Anak yang diajar urus diri sejak usia 3 tahun, lebih cepat perkembangannya dan cerdik. Berdikari perlu diajarkan seawal mungkin pada anak. Walaupun ramai ibu bapa lambat mengajar anak untuk berdikari atas beberapa sebab  seperti kesibukan bekerja atau anak belum mampu untuk membuat semuanya ia bukanlah penghalang.

Perlu diketahui anak mempunyai pemahaman dan daya fikiran yang berbeza mengikut usia. Anak anda berusia 3 tahun? Sudah tiba masanya diajar berdikari.

Sikap bertanggungjawab perlu diajar untuk melepaskan kebergantungan anak kepada ibu bapa sekaligus bekal di kemudian hari. Apa sebenarnya yang perlu diajar?

  1. Berpakaian Sendiri

Sejak kecil ibu bapa perlu melatih anak mengenakan pakaian sendiri. Tapi anak biasanya mahu memakai pakaiannya sendiri pada usia 3 tahun.

Anak usia 3 tahun seharusnya sudah boleh mengenakan pakaiannya sendiri seperti memakai seluar atau kasut.

Ajarkan anak anda berpakaian sendiri dengan memilih pakaian yang mudah dikenakan terlebih dahulu. Mungkin permulaan ia agak sukar untuk anak.  Bantu dia dengan penuh kesabaran. Berpakaian adalah kemahiran yang penting dan akan dibawa hingga si anak besar.

  1. Makan Sendiri

Jika anak anda minta makan sendiri, itu tandanya dia sudah bersedia. Kebanyakan anak usia 3 tahun sudah boleh makan dengan sudu atau garpu dan minum dari gelas biasa.

IKLAN

Jika anak anda pemilih, letak makanan dalam bekas khas dan biar dia pilih dan mengambil sendiri. Buatlah campuran makanan seperti buah dan sayur atau makanan yang menyihatkan. Beri peluang anak buat sendiri dan pasti anak akan seronok menikmati makanan yang dibuat sendiri.

Anak Yang Di Ajar Urus Diri Sejak Usia 3 Tahun, Perkembangannya Lebih Cepat Dan Cerdik

3. Berteman

Anak usia 3 tahun biasanya sudah mahu berteman. Tapi ia tetap memerlukan bantuan ibu bapanya.

Buatlah jadual bermain dalam kumpulan kecil di rumah. Anak usia 3 tahun biasanya ingin bermain dengan ramai orang berbanding bermain sendiri kerana pada waktu ini mereka sudah mahu berkawan.

IKLAN

Jika anak bergaul secara tak langsung mereka sedang membina hubungan sosial. Bermain mengajar mereka nilai positif seperti empati dan berkongsi.

Anak usia 3 tahun biasanya tidak suka berkongsi. Tapi mereka sudah boleh merasakan apa yang orang lain rasakan. Jika mempunyai mainan atau makanan  minta anak anda berkongsi dengan orang lain. Cara ini dapat melatih anak untuk tidak mementingkan diri sendiri.

  1. Belajar Bahasa

Anak usia 3 tahun akan mula bercakap dan bertanya soalan. Sekurang-kurangnya si kecil sudah menguasai 300 perkataan dan sudah boleh bercakap dalam satu ayat.

Malah pada waktu ini apa yang ibu bapa cakap anak akan mudah ingat dan ikut. Ini kerana otak mereka sedang berkembang. Baik yang kita cakap akan baiklah perkataan yang akan keluar dari mulut anak. Jadi pada waktu ini jagalah setiap tutur kata kerana kemampuan bahasanya sedang berkembang.

IKLAN

Cara terbaik untuk mengembangkan kemampuan bahasa juga ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi. Contohnya jika anak sedang makan boleh tanya bagaimana rasa makanan tersebut dan biar anak bercerita. Dengan cara itu si anak akan belajar banyak perbendaharaan kata baru.

Anak Yang Di Ajar Urus Diri Sejak Usia 3 Tahun, Perkembangannya Lebih Cepat Dan Cerdik

  1. Pembersihan Rumah

Anak-anak ternyata suka membantu kerja rumah. Anak usia 3 tahun dah boleh memahami arahan mudah seperti buang sampah dalam tong sampah, baju kotor letak dalam bakul atau kemas mainan masuk dalam bekas.

Berikan si kecil tanggungjawab mengemas bilik mainannya dengan pengawasan anda. Jangan terlalu memberi tugasan yang rumit kerana boleh membuatkan anak rasa tidak seronok dan tertekan.

  1. Mengurus Jadual Tidur

Memasuki usia 3 tahun, kebiasaan jadual  tidur si anak berubah dari dua kali kepada satu kali tidur dalam sehari Itu tidak menjadi masalah. Anak-anak masih memerlukan tidur siang sampai usia 5 tahun.

Bersiaplah menetapkan jadual tidur anak anda yang baru. Daripada hanya fokus memperhatikan jam, biarkan sahaja si kecil tidur sendiri ketika ia keletihan. Tapi jangan sampai jadual tidurnya bertindih dengan jadual mandi atau makan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI