
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.

Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER

Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Sumber: Facebook Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai, Ini Cara Ibu Ayah Jadi ‘Kebal’ Tak Payah Belikan

Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak-anak, mereka akan minta kita belikan snek atau jajan. Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu, tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter, banyak pilihan yang ‘memerangkap’ kita.
Anak-anak bila dah sampai ke kaunter mulalah minta itu ini. Sudahlah yang di kaunter semuanya harga mahal. Nak dihalang, anak mengamuk. Mahu tak mahu, terpaksalah benarkan anak beli.
Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi teknik untuk mengelak anak-anak membeli jajan di kaunter.

5 TIPS ELAK ANAK BELI JAJAN DI KAUNTER BAYARAN
===================================
Dalam satu strategi penjualan kedai-kedai adalah meletakkan “non-needed add-on items” di kaunter bayaran supaya akan ada pembelian tambahan sebelum “check out” oleh pembeli. Tak boleh nak salahkan mereka. Ini strategi penjualan. Ada dicadangkan dalam macam-macam buku strategi penjualan. Anda “terpaksa” beli, membuktikan keberkesanan strategi tersebut.
Jadi, macam mana nak elakkan anak anda dari berguling-guling kerana mahukan item yang di jual di kaunter jualan?

Saya senaraikan beberapa strategi yang boleh anda cuba.
Tapi, ingat!
Kalau inilah kali pertama anda nak gunakan strategi ini, ianya mungkin akan sedikit sukar.
Tapi…..
Alah bisa, tegal biasa.
Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Anak aku menangis, kau orang jangan kacau, toksah kesian tolong belikan, aku tengah disiplinkan anak ni!
(Peribahasa yang terakhir ini yang paling penting dalam strategi ini).
Jadi, ini strateginya. Mama ayah, good luck!!!
Artikel Lain: [Aktiviti Mudah, Murah Latih Anak Bersedia Menulis Seawal 2-3 Tahun. Confirm Anak Suka!]
1. SOCIAL STORY SEBELUM PERGI SHOPPING
Mulakan dengan cerita dari rumah. Semasa anda beraktiviti dengan anak di rumah. (Tak pernah beraktiviti dengan anak? Kamon……).
Anda boleh:
a. Lukis gambar anda sekeluarga pergi beli belah dan maklumkan anak anda yang dia hanya boleh beli 1 item sahaja. (atau).
b. Lukis cerita tentang keburukan makan jajan Yang ni perlu “strict” sikit. Mama ayah pun tak boleh jajan juga.
Setiap kali nak keluar shopping, ingatkan anak anda tentang social story yang dibincangkan.
Tak reti lukis gambar? Print. Tak jumpa gambar sesuai? Lukis orang lidi pun boleh, der… Cuba dulu.
2. MINTA ANAK TULIS SENARAI BARANG MAHU DIBELI
Jika anak anda sudah pandai tulis, minta anak anda tuliskan senarai barang untuk dibeli dan minta anak anda bantu anda tanda barang yang sudah dibeli.
Pastikan hanya beli item yang ditanda. JANGAN beli yang tidak ditanda jika anda mahu guna metod ini untuk disiplinkan anak anda dari membeli barangan lain semasa shopping.
Kalau anak belum pandai tulis, print gambar barang dan tampal pada kertas senarai barang. Ajak anak anda tampal.
Leceh? Oh, well… Saya dah suggest.
Artikel Lain: [Jangan Biar Anak Ralit Tengok Handphone Je, Itu Penyebab Dia Membesar Selalu Stres. Bahaya!]
3. BINCANG SEPANJANG PERJALANAN APA YANG BOLEH DIBELI SAHAJA.
Ingatkan anak anda berkali-kali apa yang boleh dibelinya. Dan FIRM.
Tak perlu tekankan apa yang tak boleh dibeli. Sebab anda hanya akan menambahkan ingatan anak anda pada apa yang tak boleh dibeli. Tapi, tekankan apa yang boleh dibeli berkali-kali.
4. KEBALKAN DIRI: TAHAN TANGIS
Dah bagi social story, dah minta anak tulis senarai barang, dah bincang-bincang dalam perjalanan, maka sampailah waktu anda perlu KEBAL.
Mengubah perilaku anak perlukan masa. Firm dengan keputusan anda. Anak akan tantrum kalau dia sudah dibiasakan dapat apa yang diinginkan.
Jangan mengalah mama ayah!!!
Anak anda PERLUKAN anda untuk teguh dengan keputusan anda mendisiplinkan mereka.
Tegas bukan pukul.
Tegas dengan keputusan.
Anak mengamuk guling-guling?
Tetap teguh! Jangan belikan.
Ayah bawa anak terus ke kereta atau ke tepi. Peluk dan cakap “sorry ye, tak boleh beli”.
Mama, boleh buat pembayaran.
Apa yang penting?
Kerjasama!

