Anak yang diajar urus diri sejak usia 3 tahun, lebih cepat perkembangannya dan cerdik. Berdikari perlu diajarkan seawal mungkin pada anak. Walaupun ramai ibu bapa lambat mengajar anak untuk berdikari atas beberapa sebab seperti kesibukan bekerja atau anak belum mampu untuk membuat semuanya ia bukanlah penghalang.
Perlu diketahui anak mempunyai pemahaman dan daya fikiran yang berbeza mengikut usia. Anak anda berusia 3 tahun? Sudah tiba masanya diajar berdikari.
Sikap bertanggungjawab perlu diajar untuk melepaskan kebergantungan anak kepada ibu bapa sekaligus bekal di kemudian hari. Apa sebenarnya yang perlu diajar?
Berpakaian Sendiri
Sejak kecil ibu bapa perlu melatih anak mengenakan pakaian sendiri. Tapi anak biasanya mahu memakai pakaiannya sendiri pada usia 3 tahun.
Anak usia 3 tahun seharusnya sudah boleh mengenakan pakaiannya sendiri seperti memakai seluar atau kasut.
Ajarkan anak anda berpakaian sendiri dengan memilih pakaian yang mudah dikenakan terlebih dahulu. Mungkin permulaan ia agak sukar untuk anak. Bantu dia dengan penuh kesabaran. Berpakaian adalah kemahiran yang penting dan akan dibawa hingga si anak besar.
Makan Sendiri
Jika anak anda minta makan sendiri, itu tandanya dia sudah bersedia. Kebanyakan anak usia 3 tahun sudah boleh makan dengan sudu atau garpu dan minum dari gelas biasa.
Ads
Jika anak anda pemilih, letak makanan dalam bekas khas dan biar dia pilih dan mengambil sendiri. Buatlah campuran makanan seperti buah dan sayur atau makanan yang menyihatkan. Beri peluang anak buat sendiri dan pasti anak akan seronok menikmati makanan yang dibuat sendiri.
3. Berteman
Anak usia 3 tahun biasanya sudah mahu berteman. Tapi ia tetap memerlukan bantuan ibu bapanya.
Buatlah jadual bermain dalam kumpulan kecil di rumah. Anak usia 3 tahun biasanya ingin bermain dengan ramai orang berbanding bermain sendiri kerana pada waktu ini mereka sudah mahu berkawan.
Ads
Jika anak bergaul secara tak langsung mereka sedang membina hubungan sosial. Bermain mengajar mereka nilai positif seperti empati dan berkongsi.
Anak usia 3 tahun biasanya tidak suka berkongsi. Tapi mereka sudah boleh merasakan apa yang orang lain rasakan. Jika mempunyai mainan atau makanan minta anak anda berkongsi dengan orang lain. Cara ini dapat melatih anak untuk tidak mementingkan diri sendiri.
Belajar Bahasa
Anak usia 3 tahun akan mula bercakap dan bertanya soalan. Sekurang-kurangnya si kecil sudah menguasai 300 perkataan dan sudah boleh bercakap dalam satu ayat.
Malah pada waktu ini apa yang ibu bapa cakap anak akan mudah ingat dan ikut. Ini kerana otak mereka sedang berkembang. Baik yang kita cakap akan baiklah perkataan yang akan keluar dari mulut anak. Jadi pada waktu ini jagalah setiap tutur kata kerana kemampuan bahasanya sedang berkembang.
Ads
Cara terbaik untuk mengembangkan kemampuan bahasa juga ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi. Contohnya jika anak sedang makan boleh tanya bagaimana rasa makanan tersebut dan biar anak bercerita. Dengan cara itu si anak akan belajar banyak perbendaharaan kata baru.
Pembersihan Rumah
Anak-anak ternyata suka membantu kerja rumah. Anak usia 3 tahun dah boleh memahami arahan mudah seperti buang sampah dalam tong sampah, baju kotor letak dalam bakul atau kemas mainan masuk dalam bekas.
Berikan si kecil tanggungjawab mengemas bilik mainannya dengan pengawasan anda. Jangan terlalu memberi tugasan yang rumit kerana boleh membuatkan anak rasa tidak seronok dan tertekan.
Mengurus Jadual Tidur
Memasuki usia 3 tahun, kebiasaan jadual tidur si anak berubah dari dua kali kepada satu kali tidur dalam sehari Itu tidak menjadi masalah. Anak-anak masih memerlukan tidur siang sampai usia 5 tahun.
Bersiaplah menetapkan jadual tidur anak anda yang baru. Daripada hanya fokus memperhatikan jam, biarkan sahaja si kecil tidur sendiri ketika ia keletihan. Tapi jangan sampai jadual tidurnya bertindih dengan jadual mandi atau makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda berdepan dengan situasi anak yang ‘liat’ untuk menyiapkan kerja rumah? Atau mungkin apabila anda minta anak buat ulang kaji, mereka sering mencipta alasan untuk mengelak? Jika anak-anak ada masalah begitu, mungkin kerana mereka merasakan belajar itu susah. Jangan terus marahkan anak-anak, apa kata anda tanyakan dahulu kenapa mereka tidak mahu belajar.
Mungkin soalan yang perlu dijawab terlalu susah menyebabkan mereka hilang minat untuk menyelesaikannya. Tambahan pula, mereka tidak tahu kaedah yang mudah untuk menjawab soalan itu. Anak-anak juga mungkin berasa takut akan dimarahi jika jawapan yang diberikan salah. Cara paling mudah untuk meningkatkan keyakinan anak-anak untuk belajar adalah dengan melatih mereka untuk mahir dalam pembelajaran kendiri.
Kemahiran pembelajaran kendiri memberi ruang kepada anak-anak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih kreatif dan mengikut kemampuan mereka. Dengan cara ini, mereka tidak akan merasa terbeban dan lebih bersemangat untuk belajar. Apa kata anda daftarkan anak mengikuti program perkembangan minda di KUMON sempena KUMON YEAR-END SPECIAL 2019?
Ketahuilah, dengan merangsang minda kreatif anak-anak ketika proses pembelajaran, mereka akan menjadi lebih semangat dan teruja untuk belajar. Di KUMON, mereka membantu pelajar berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan tugasan yang susah.
Apa yang menariknya dengan proses pembelajaran begini? Anak-anak dapat menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan kemampuannya sendiri. Program ini melatih para pelajar mencari solusi untuk sesuatu masalah secara berdikari dan memupuk kebolehan berfikir secara kritis seterusnya tidak mudah berputus asa pada masa hadapan. Tidak mahu terburu-buru, program pembelajaran di KUMON dibuat langkah demi langkah mengikut tahap anak.
Untuk memantapkan skil anak-anak, mereka akan diberi tugasan untuk menyelesaikan kertas kerja yang diberi. Kertas kerja ini direka khas untuk melihat kemampuan anak dan sebaik sahaja mereka dapat menguasainya, tahap kesukaran akan ditambah mengikut perkembangan mereka. Selain mewujudkan rasa semangat untuk belajar, KUMON melatih anak-anak untuk lebih berdisiplin dengan menyiapkan kertas kerja setiap hari dan menjadikannya sebagai rutin mereka.
KUMON tidak mahu anak-anak merasa rendah diri atau bosan kerana gagal menyelesaikan masalah, tetapi menggalakkan mereka untuk menjawab setiap persoalan mengikut cara tersendiri. Tidak perlu mengikut cara orang lain, tetapi mampu mendapat jawapan betul yang sama. Dengan kaedah ini, anak-anak berpotensi untuk meningkat maju.
BERITA BAIK!
Ciptalah masa depan anak-anak anda bersama KUMON! Untuk menyertainya, anda boleh mendaftar sebelum 7 November 2019. Menariknya, anak-anak berpeluang untuk menyertai kelas tambahan ini selama 1.5 bulan dengan yuran sebulan sahaja.
Lebih menarik kerana anda akan menerima beg istimewa dari KUMON. Ayuh, mantapkan pengetahuan Matematik dan Bahasa Inggeris anak anda bersama KUMON!
Jarang sekali ibu ayah menekankan tanggungjawab anak lelaki bantu kerja di rumah apatah lagi di dapur.
Biasanya anak lelaki akan dibiarkan duduk sahaja di rumah tanpa perlu menolong buat kerja rumah. Tanpa sedar kita sebenarnya tersilap mendidik anak lelaki.
Sepatutnya anak lelaki perlu diajar cekap membuat kerja rumah kerana bila sudah bergelar suami barulah mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Cara yang dilakukan oleh Penulis buku yang juga seorang Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakariadalam mendidik anak lelakinya cekap di dapur dan membuat kerja-kerja rumah wajar dicontohi.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Yang sudah ada anak dara mungkin tugasan menjadi ringan dengan bantuan mereka, namun biasanya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur.
Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.
Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Ilmu keibubapaan perlu dipelajari. Kemahiran keibubapaan dan gaya asuhan yang tepat dilihat mampu memberi penyelesaian secara menyeluruh khususnya dalam mendidik anak-anak dengan sempurna.
Ibu bapa juga perlu sabar dalam proses mendidik anak dan mengakui bahawa setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak juga perlu dididik dalam suasana penuh kemesraanbagi membolehkan mereka berkelakuan intelektual seiring dengan umur dan sosial mereka.
Ibu Bapa Tanpa Sedar
Bagaimanapun kadang-kadang tanpa sedar kita tidak adil dengan anak-anak. Berikut antara situasi yang sering ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak-anak rasa tersisih dan berkecil hati.
Tidak Berlaku Adil Dengan Anak-anak
1. Tidak adil dengan pandangan mata kita
Selalu beri perhatian pada anak yang baik sahaja, yang rajin, yang tak lasak. Sedangkan anak-anak lain pun mahu perhatian juga.
2. Tidak adil dengan pelukan kita
Jangan hanya peluk anak yang tertentu sahaja, semua anak mendambakan pelukan ibu ayahnya.
3. Tidak adil dengan ciuman kita
Ciuman ini tanda kasih sayang, tanda cinta. Jika hanya melihat adik beradiknya dicium tapi tidak dia. Tentu rasa sebak.
4. Tidak adil dengan panggilan kita
Kalau nak panggil anak panggil la semua anak dengan panggilan mesra. Jangan seorang intan payung, seorang lagi eh kau aku.
5. Tidak adil dengan mimik muka kita
Pandang anak dengan senyuman memberi anak rasa teruja dan gembira. Pandanglah semua anak-anak dengan senyuman ya.
6. Tidak adil dengan kata-kata kita
Tidak kira anak kecil atau besar tetaplah adil pada kata-kata kita. Lebih lebih lagi pada anak yang dah besar, sudah cerdik sebab mereka lebih faham maksud kata-kata kita berbanding yang kecil.
Peranan ibu bapa ternyata amat penting, namun perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu asas bagi mengelakkan kegagalan memahami keperluan anak-anak.