Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Ads
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Ads
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Ads
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
Takkan dapatnya sagu, kalau tak dipecahkan ruyung! Mana dapatnya anak cerdik dan bijak kalau tak tahan lelah dan penat sekarang.
Sabarlah Ibu Ibu semua..sesungguhnya anak kita sedang berkembang dan membesar
Ramai ibu mengaku boleh jadi huru-hara uruskan anak-anak kecil apatah lagi kalau kesemuanya adalah anak lelaki yang sedang melasak.
Itu memang perkara biasa yang dilalui oleh kebanyakan ibu yang mempunyai ramai anak yang jarak usia antara mereka tak jauh beza.
Mungkin ramai antara ibu yang anaknya tak ramai atau jarak usia jauh merasa hairan bagaimana ibu-ibu ini dapat mengharungi kehidupan mereka seharian.
Perkara ini juga difikirkan oleh seorang wanita, Puan Basyirah Ahmad yang merasa kagum dengan adiknya yang bekerja dan mempunyai tiga orang anak lelaki yang masih kecil.
Walaupun demikian, adiknya masih mampu menguruskan rumah tangga dan anak-anaknya dengan teratur tanpa huru-hara. Beliau berkongsi tip yang sangat berguna untuk diamalkan oleh ibu-ibu lain.
BEKERJA. RUMAH TERJAGA. ANAK DENGAR KATA.
APA RAHSIA DIA?
Saya memang sangat adhore dengan adik saya yang sorang ni.
Pasangan muda. Dua dua bekerja. Orang kita, suka cari rumah jauh jauh dari tempat keja. Dia pun sama.
Maksudnya tipikal family macam kita. Balik kerja penat. Kemudian kena kelam kabut tangan macam sotong uruskan rumahtangga.
Tapi saya sangat terkesan dengan anak anaknya. Jarak umur anak anaknya boleh dikira agak dekat.
Semua hero boboyboi kuasa 3 kata orang. Yang sulong baru nak masuk 3 tahun.
Selalu kalau yang ada anak kecil, memang susah nak buat kerja. Yang sana meraung, yang sebelah sini pulak buat okestra lepas kena usik.
Belum campur dengan rumah bersepah dengan mainan, dengan bantal tilam penuh peta yang bersidai depan TV. Kain baju macam gunung.
Seram!
Tapi dia ni rilek ja. Balik rumah boleh bantai masak 3-4 menu. Siap bergulai bagai. Rumah kemas tersusun. Lantai rumah tu kira boleh buat golek golek lah.
Anak anak pun sangat jarang cranky. Tak adalah 24 jam asyik bergayut kat kaki dan buat muka kucing comel untuk mintak perhatian.
Satu hari, saya saja bertanya sekadar nak sembang sembang. Mintak petua. Macam mana dia uruskan anak anak kecil dia.
Saya share petuanya kat sini.
Harap harap boleh membantu mak mak kat luar sana yang kadang kadang kejung rambut jugak bergelut dengan urusan anak dan rumah tangga.
(1) MAK JANGAN TERJEBAK SEKALI BILA ANAK MENGAMUK
Kita paling kelam kabut kalau anak tantrum. Nak nak lagi kalau dah sampai guling guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali.
Kata dia, kalau tantrum, selalunya dia buat xreti ja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa tu tau lah diorang diam.
Nanti bila dah ok, Baru dia cakap ngan anak.Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap silap lagi tinggi volume dia.
Jangan pukul.
Bila dia dah tenang nanti, hug dia kuat kuat. Buat sepakatan untuk selesaikan apa yang dia marah tadi.
(2) JAGA MASA TIDUR UNTUK ELAK ANAK MERAGAM TAK TENTU PASAL
Waktu maghrib ja, biasakan anak anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tido). Kalau diorang keluar, seboleh bolehnya dia akan balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual.
Lagi satu, bila kita arahkan budak budak masuk tido, jangan pulak kita dok depan TV layan drama.
Temankanlah anak anak tido. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak anak. Masa nilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai diorang.
