keseluruhan ayat. Bayangkan jika kita menggunakan ayat yang panjang seperti ayat 2, agak-agaknya apa yang kanak-kanak cuba untuk tiru. Ia mungkin akan jadi “hdbbf msmkhd shsd kucing mjdg dybd kdhb”. Itulah bahasa jermannya.
Ads
Jadi sebenarnya, kanak-kanak menghasilkan cakap “jerman” adalah disebabkan oleh mereka cuba untuk meniru pertuturan orang dewasa tetapi kebolehan kefahaman kosa kata dan memori mereka adalah sangat terhad. Kita bercakap menggunakan ayat panjang, mereka cuba untuk tiru tapi mereka tidak faham ayat tersebut.
Cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ianya akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.
Ads
Bagaimana mengatasi masalah ini? Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah:
-Tingkatkan kefahaman kanak-kanak bermula dengan kefahaman perkataan, frasa pendek dan barulah kepada kefahaman ayat
-Bercakap atau berbual dengan kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang pendek, ringkas dan berintonasi
-Reka perkataan atau ayat apabila kanak-kanak mengeluarkan bahasa jerman. Contohnya kanak-kanak bercakap jerman sambil menunjuk pada bola. Reka apa jua perkataan atau ayat yang berkaitan dengan bola seperti “waaa besarnya bola” atau sebagainya yang sesuai pada situasi tersebut.
Jika situasi ini berterusan, rujuklah pada terapis pertuturan-bahasa untuk khidmat nasihat.
Selamat mencuba.
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Nanti anak yang dikandung tu jadi gelap”, kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang sedang mengandung.
Ini merupakan salah satu tips orang terdahulu yang dikatakan boleh mengelakkan anak mendapat kulit yang gelap.
Malah ada yang menyatakan, air kacang soya yang putih boleh membuatkan anak menjadi putih jika selalu meminumnya ketika mengandung.
IRONINYA, KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT IAITU KICAP DAN AIR KACANG SOYA INI BERASAL DARIPADA TUMBUHAN YANG SAMA IAITU SOYA.
Persoalannya disini, adakah benar dengan memakan ataupun meminum bahan yang mempunyai warna gelap dan putih itu akan mempengaruhi warna kulit kanak-kanak?
Disini kami ingin menyatakan beberapa fakta.
1. Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripadasel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan kompoun ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan setakat itu, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan kompaun melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka yang ada masalah ini dikatakan mempunyai penyakit ‘Albino’.
Kuantiti kompaun melanin yang dihasilkan inilah yang akan menentukan kecerahan dan gelapnya kulit seseorang. Dan perkara ini bergantung kepada genetik.
Sebagai tambahan, warna kulit diperturunkan kepada anak kita melalui ‘polygenic inheritence’. Bermaksud ada beberapa ‘gene’ pada baka kita yang terlibat dalam warna kulit. Berlainan pula bagi jenis darah. Ia hanya melibatkan sepasang ‘gene’. Iaitu satu daripada ayah dan satu lagi daripada ibu.
Kita bagi contoh.
A mewakili gene yang akan menyebabkan kulit GELAP
a mewakili gene yang akan menyebabkan kulit CERAH
Seorang rakyat Afrika mempunyai kulit warna yang sangat gelap:
Kita anggap semuanya genenya adalah mewakili gelap iaitu
AA AA AA
Saya tulis AA tu secara berpasangan disebabkan satu gene daripada ayah dan satu lagi gene daripada ibu.
Ada 3 pasangan disebabkan ‘polygenic inheritence’ seperti yang saya terangkan di atas.
Dia kahwin dengan perempuan eropah yang sangat cerah:
Kita anggap semuanya gene warna kulitnya mewakili yang cerah sahaja:
aa aa aa
Anak yang akan terhasil akan mempunyai warna kulit di antara cerah dan gelap. Maksudnya tidak terlampau cerah ataupun gelap disebabkan genetik anaknya telah bercampur iaitu: Aa Aa Aa
Oleh itu, penyelesaian sebenar untuk mendapatkan anak yang putih adalah berkahwin dengan orang yang mempunyai kulit yang putih.
Selepas dua bulan melahirkan bayi lelaki, akhirnya Elly Mazlein berkongsi foto anak keduanya, Haider Mateen Mohd Azlan menjelang sambutan tahun baru 2022.
Foto tersebut dimuat naik di Instagramnya. Turut tertera ialah foto anak pertamanya, Putri Sara Sefhia ketika masih bayi.
“2 Cinta mama Putri Sara Sefhia & Haider Mateen. Penutup keindahan Tahun 2021. Selamat Datang 2022,” tulisnya.
Bagaimanapun akses ruangan komen ditutup Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, terdahulu sudah berkongsikan wajah penuh anaknya ketika diundang sebagai pengacara jemputan MeleTOP pada 28 Disember lalu.
Malah dalam posting Elly sebelum ini pun, dia memberitahu akan belanja gambar Haider pada bulan Disember sempena bulan kelahirannya dan janji itu telah ditunaikan.
Elly berkahwin dengan suaminya, Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Kredit: Elly Mazlein
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.
Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini. Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.
Bilakah masa terbaik untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 4 atau 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.
Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.
Petunjuk menunjukkan bayi anda sudah bersedia
Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:
Dapat mengawal gerakan kepala. Bayi anda patut mampu menjaga kepalanya dalam kedudukan tegak dan mantap tanpa bantuan orang dewasa atau penjaga.
Tidak lagi mempunyai refleks tujah lidah. Jangan tawarkan makanan pejal kepada bayi jika dia terus menolak makanan pejal daripada mulutnya secara automatik.
Boleh duduk dengan tegas dan mantap tanpa bantuan orang dewasa. Bayi anda perlu berupaya berada pada posisi duduk untuk mengunyah dan menelan dengan betul.
Gerakan mengunyah. Apabila bayi anda semakin membesar, mulut dan lidahnya berkembang selari dengan satu sama lain. Oleh itu, untuk mula makan pepejal, bayi anda perlu tahu cara menggerakkan makanan ke dalam mulut dan menelannya. Sebaik sahaja bayi anda terbiasa makan makanan pejal, anda mungkin akan mendapati bahawa air liurnya tidak lagi meleleh.
Peningkatan berat badan dengan ketara. Kebanyakan bayi boleh makan makanan pejal apabila mereka bertambah dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran dan sekurang-kurangnya lebih tua daripada 4 bulan.
Semakin berselera. Bayi anda seolah-olah makan lebih banyak, walaupun anda memberikan lapan atau sepuluh penyusuan susu ibu atau susu formula sehari.
Tertarik dengan makanan anda. Anda mungkin mendapati bayi anda melihat apa yang anda makan dan meminta atau menjangkau tangannya untuk mengambil makanan tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.
Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.