Pentingnya belaian kasih sayang dari seorang ibu terhadap anak dari awal usia sehingga ia dikatakan mampu memberi kesan positif pada perkembangan bahagian otak si kecil.
Satu kajian yang dilakukan mendapati, pendidikan awal yang diterima oleh anak sejak awal usianya boleh membantu si kecil untuk membangunkan bahagian otak (hippocampus). Ia adalah bahagian otak yang penting untuk proses pembelajaran, daya ingatan dan tindak balas tekanan
Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap anak tikus mendapati belaian dan kasih sayang yang diberikan seawal usia anak, memberi kesan positif terhadap pertumbuhan hippocampal, penghasilan sel otak dan keupayaan untuk berurusan dengan stres.
Kajian terhadap anak manusia pula menemui perkaitan di antara pengalaman awal sosial dan jumlah amygdala, yang membantu mengawal pemprosesan dan ingatan reaksi emosi.
Banyak kajian juga mendapati kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang biasanya akan mempunyai prestasi yang baik ketika bersekolah dan mempunyai emosi yang baik.
Imej otak mendedahkan kasih sayang ibu secara fizikal memberi kesan kepada jumlah isipadu hippocampus (bahagian otak) anak.
Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang mendapat bimbingan ibu mempunyai isipadu hippocampal 10 peratus lebih besar berbanding kanak-kanak yang ibunya kurang memberi bimbingan.
Kajian telah mencadangkan satu hubungan antara hippocampus yang besar dengan daya ingatan yang lebih baik.
“Kami sekarang berkeyakinan memberitahu yang persekitaran psikososial mempunyai kesan material dalam pembangunan otak manusia,” kata Dr. Joan Luby, ketua penyelidik dan Pakar Psikiatris di Washington University School of Medicine di St. Louis, Mo.
“Sememangnya fakta betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak memberi kesan positif terhadap perkembangan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi.”
Ads
Bagaimana Kasih Sayang Ibu Mengubah Otak Anak
Penyelidikan itu adalah sebahagian daripada projek berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak yang mempunyai kemurungan peringkat awal.
Luby dan para penyelidik mengukur sokongan keibuan yang anak – berusia antara 3 hingga 6 tahun dan mempunyai sama ada gejala kemurungan, gangguan psikiatri lain atau tiada masalah kesihatan mental – terima ketika itu yang dipanggil “waiting task.”
Penyelidik meletakkan ibu dan anak di dalam sebuah bilik bersama hadiah yang dibungkus menarik dan satu kaji selidik yang ibu perlu jawab. Kanak-kanak tidak dibenarkan membuka hadiah tersebut dalam tempoh lima minit – pada asasnya sehingga ibu mereka selesai menjawab soalan kaji selidik.
Ads
Sekumpulan pakar psikiatris, yang tidak tahu apa-apa tentang kesihatan kanak-kanak atau pembawaan ibu bapa, memberikan markah jumlah sokongan yang ibu berikan kepada anak masing-masing.
Seorang ibu yang betul-betul menolong akan memujuk si anak, menerangkan kepada anak yang mereka perlu menunggu beberapa minit untuk melihat hadiah tersebut dan dia faham situasi tersebut sangat mengecewakan anak.
“Tugasan itu menggambarkan situasi sebenar setiap hari,” beritahu Luby kepada LiveScience, bermakna ia memberikan gambaran kepada penyelidik berapa banyak sokongan yang diterima oleh anak di rumah.
Penyelidik Lihat Hasil Selepas 4 Tahun
Ads
Kini, selepas empat tahun berlalu, para penyelidik membuat imbasan MRI (magnetic resonance imaging) kepada 92 orang kanak-kanak yang melalui “waiting task” tersebut.
Dibandingkan antara kanak-kanak yang tiada kemurungan dengan sokongan keibuan yang tinggi, kanak-kanak tanpa kemurungan dengan sokongan keibuan yang rendah mempunyai 9.2 peratus jumlah hippocampal yang lebih kecil.
Sementara kanak-kanak yang kemurungan dengan sokongan keibuan yang tinggi dan rendah masing-masing mempunyai 6.0 dan 10.6 peratus jumlah hippocampal yang lebih kecil.
Walaupun 95 peratus ibu bapa dalam kajian itu adalah ibu kandung anak, penyelidik mengatakan bahawa kesan pendidikan di otak mungkin tetap sama untuk mana-mana penjaga utama kanak-kanak yang menerima rangsangan itu.
Luby dan pasukannya akan terus mengikuti perkembangan kanak-kanak tersebut sehingga mereka dewasa, dan bercadang untuk memerhatikan bagaimana bahagian otak lain turut terkesan oleh pendidikan ibu bapa semasa tahun pra sekolah mereka.
“Kini jelaslah, pendidikan awal yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bukan hanya baik untuk perkembangan anak, tetapi sebenarnya perubahan otak secara fizikal,” kata Luby.
Kajian ini telah diterbitkan secara online dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Sekejap je dah setahun anak kepada pelakon Adam Corrie iaitu Adam Fateh Lee. Rasa macam masih baru lagi Adam Corrie bergelar seorang bapa selepas dia tak berputus asa berusaha dan berdoa.
Mengimbau kembali detik kelahiran cahaya mata tersebut pada 11 Julai tahun lalu, pelakon yang sering membawa watak antagonis itu dan isterinya, Fazema Fuad menanti selama 10 tahun untuk menerima zuriat pertama mereka.
“Alhamdulillah. Kenangan setahun yang lalu.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ketika itu dapat dukung Fateh. Penantian selepas 10 tahun. Sabar itu indah,” tulisnya di laman Instagram.
Sebelum kehadiran Fateh dalam keluarga Adam Corrie dan isteri, dia juga pernah menitipkan doa dan harapan untuk Fateh menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.
Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.
“ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula,” kongsinya.
Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.
“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.
“Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.
“Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH,” zahirnya.
Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.
“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga,” katanya.
Bagi meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, pelakon berusia 50 tahun itu turut mengadakan majlis hari jadi yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.
Berikut antara koleksi gambar yang dikongsi di Instagram rasmi anaknya sepanjang berlangsung majlis tersebut.
Ramai ibu bapa merungut susahnya nak pastikan anak tidur awal pada waktu malam. Kadang tu dah lah tidur lewat, masa tengah malam bangun pula untuk bermain.
Tak dinafikan keadaan ini memang akan memenatkan ibu bapa yang bekerja tapi anda perlu tahu cara sebetulnya nak pastikan waktu tidur anak kembali normal seperti anak orang lain. Lagi kita stres, kemarahan itu lagi membuak-buak dan anak yang akan terkena tempiasnya.
Sebenarnya setiap bayi mempunyai pola tidur tersendiri dan biasanya berbeza dengan bayi yang lain.
Waktu tidur bayi dengan orang dewasa memang berbeza. Sebahagian besar, bayi yang baru dilahirkan akan menghabiskan waktunya untuk tidur.
Namun, dengan pertambahan usia, ia akan jadi semakin berkurangan. Bayi yang baru lahir sehingga tiga bulan, biasanya menghabiskan waktu lapan jam pada siang hari untuk tidur, dan pada malam hari antara 8-9 jam. Sungguhpun begitu, bayi bukan terus menerus akan tidur, sebaliknya akan bangun untuk minum susu dan sebagainya.
Masuk usia 6-12 bulan, rata-rata waktu tidurnya 5 jam pada siang hari dan 10-12 jam pada malam hari. Manakala usia 2 tahun, rata-rata waktu tidurnya bertukar menjadi 4 jam pada siang hari dan 10-12 jam pada malam hari, dan seterusnya membentuk pola tidur tertentu yang mana waktu tidur pada siang hari akan jadi semakih berkurangan.
Melatih Pola Tidur Bayi
Melatih bayi tidur sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, mungkin perlukan waktu berbulan-bulan untuk bayi tersebut menyesuaikan diri. Jangan terlalu memaksa bayi anda apabila dia nampak gelisah dan tidak boleh tidur.
1. Aturlah jadual tidur bayi anda pada waktu siang dan malam. Anda boleh melatih bayi sejak awal lagi agar dia faham bahawa malam hari adalah waktu tidur, dan pada siang hari adalah waktu bermain dan beraktiviti.
2. Pada siang hari, anda sebaiknya melakukan aktiviti menstimulasikan bayi. Ajak bayi anda bermain dan jangan biarkan ia tidur setelah menyusukannya.
3. Ajarkan bayi anda untuk tidur dengan sendirinya. Biarkan bayi anda tidur tanpa perlu menggendong atau mendodoikannya. Tujuannya agar bayi anda dapat tertidur kembali tanpa bantuan anda.
4. Ciptakan suasana tidur yang selesa, misalnya padamkan lampu yang terlalu terang dan tutup TV. Cara ini membuatkan bayi anda tahu bahawa itu merupakan salah satu signal dia perlu tidur.
5. Tidurkan bayi anda dalam keadaan terlentang, wajah dan kepala bebas daripada selimut dan benda-benda lain. Ia mampu mencegah terjadinya ‘Suddent Infant Death Syndrome’.
Tanda Bayi Anda Mengantuk
– Bayi mengosok-gosok matanya.
– Bayi mula menguap.
– Bayi mula menangis dan meragam.
– Bayi lebih banyak berdiam diri dan kurang aktif.
– Bayi tidak tertarik pada mainan dan orang di kelilingnya.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran orang baru dalam keluarga penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida beberapa hari lalu memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga setelah lama menanti bayi perempuan.
Bayi perempuan yang diberi nama Raudah Arshiyah yang bermaksud Taman Terbaik itu kini menjadi perhatian seluruh ahli keluarga.
Bagaimanapun, menurut Datin Seri Shahida memandangkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi masih lagi kecil dan dalam proses untuk menerima adik baru, kena banyak ambil hatinya dulu.
“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah!!
Hari pertama je dia nampak baby dia nak keracak(cakar)….sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham…..tapi jangan pegang baby lama-lama sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan.”
Sementara itu, menerusi laman Instagram Rozita Ibrahim, ibu Datuk Aliff Syukri berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima orang baru.
Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima pasangan popular itu.
“Slide tau “ sempat sy snap gambar baby senyum” mood Abah paling hapy dapat anak perempuan
“Kami sedih muka Yusuf jelez dan tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami.
Menerusi ruang komen, netizen memuji keindahan nama milik si comel.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.