(3) BAGI ANAK MAIN SELAGI TAK MENDATANGKAN CEDERA PARAH
Sikit-sikit luka tu bak kata dia itu biasa. Tambah tambah anak lelaki. Masa main, biar ja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah marah.
Bagi timing sampai pukul berapa boleh main. Lepas main, ajar anak anak mintak suruh kemas mainan masing masing. Kalau anak yang besar dah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik adik.
Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu dia menang. Budak budak kan memang suka berlumba.
Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk komplen anak simpan mainan tak ikut nombor siri!
(4) ACTION FIRST DARI MEMBEBEL
Hati kena kental. Kalau salah rotan ja sekali. Tapi kena sakit sampai menangis.
Kalau tak menangis anak akan pendam. So anak akan berdendam dengan parent.
Lepas rotan, biar anak relax dulu. Ambil segelas air baca la al-Fatihah or any surah bagi anak tenang. Dan masa tu jugak main dengan dia. Bagi dia makan. Lepas tu slow talk.
Masa ni bagitau anak apa yang dia buat tu salah. Dan jangan ulangi.
So anak akan ingat sampai bila bila.
Esok esok jeling sikit pun, anak dah faham parent marah kalau buat perkara tu.
Tapi jangan sikit-sikit nak pukul. Nnti jadi kebal pula
Contoh lain.
Bila anak cakap words yang tak elok.
Warning dulu.Tapi kalau tak lut amik ja cili api, tonyoh kat mulut dia. Kompom insaf
Saya Tanya, pernah ke tonyoh?
Dia bantai gelak.
Dia kata setakat ni belum kena lagi. Tapi sepuk dekat mulut anak tu pernah la.
Masa tu anak dah belajar sebut words yang tak baik. Terikut ikut dari budak lain. Budak budak ni macam span. Semua dia serap.
Cakap bodoh, b***.
Terus secara spontan mak ni sepuk anak dia. Berdarah pulak masa tu. Gelabah jugak. Terus lari masuk bilik tinggal bagi ayah budak budak tu yang handle.
Hakikat nya mak mana sanggup tengok anak sakit. Tapi demi mendidik akhlak, kena sanggup.
Kalau tak boleh tahan nak marah sangat, mak masuk la dalam bilik bagi cool. Pastu baru datang kat anak semula.
Masing masing dah tenang, baru boleh cakap elok elok.
(5) MAK MAK KENA TAU JUGAK JADI TOK MOH
Ada jugak time bila anak anak menangis tak tau punca. Kadang kadang pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok tak ada kembung segala.
Kalau macam ni, biasa dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap.
Yang ni simple. Potong ja bawang putih tu, terus calit kat semua sendi anak anak.
Maklumlah, kita berkongsi bumi ni dengan mahkluk lain. Kadang kadang nak jugak diorang menyakat. Sapu sapu sket, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang duk menyakat tadi tau la dia nak lari.
Pesan dia lagi dengan rendah diri.
“Tapi kak, kami pun masih belajar parenting.So kami pun masih mengexperimentkan anak anak ikut cara orang tua dulu dulu.
Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.
Jadi mak bapak ni, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pulak berkecah macam baru lepas perang, jangan cepat cepat jatuh hukum.
Kita tak tau, mungkin dia dah struggle setengah mati nak jadi ibu bapa mithali”.
Show love to gain more love,
Basyi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melatih anak kecil bertudung dari awal bukanlah suatu perkara yang mudah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tetapi anak-anak kecil rimas dengan pemakaian tudung. Rata-rata mereka suka dalam keadaan ‘free hair’ kerana itulah baginya lebih selesa berbanding menutup kepala.
Berikut dikongsikan 3 tip dari TudungSiComel.com bagaimana kita mahu melatih anak kecil bertudung. Ia pasti mengambil sedikit masa, namun sangat berbaloi apabila anak kecil boleh menerima perubahan yang baik untuk dirinya.
Pendekatan secara berhikmah
Sebagai seorang ibu yang mahukan anaknya bertudung, ibu perlulah bermula daripada dirinya sendiri. Kita perlu tunjukkan contoh kepada anak-anak ketika mereka masih di usia kecil lagi. Rajinkan diri memakai tudung di hadapan anak-anak.
Sama jugalah seperti bersolat berdekatan dengan mereka. Hal ini supaya mereka terdedah dengan suasana bertudung.
Meminta tetapi tidak memaksa
Ibu ataupun ayah boleh membuat permulaan membeli tudung untuk si kecil. Setiap kali ingin keluar ke rumah atau mahu berziarah ke rumah kawan, sarungkan tudung di kepala si kecil.
Pada permulaan mereka akan membiarkan, tetapi apabila berada dalam keadaan suhu yang panas, si kecil akan meronta supaya membukanya.
Apabila terjadi situasi ini, bukalah tudung si anak. Tidak mengapa. Tetapi amalkan setiap kali ingin keluar, sarungkan kepala walaupun ia bertahan walaupun 5-10 minit. Itu sudah memadai bagi permulaan. Nanti secara tidak langsung, ia akan boleh menyesuaikan diri.
Teknik memuji
Kita juga boleh melatih si kecil memakai tudung ketika berada di rumah. Apabila mereka memakai tudung, berikan mereka barang mainan atau berikan makanan yang membuatkan ia sedikit khayal. Teknik ini akan menyebabkan mereka memakai tudung tanpa sedar.
Selain itu, berikan pujian manja kepada si kecil seperti panggilan sayang atau comel. Hal ini kerana ia akan membangkitkan rasa mesra sebab si kecil memerlukan perhatian. Jika tidak diberikan perhatian, mereka akan menangis. Semoga dengan cara ini akan dapat memberikan mereka masa untuk menyesuaikan keadaan.
Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih anak perempuan bertudung. Walau apa pun yang penting semuanya ikhlas dari hati. Jika inginkan kebaikan, Allah akan permudahkan. Selagi namanya latihan, biar ada kekurangan di mana-mana namun tetap ada perubahan positif selepas itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelbagai jenis aktiviti d.i.y yang sebenarnya lebih baik untuk minda kanak-kanak boleh dilakukan oleh ibu bapa. Tak semestinya perlu membeli mainan yang mahal-mahal. Yang penting fungsinya adalah untuk menguatkan daya ingatan dan kreativiti anak-anak.
Antara aktivit yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi adalah:
MENAMPAL
Permainan menampal bentuk dan warna boleh mengasah minda anak anda untuk meminati matematik. Malah anak anda akan lebih cepat berfikir apabila berhadapan dengan soalan kiraan.
MEMBALING OBJEK KE DALAM BAKUL MENGIKUT WARNA
Permainan ini akan meningkatkan fokus anak anda pada sesuatu tugasan. Malah anak anda tidak cepat bosan pada sesuatu tugasan.
MENGUMPUL OBJEK KE DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN
Permainan ini akan menjadikan anak anda lebih berdisiplin dan tersusun. Malah anak anda akn rajin menngemas barang-barangnya.
PERMAINAN MENYUSUN MENGIKUT KIRAAN
Permainan ini akan memupuk sifat teratur. Anak anda akan sentiasa mengikut arahan yang diberikan. Anak anda tidak akan melanggar arahan dan sentiasa mengikut apa yang ditetapkan.
BERMAIN PASIR
Jangan terkejut bermain pasir, boleh membentuk ketahanan diri anak anda, malah anak anda akan lebih berani mencipta, minda anak anda akan cepat berfikir. Tapi awas, lepas main basuh bersih-bersih ya.
BERMAIN BELON BUIH
Bermain belon buih akan membentuk sifat kebebasan dan berani untuk berusaha, seperti sifat belon yang terbang tinggi, anak anda tidak takut untuk menjadi yang terbaik.
BERMAIN AIR
Bermain air akan memupuk sifat berani, malah anak anda akan lebih aktif, anak-anak yang terdedah pada air laut, pantai dan sungai selalunya mereka mempunyai jati diri yang kuat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...