Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya. Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini. Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya.
Bukan sahaja baik untuk perkembangan otak anak, tapi ia juga salah satu cara untuk buat anak mudah tidur.
Kena ingat amalan membaca ini boleh memberi satu kesan positif dalam diri anak dan boleh menjadikannya seorang yang cintakan buku.
Perkongsian dari seorang ayah, Najmi Nawawi mengenai caranya yang suka baca buku pada anaknya boleh diikutioleh semua ibu bapa lain.Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
Ads
Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
Ads
Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
Ads
Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Masa kecil bukan main manja anak-anak dengan kita kan. Apa yang dia nak sebolehnya kita akan penuhi walaupun bukan terus dapat. Namun apabila mereka makin besar hubungan ni seakan ada jurang.
Sesetengah ibu bapa anggap ini normal untuk anak yang dah besar tetapi hakikatnya dalam ilmu keibubapaan, anak yang makin besar ini sepatutnya perlu jadi kawan.
Perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini ada logiknya dan boleh sama-sama membuka mata kita sebagai ibu bapa untuk lebih berusaha ke arah lebih baik demi melihat anak membesar dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi.
Kenapa Anak Makin Besar Jadi Makin Renggang?
Kalau ikut logik patutnya anak makin besar, IQ dan EQ dia makin matang. Patut lebih kuat bonding dengan mak ayah, tapi tidak!
Inilah puncanya:
1 – Sayang Bersyarat
Makin besar anak makin banyak pula syarat nak dapat rasa di sayangi.
“Kakak sayang ibu kan, tolong buat…” “Abg jangan buat ayah marah boleh?” “Adik tak dengar cakap ibu, adik tak sayang ibu ke?”
2 – Tak Ikhlas Beri Perhatian
Mulut bercakap dengan anak, tapi mata tengok telefon. Dari bahasa tubuh ni tahu tak anak rasa apa? Anak rasa diri dia TAK PENTING!
3 – Dah Besar
Kakak dah besar kena jalan sendiri. Gedik nak berdukung bagai. Abang dah besar tak boleh main macam budak kecil.
Hmm.. kita yang tua ni pun kadang kadang berangan nak jadi budak budak balik, apatah lagi anak anak yang masih mumayyiz.
4 – Anggap Anak Gedik/Mengada
Tak pernah ada istilah anak nak mengada atau gedik dengan mak ayah. Sebaliknya hanya ada anak yang rindu di belai dan di layan mak ayah sama seperti masa kecil.
5 – Tak Ada Empati
Anak menangis kita kata dia benyek. Anak kuat tantrum kita kata susah nak faham. Anak tak dengar cakap kita kata dia degil. Macam macam gelaran kita bagi kat anak.
Pernah tak sekali kita terfikir yang anak tu cuma nak perhatian dan rasa di sayangi?Percayalah tak ada satu pun perangai buruk anak kita yang berniat buruk pada kita melainkan kita yang berfikir buruk tentang mereka..
Macam mana buruk pun kita layan mereka tak pernah seinci pun luak kasih sayang mereka pada kita.
Kredit: Mohd Fhais
– Parenting Influencer
– ParenTips – Video Content
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama ini, kita mungkin menganggap ibulah yang lebih penting dalam sebuah rumah tangga kerana ibu banyak meluangkan masa dengan anak berbanding ayah.
Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance telah menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah sejak kecil memiliki sifat lebih konfiden, emosi yang stabil, dan berani meneroka persekitaran mereka. Apabila meningkat usia 3 tahun, mereka juga lebih bijak bersosial, mudah menyelesaikan masalah, dan memiliki IQ yang lebih tinggi.
Anak lelaki yang hebat belajar daripada ayah yang hebat
1. Anak lelaki belajar tentang kemahiran ‘problem-solving’ melalui cara melihat keteguhan hati ayahnya menghadapi ujian dan masalah hidup setiap hari
2. Anak lelaki belajar tentang ‘leadership’ melalui cara ayahnya mengurus anak anak dan seluruh isi keluarga
3. Anak lelaki belajar tentang ‘money management’ melalui kesusahan ayahnya mencari nafkah dan mengurus perbelanjaan keluarga
4. Anak lelaki belajar tentang ‘self-regulation’ melalui cara ayahnya mengawal diri ketika sedang diuji
5. Anak lelaki belajar tentang ‘anger management’ melalui cara memerhati sikap dan kelapangan jiwa ayahnya ketika sedang dilanda ribut emosi
6. Anak lelaki belajar tentang cara menghormati wanita melalui kelembutan ayahnya melayan isteri dan anak anak perempuannya sendiri
7. Anak lelaki belajar tentang ‘sense of responsibility’ melalui kehebatan ayahnya menolong anak anak dan isterinya sendiri
Anak adalah CCTV terhebat di dunia. Mereka terkadang diam tanpa bercakap apa apa tetapi percayalah setiap inci pergerakan dan sikap kita mereka rakam dengan teliti dan akan mereka ulang tayang di dalam diri mereka suatu hari nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sayang, jom ibu dukung” ujar Lia kepada anaknya Zara. “Tak nak, Zara nak ayah yang dukung!”, jawab si anak. Aduh, sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu. Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah.