5. RAJIN-RAJIN LUANGKAN MASA DENGAN ANAK.
Anak yang rapat dengan ibu bapa akan lebih mudah mendengar cakap.
Sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Saya panggil Q-15 (Quality 15 minutes). Kalau susah nak dapat 15 minit, hmm…… Susahlah juga….
OK. Semoga berjaya
SHARE posting ini supaya rakan-rakan FB anda juga dapat baca ilmu penting ini. Semoga ada pahala untuk kita yang sama-sama berkongsi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapat Adik, Anak Sulung Terpaksa Mengalah. Benarkah Begitu? Kalau Ya, Ini Nasihat Pakar

Perasan tak anak sulung selalu jadi mangsa kemarahan ibu bapa bila adik menangis. Cepat je mulut menyalahkan mereka dan kadang kala bila adik nak sesuatu kita akan suruh yang sulung mengalah.
Adakah kita sebagai ibu bapa memahami hati dan perasaan anak sulung? Ini yang perlu difikirkan. Tak semestinya apa yang terjadi dalam kalangan adik beradik, ibu bapa kena salahkan yang sulung.
Ini kerana jika mereka tak lakukan kesilapan tapi kita berterusan memarahinya, menjejaskan emosi dan mungkin meninggalkan kesan negatif untuk proses pembesarannya.

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Pengasas Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar
Dapat adik, anak sulung terpaksa mengalah. Benarkah begitu? Secara umumnya, ya, tetapi tidak semua begitu.
Sebagai ibubapa, kita seharusnya pandai menilai situasi dan tidak terlalu cepat meminta anak sulung mengalah hanya kerana dia lebih tua. Selain dari cuba membentuk sifat bertanggungjawab dalam diri anak sulung, kita juga seharusnya membentuk sikap dan akhlak anak yang lain juga.
Jika anak sulung seringkali disuruh mengalah setiap kali berlakunya konflik antara anak-anak, kita sebenarnya tidak membantu untuk membentuk karakter anak yang lain. Kita harus mendidik anak-anak untuk menguruskan konflik dengan penyelesaian masalah (problem solving) dan bukannya lari dari masalah.
Banyak faktor yang membentuk keperibadian anak-anak. Susun atur kelahiran (birth order) adalah salah satu daripadanya. Anak sulung selalunya mendapat perhatian 100% daripada ibu bapa kerana mereka tidak perlu ‘berkongsi’ perhatian selagi mereka belum ada adik. Perhatian ini membantu perkembangan emosi dan membentuk keperibadian mereka juga.
Selain itu jarak usia antara adik beradik, jantina, layanan dan harapan ibu bapa, persekitaran dan harapan masyarakat juga membentuk keperibadian seorang anak.

Kajian yang dibuat oleh Fakulti Pendidikan UKM dan diterbitkan dalam World Applied Sciences Journal pada tahun 2011 mendapati bahawa kualiti dan corak komunikasi antara ibubapa dan anak, dan juga agihan tugasan dalam keluarga oleh ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada anak sulung, tengah ataupun bongsu.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Anak Cakap Cepat Sedangkan Komunikasi Awal Tak Di Rangsang. Ini Ramai Ibu Ayah Silap

Dalam menentukan kanak-kanak yang ada ‘delay’ dengan kanak-kanak yang tiada ‘delay’ adalah satu perkembangan yang sering kita terlepas pandang, iaitu KOMUNIKASI.
Menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya ramai di antara kita yang tak tahu nak membezakan di antara komunikasi dengan percakapan. Komunikasi datang dahulu sebelum seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap.
Seawal usia bayi lagi, kita semua dilahirkan dengan perkembangan komunikasi.

