Anak yang hari-hari kena marah, boleh jadi degil bila dah besar? Macam tak percayakan.

Tapi salah ke marah anak? Tak. Tak salah.

Bahkan, kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan-keadaan TERTENTU. Kemarahan juga adalah penyelamat.

Cuma, marah jangan sebarang marah. Marah pun, perlu BERSTRATEGI, BERILMU sebenarnya. Marah yang melulu, akan membuatkan anak kita jadi ‘immune’ dengan perasaan marah kita.

Immune ni, maksudnya, dia sudah TAK HAIRAN LAGI bila kita marah. Dia tak peduli. Tak kecil hati. Tak kisah. Seolah-olah, marah kita ini tak wujud. Marahlah macam mana sekalipun, anak-anak yang sudah immune dengan marah kita, TAKKAN terkesan lagi dengan marah kita, walau nyata mereka bersalah dan sepatutnya berasa serba salah.

Anak-anak ‘immune’ bila kita marah mereka; petanda bahawa MEREKA SUDAH TERLALU BANYAK melihat kita DALAM KEADAAN MARAH! Sehingga, mereka menganggap, itu adalah natural state kita – iaitu dalam kemarahan.

Jadi, apa yang nak dihairankan bila ibu ayah marah lagi? Bukankah ibu ayah memang begitu? Tiada yang pelik, tiada yang menghairankan.

Dan, kerana inilah, apabila kita memarahi anak-anak, ianya tidak lagi meninggalkan sebarang kesan ke dalam diri mereka. Mereka buat ‘dek’ lagi ada lah.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila anak-anak mula ‘immune’ dengan perasaan marah kita terhadap mereka ini ialah, tendency untuk mereka ‘immune’ dengan kita dalam SEGALA hal itu sangat tinggi!

Anak Yang Hari-Hari Kena Marah, Bila Besar Boleh Jadi Degil. Hati-Hati Mak Ayah!

 

Mak marah? Saya tak kisah. Mak sedih? Saya tak kisah. Mak mengamuk? Saya tak kisah. Mak membebel? Saya tak kisah. Mak tak redha dengan hidup saya? Saya tak kisah. Mak nak rasa apa pun, saya tak kisah!

Tak Hiraukan Perasaan Orang

Dan di saat anak-anak tidak lagi MENGHIRAUKAN apa perasaan orang yang paling mengambil berat dan menyayangi dia dalam hidup ini (kita), anak-anak pun mula develop sikap keras kepala dan segalanya di sekitar dunia anak-anak ini akan evolve tentang dirinya dan perasaannya SEMATA-MATA.

Lebih malang lagi, anak-anak yang tak kisahkan perasaan kita, tak kisah lagi untuk mengambil hati kita, tak kisah lagi nak impress kita dengan sikap baiknya dan pencapaian cemerlangnya – ADALAH LEBIH MUDAH CENDERUNG untuk mengikut telunjuk rakan sebaya.

Tak cukup dengan itu, bila kita ini selalu tunjuk sikap marah di hadapan anak, anak akan menjadi lebih DEFENSIF. Sebab?

Selain dia immune dengan marah kita padanya, dia juga sudah hilang hormat dan ‘puja puji’ mereka terhadap kita. Apa tanda awal, anak-anak sudah hilang hormat dan puja-puji mereka terhadap kita, selain dari sebab yang saya nyatakan di atas?

Tandanya, bila semakin dimarah, mereka semakin berani ‘mempertahankan diri’ secara negatifnya. Masalah ini, selalunya kita perasan bila anak-anak sudah di usia remaja, walhal dari mereka kecil, tanda awalnya sudah ‘boleh dibaca.’

Anak Yang Hari-Hari Kena Marah, Bila Besar Boleh Jadi Degil. Hati-Hati Mak Ayah!

Bayangkan situasi si Ibu memarahi anak ini.

“Kakak, ibu dah pesan jangan pukul kawan kan? Kenapa kakak degil sangat asyik pukul kawan di sekolah ni!! Berapa kali dah Ibu pesan jangan pukul kawan??!!”

“Alah, kakak bukan sengaja pukul. Dia yang ambil barang kakak, kakak pukullah! Siapa suruh kacau kakak!” Dan dia pun menjawab dalam nada bersahaja, sambil asyik menyikat-nyikat rambut kuning anak patung di tangannya tanpa dia sedikit pun memandang kepada kita.

Ini petanda awal, anak-anak sudah mula ‘develop’ insensitivity’ terhadap kita, dan tanda dia sudah pandai bersikap defensif.

Jika anak yang masih sensitif dengan ibu bapa, akan BERHENTI dari melakukan apa yang dia sedang lakukan, akan tunduk ke bawah, merasa sedih dimarahi, menangis, terdiam, merajuk atau sebagainya. ‘Marah’ kita masih ada bisanya.

IKLAN

Tapi, dalam situasi di atas, anak itu kelihatan ‘sangat tenang bersahaja,’ itu MIMPI NGERI!

Ibubapa yang PERNAH MELIHAT anak mereka berkelakuan sebegitu apabila dimarahi dalam ISU SERIUS DI MANA DIA TAHU DIA SEBENARNYA SALAH, sila ambil perhatian berat isu ini.

Untuk ibu bapa yang mula sedar perkara ini, ada satu ‘homework’ anda perlu buat.

Iaitu PERHATIKAN dan ANALISA, berapa kerap anda tunjukkan EMOSI negatif anda kepada mereka dalam seharian selama ini? Tak kisah, marah di dalam kereta, marah dalam telefon sesama rakan sekerja, marah kepada pasangan kerana masalah rumahtangga, apatah lagi marah yang secara terus menerus dituju ke batang hidung mereka.

Sikap anak yang immune sebegini bukan kerana mereka ini anak-anak yang memang tak sensitif dan jahat. TIDAK.

Sikap mereka sebegini adalah RESULT daripada apa yang mereka LIHAT BAGAIMANA KITA sebagai ibu bapa MENGENDALI EMOSI KITA.

Teknik ‘Bertukar’

Untuk PETUA PRAKTIKAL yang ingin saya bagi untuk mereka yang terperangkap dalam situasi ini, iaitu situasi ANAK IMMUNE APABILA DIMARAHI; kata kuncinya ialah TEKNIK BERTUKAR.

IKLAN

Sekarang ini, daripada selalu tunjuk marah, anda perlu BANYAKKAN TUNJUK EMOSI yang sebaliknya. Perhatikan cara yang saya ingin terangkan ini dengan TELITI seperti di bawah:

Bila anak bergaduh, MARAH bukanlah satu-satunya perasaan yang kita rasa terhadap mereka. Sebenarnya, ada perasaan risau, sedih, berharap, kesal, simpati dan berbagai perasaan lain. Cuma silap kita, yang selalu kita guna dan tunjuk ialah perasaan MARAH SEMATA.

Contoh,

“Kakak, Ibu dengar kakak bergaduh dengan kawan di sekolah. Kakak pukul kawan, is it true?” Dengarkan jawapan anak. TUNJUK PERASAAN AMBIL BERAT. Ingat, KAWAL MARAH ANDA. Jangan tunjuk. Kan dah banyak sangat tunjuk selama ni?

“Kakak, Ibu sedih ada orang kacau kakak di sekolah. Mesti kakak pun sedih, kan?” Masa ni, anak anda akan tone down. Dia tak nampak anda sebagai tukang bebel atau PENGANCAM dia. Dia nampak anda sebagai COMFORTER dia. Dan, anak-anak ini takkan develop SIKAP DEFENSIF depan orang yang MEMAHAMI dia. Tapi, dia akan develop sikap MUDAH DIDEKATI dan mudah diajak berkomunikasi.

“Kakak, bila kakak bergaduh dengan kawan, Ibu risau. Macam mana kalau apa-apa jadi pada Kakak? Nanti kalau dia pukul kakak semula, kakak luka, darah, masuk hospital? Macam mana? Ibu risau pasal kakak..” Agak-agak, di tahap ini, apa perasaan anak anda bila tahu Ibu RISAUKAN dia, instead of ibu MARAHKAN dia?

“Kakak, ibu sayangkan kakak. Sebab itu Ibu pesan kakak jangan bergaduh dengan kawan. Nanti kalau jadi apa-apa pada kakak, Ibu yang rasa sakit. Ibu nak kakak jadi anak baik dan semua orang sayang kakak. Ibu taknak kakak jadi anak yang suka bergaduh, nanti semua orang benci.”

Anak Yang Hari-Hari Kena Marah, Bila Besar Boleh Jadi Degil. Hati-Hati Mak Ayah!

Tunjuk anda ambil berat. Tika ini, sampaikan nasihat anda, dan percayalah, kalau ‘anak-anak’ menjawab sekalipun, dia akan menjawab kerana MELUAHKAN perasaan, bukan kerana dia TAK HORMAT anda atau IMMUNE dengan perasaan anda. Tetapi, dia akan berkomunikasi dengan baik dengan anda, percayalah.

Jadi, nampak bagaimana tipsnya untuk kendali situasi apabila anak-anak sudah immune dan tidak peduli lagi bila dimarahi? Kata kuncinya, BERTUKAR!

Sumber: Sharifah Zahidah

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI