Brokoli sarat dengan pelbagai zat dan nutrient ini amat disarankan untuk pembesaran si manja dari usia enam bulan ke atas. Masak brokoli tanpa bahan lain atau gandingkan dengan sayur atau buah.
Nutrien dalam brokoli
Brokoli adalah sangat tinggi dalam vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli indah untuk ditambah kepada resipi makanan bayi.
Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia berubah bentuk ketika ia melewati saluran pencernaan. Rasanya yang sedap berlemak dan tidak pahit menjadikan brokoli sayur kegemaran kebanyakan kanak-kanak
Cara penyediaan terbaik
Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah mengukus atau memasaknya dengan minyak zaitun. Sekiranya anda ingin menyediakan brokoli sebagai makanan jejari, pastikan ia dimasak sehingga empuk. Brokoli juga bagus dimasak secara panggang atau sup.
RESIPI OMELET BROKOLI
BAHAN-BAHAN
2 biji telur gred A
½ cawan brokoli, dipotong kecil
1 ulas bawang merah, hiris
2 sudu besar keju mozzarella, diparut
Secubit garam
CARA-CARA
Cara memilih dan menyimpan brokoli
Apabila membeli brokoli segar, beli brokoli yang mana bunganya bewarna hijau seragam. Bunga haruslah hijau gelap. Patikan bunganya tidak bewarna kelabu atau berjalur dengan adanya bunga yang sudah kekuningan.
Sentiasa simpan brokoli segar di dalam laci sayur-sayuran. Brokoli segar boleh disimpan sehingga empat hari.
BACA: Sayang Anak Jagalah Kesihatan Kulitnya. Ini Yang Ibu Bapa Patut Buat
Sumber: Pa&Ma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)