Fahami situasi
Mesti terkedu dan kecewa jika berdepan dengan situasi di atas, bukan? Keadaan itu merujuk kepada istilah child prefers one parent atau playing favourite di dalam konsep keibubapaan. Di mana anak lebih memilih untuk bersama dan rapat dengan salah seorang, sama ada ibu atau ayah sahaja.
“Anak tak suka aku ke?”, mesti akan timbul persoalan sebegini apabila di-reject oleh anak. Walau bagaimanapun, ibu atau ayah yang mengalami situasi ini, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang berlaku. Ketahuilah ia adalah satu perkara normal yang berlaku kepada ibu bapa lain di luar sana.
Playing favourite
Apabila berlaku playing favourite, ia sebenarnya adalah satu petanda sihat dan positif terhadap perkembangan emosi dan kognitif si manja anda. Ini bermakna dia sedang meneroka kebebasan dalam perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang diingininya. Menguasai kemahiran ini bererti anak anda akan dapat membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Di samping itu, jika permata hati anda lebih memilih si ayah (atau ibu) berbanding anda, ini bermakna dia berasa selamat dengan anda dan yakin bahawa walaupun dia meluangkan masa lebih banyak bersama ayahnya (atau ibu), anda akan tetap menyayangi dan sentiasa ada buat dirinya.
Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila si manja menyedari bahawa mereka akan mendapat lebih perhatian jika bersama salah seorang ibu atau ayah dalam satu-satu masa. Ini logik, bukan? Rasa sebagai individu dewasa pun, sudah tentu kita mahukan perhatian apabila bersama seseorang.
Ubati hati ibu
Walau apa pun, sedikit sebanyak jika anda bukan favourite si manja, sudah tentu akan terasa juga. Ya lah, penat mengandung 9 bulan, si ayah juga yang dipilih, sedihnya hati ibu. Jadi berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda cuba. Moga-moga tidak wujud lagi istilah ‘pilih kasih’ pada si manja anda.
Bertenang
Perkara paling penting untuk mengubati hati ibu adalah untuk kekal bertenang dan jangan membiarkan situasi itu menjejaskan anda. Yes! Melakukan tidak semudah untuk melafazkannya. Tetapi anda harus sedar, bahawa ia adalah satu fasa yang bagus untuk perkembangan si manja. bersabar , okay?
Rutin baru
Cuba anda lihat rutin harian si manja. Biasanya situasi pilih kasih ini berlaku apabila si kecil lebih banyak menghabiskan masa dengan salah seorang ibu atau ayah. Jadi mungkin anda boleh cuba mengubah rutin harian. Jangan terlalu drastik, lakukan secara perlahan-lahan. Mungkin anda boleh mulakan rutin baru seperti menyediakan sarapan pagi di hujung minggu bersama.
Menyertai si anak
Menurut seorang profesor klinik psikiatri kanak-kanak dan kejururawatan di Yale Child Study Center and School of Medicine, di New Haven, Connecticut, Dr Kyle Pruett, “Ketika si comel bermain, cuba untuk meluangkan masa untuk melihat mereka bermain. Kemudian tanyakan sama ada anda boleh turut sama bermain.”
Peluang untuk anda menyertainya bermain akan ada jika anda duduk di lantai bersamanya dan mengikuti arahannya ketika bermain. Jadi mungkin anda boleh mencubanya.
Kerjasama
Ketika sedang melakukan tugasan rumah seperti menyapu sampah atau menyiram pokok, cuba untuk mengajak si kecil melakukan bersama anda.
Masa bersama
Wujudkan satu tempoh waktu secara berkala untuk melakukan satu aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. It does not need to be fancy. Sekadar meluangkan masa membaca buku cerita pun sudah mencukupi.
Terus menyayanginya
Jika masih tidak berjaya memenangi hati si manja, bersabarlah. Ia bukanlah kayu ukuran yang boleh menilai rasa sayangnya kepada anda. Keadaan ini biasanya hanyalah untuk sementara sahaja.
Walau apa pun, pastikan anda terus mengasihi dan menyayanginya. Hindari daripada melepaskan rasa tidak dihargai itu dengan memarahi si kecil, ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan mengalah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.