Bentuk komunikasi yang kanak-kanak perlu ada:
✏️Senyum pada suara atau panggilan sejak di usia 0-3 bulan.
✏️’Menjawab’ panggilan dengan ‘eye contact’ (hubungan mata) di usia 3-5 bulan apabila kita sering bercakap dengan bayi.
***sebab tu pentiiiiiinnggggg sangat utk kita bercakap dengan bayi walaupun mereka tak faham satu apa pun yg kita cakapkan****
✏️Kalau kita rajin bercakap dengan bayi,seawal usia 6 bulan… bayi dah boleh respon pada namanya sendiri apabila dipanggil.
✏️Sangat ‘crucial’ pada usia 6-9 bulan ni, bayi kena senyum dan ketawa berdekek apabila diagah/dibuat baa chak! Apabila kita sergah pun dia suka. Apabila kita marah,ada yg buat muka nak nangis/merajuk——>>>respon bayi mula dilihat pada usia 6-9 bulan ni.
AMBIL KISAH AKAN PERKEMBANGAN UTAMA INI!
✏️Di usia 8-9 bulan onwards,bayi kena pandai buat ‘social observation skill’. ‘Social observation skill’ ni adalah kemahiran melihat dan cuba-cuba meniru apa yang dilihat oleh seorang bayi dalam persekitarannya. Waktu ini, lagi sekali sangatlah ‘CRUCIAL’ nak develop kemahiran meniru pergerakan sosial seperti ‘bye-bye’, ‘high 5’, tepuk tangan, salam,’ flying kiss’, bertepuk bertampar sesama adik beradik,menjerit dan sebagainya…
✏️Yang mana,masuk je usia 10 bulan, bayi dah boleh buat kemahiran ni dengan pandangan mata (‘eye contact’) yang bagus, dengan pergerakan fizikal yang dia ada pada ketika itu dan seterusnya dilakukan secara spontan dalam kehidupannya—-> inilah bukti seorang bayi itu bijak!

Komunikasi datang dalam bentuk non verbal dan verbal. Non verbal ni macam ‘gesture’, pandangan mata (‘eye contact’), mimik muka sebelum boleh verbal (bercakap).
Saya BUKAN SEORANG SPEECH THERAPIST, jadi saya tidak akan bercakap berkenaan proses bertutur dan bercakap.
Namun sebagai seorang OCCUPATIONAL THERAPIST,kemahiran komunikasi non verbal ini harus saya utamakan dulu.
Sebab by the time anak dah masuk usia 12 bulan,seorang kanak-kanak itu sudah pastinya kena faham arahan ringkas dan membuat arahan ringkas tersebut mengikut kapasiti pergerakan yang dia ada pada masa itu. Contohnya apabila kita minta sesuatu,kita cakap ‘baaaakk’ dia pun akan bagi atau acah-acah bagi atau memang tak nak bagi. Nampak tak bayi ada komunikasi sosial di sini?
Inilah yang nak menentukan tingkah laku seorang kanak-kanak di masa akan datang. Kalau kemahiran komunikasi ni tak diasah sejak kecil lagi,mcm mana seorang anak tu bila dia hendakkan sesuatu,jika dia belum boleh berkata ‘nak’, dia akan tunjukkan dalam tingkah laku mengamuk. Ada juga kanak-kanak yang tak pernah diajar utk berkomunikasi secara non verbal ni…. egonya tinggi memanjang. Pun ada…. dan tingkah laku ego ni boleh bermula di usia setahun 6 bulan pun.
Sebab tu saya tak pernah ‘impress’ pada kanak-kanak yang di usia 2 tahun dah boleh membaca (tak kesah la baca huruf rumi atau mengaji al quran pun)…. sebab yang saya sering tekankan adalah no point juga jadi ‘budak celik huruf’ tapi komunikasi dan tingkah laku ‘out’ daripada perkembangan.

Biarlah anak tu kenal segala nenek moyang dinasour sekalipun… tapi kalau bentuk asas komunikasi ni tak diberikan perhatian,last-last saya kena rawat tingkah lakunya yang susah nak ikut arahan yang diberi..sering ego dengan pendapat sendiri…. sering mahu apa yang dia nak sahaja,tak boleh tolerate dengan ‘sharing’ (berkongsi) atau barang dipinjam oleh orang lain…. agak susah saya nak katakan anak anda bijak.
Bukan senang nak memberi kesedaran terhadap perkara ini kepada orang ramai. Komunikasi yg berkesan yang kita ajarkan pada anak-anak membentuk akhlak yang mulia dan tingkah laku yang seimbang walaupun di usia kecil lagi. Tak mengapa kalau anak menangis dan tantrum. Itu biasa. Tapi yang membezakan ada ‘delay’ dengan tak ada ‘delay’ adalah bergantung kepada bagaimana anak tu ‘makan pujukan’ dan boleh bertoleransi dengan kepelbagaian situasi yang ada di persekitarannya. Itu kena bentuk dari awal.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


