Betul ke tabiat anak yang suka menjerit bila nak apa-apa sebab mak ayah selalu tinggikan suara? Menurut pakar terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anak-anak kecil suka menjerit. Mungkin ini disebabkan oleh anak anda rasa ia sesuatu yang menyeronokkan kerana anda tak pernah nak larang pada awalnya.

Lagi satu mungkin dia mahu mendominasi ibu bapa. Maksudnya dia menganggap jeritan itu boleh menarik perhatian ibu bapa untuk nak dapatkan sesuatu. Mungkin sebelum ini dia pernah mendengar ibu bapanya menjerit pada adik-beradik yang lain apabila memberi arahan.

Lagi satu mungkin juga apabila anak mahu sesuatu dari kita dan meminta dengan cara elok tetapi ibu bapa sendiri leka dengan telefon bimbit atau menonton televisyen, anak dah jadi rasa bosan maka jeritan adalah cara yang paling berkesan. Mereka menganggap cara menjerit akan lebih cepat berkesan.

Adakah kita mahu anak beranggapan seperti ini sehingga mereka tidak boleh mengawal perasaan apabila berada di khalayak ramai? Tentu jawapannya tidak.

Tip Tangani Anak Suka Menjerit

1) Elak menjerit semula pada anak

IKLAN

Dengan menjerit kembali kepada anak anda tidak akan meredakan keadaan. Ia hanya akan menambahkan masalah kerana apabila si ibu atau ayah menjerit semula, ia akan memberi gambaran bahawa tiada apa yang salah apabila menjerit.

2) Perlahankan suara anda

Apabila anda bercakap dengan nada suara yang perlahan, anak pun akan memperlahankan butir bicaranya apabila mahu berkomunikasi dengan ibu bapa. Kita adalah contoh kepada anak-anak.

Beritahu bahawa jeritan membuatkan anda sakit kepala dan anda boleh mendengar suaranya walaupun dia bercakap tanpa menjerit.

IKLAN

Anak Yang Suka Menjerit Bila Nak Apa-Apa Sebab Ibu Ayah Selalu Tinggikan Suara

3) Cari tempat mesra keluarga

Anak menjerit di kawasan yang ramai orang atau di majlis rasmi  boleh menyebabkan anda malu. Bawalah si manja ke tempat yang bising dan mesra keluarga untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain.

4) Buat perancangan ikut keselesaan anak

IKLAN

Ikut keperluan pemakanan dan tidur si manja jika anda merancang untuk ke pusat membeli-belah. Kanak-kanak yang kelaparan atau keletihan tidak akan bertahan selama dua jam di pusat membeli-belah.

5) Alihkan perhatian

Jadilah ibu bapa yang kreatif. Alihkan perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah. Antaranya, ajak dan biarkan anak anda untuk bermain di kawasan taman permainan atau buat aktiviti yang menyeronokkan supaya dia tidak mudah bosan.

6) Fahami perasaan anak

Kadangkala, si manja hanya mahu anda fahami perasaan mereka. Selami apa yang dirasanya pada ketika itu. Terangkan yang anda boleh penuhi kemahuannya setelah anda selesai dengan tugas anda. Berikan pujian dan ganjaran di atas kelakuan baiknya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI